CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PKP berterusan tidak berkesan atasi COVID-19, hanya burukkan ekonomi - Pakar

16-2-2021 01:08 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3015| Komen: 28



KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) dilihat tidak mendatangkan sebarang keberkesanan dalam usaha untuk melandaikan kes COVID-19.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Prof Datuk Dr Syed Mohamed Al-Junid berkata, malah langkah meneruskan PKP secara berterusan hanya akan mendatangkan impak negatif terhadap ekonomi.

“Banyak kesan negatif dari aspek ekonomi sejak PKP 2.0 dan sebelumnya, dan langkah ini tidak sesuai untuk sistem kesihatan.

“Sebaliknya, kita perlu bergabung tenaga supaya masyarakat menyokong usaha untuk lakukan aktiviti mencegah penularan.

“Usaha dan perancangan sistematik diperlukan bagi menyiapkan strategi bagi proses vaksinasi akan datang,” katanya ketika ditemu bual Astro AWANI pada Ahad.


Dalam perkembangan berkaitan, Dr Syed Mohamed turut mempersoalkan isu penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) terhadap sesetengah individu yang seolah-olah mendapat pengecualian khas.

Tegasnya, tindakan itu hanya akan mengundang rasa hilang hormat dalam kalangan masyarakat terhadap pematuhan SOP.

“Penguatkuasaan perlu lebih tegas supaya tiada golongan terpilih yang terkecuali daripada tindakan walapun mereka langgar SOP

“Ini menyebabkan masyarakat tidak lagi hormat terhadap SOP dan perkara tersebut menimbulkan kegelisahan masyarakat,” katanya lagi.

Tegasnya, sekiranya perkara berkenaan berterusan, proses untuk memperoleh keyakinan masyarakat untuk meneruskan usaha memerangi wabak akan berdepan kesukaran.



Sumber : Astro Awani
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 16-2-2021 01:20 AM
Bising sbb x buat PKP, tp still nak kuar sana sini. Siap bawak anak2 lak tu..
Quote MontanaHannah 16-2-2021 01:27 AM
xperlu PKP

ketatkan undang-undang secara saksama.

PKP hanya merugikan masyarakat.

AKu pun bosan nak mati dengan PKP

Cara kerja yg pelik mmg mengundang  rasa xseronok.

Hentikan PKP.

Terbukti ,yg perlu PKP ialah menteri sebab menteri yg suka langgar SOP dan undang-undang.
Quote dua_chzy 16-2-2021 02:53 AM
I kind of agree. Tapi 1 ja akak suka PKP - mengurangkan populasi manusia pembawa sampah dan berperangai sampah yang datang cikcur di daerah akak.
Quote RamonaFlower 16-2-2021 04:24 AM
Ye betul, burukkan ekonomi. U duduk Aussie pun elok je rakyat dorang dgr ckp dato bandar. Takde langgar SOP ke ape. I bkn nak puji negara luar, kang org halau i jgn balik Malaysia lah ke ape. Tp sini gov dgr ckp rakyat, boleh bertolak ansur. Sbb gov jaga kebajikan rakyatlah, rakyat boleh dgr ckp gov.
Quote nsagb 16-2-2021 09:37 AM
Kebanyakan negara maju bila gov kuatkuasakan undang2 atau peraturan rakyat takut / terpaksa follow kalau x memang sumbat dalam jail atau denda kaw2 la jawapnya kalau tak tahan sila keluar dari negara..

dekat sini mungkin rakyat kita kurang hormat gov ditambah lagi dgn perangai menteri yang selalu nampak kurang bijaknya + rakyat pun degil juga jd ssh nak enforce sesuatu.


Quote ezacbee 16-2-2021 09:41 AM
PKP kat golongan kayangan dulu
Quote LadyCarefree 16-2-2021 09:43 AM
RamonaFlower replied at 16-2-2021 03:24 AM
Ye betul, burukkan ekonomi. U duduk Aussie pun elok je rakyat dorang dgr ckp dato bandar. Takde lang ...

Setuju. Msia ni ahli politaik mcm pandering to the public sbb takut hilang sapot.
Quote stinger.baik 16-2-2021 10:30 AM
wat pkp salah tk wat pkp salah

memekak je komen acah bagus sekor2

pegi pindah new zealand la kalau prasan pandai sngt

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote Abahmung 16-2-2021 10:34 AM
mcm mana rakyat nak ikut ckp kjaan..gomen yg ada pun bukan dari mandat rakyat..plus menteri sendiri beri contoh yg x baik langgar sop etc..
Quote RamonaFlower 16-2-2021 11:58 AM
LadyCarefree replied at 16-2-2021 01:43 AM
Setuju. Msia ni ahli politaik mcm pandering to the public sbb takut hilang sapot.

Tu lah masalahnya. Pemimpin selfish. Sedih tgk kwn2 hidup susah. Ni yg dpn mata, yg jauh dr mata entah lah mcm mana. Kesian rakyat Malaysia
Quote toxicated 16-2-2021 12:02 PM
Kenapa tak tiru je cara NZ. Pada aku baik lah pkp mcm curfew tu terus. Duk diam2 2 mggu then putus la rantaian. Hidup aman2 domestically. Tutup border. Ni pkp berjela2 tp separuh masak. Kesan ekonomi lagi teruk
Quote RinIna 16-2-2021 12:17 PM
Orang2 MALAYSIA ni ramai sangat degil2.. aku suke PKP sbb x perlu g kerja hari2.. ada masa dengan anak2 jugak.. Bab ekonomi kenalah upgrade lebih lagi.. cube fokus kat situ tanpa ada yg berpusu2... ckp mmg senang.. tp cuba dululah..
Quote zidane_ziege 16-2-2021 12:17 PM
Mcm mana nk berkesan klu golongan kayangan sentiasa terlepas..
Quote Artemesiaa 16-2-2021 12:28 PM
Pkp yang terlalu lama berlarutan pastinya bagi kesan pada ekonomi.  Ekonomi sebelum covid19 pun dah tak berapa cantik apa tah lagi sejak covid19 melanda.  Dah makin nampak kesannya kini.  Misal masa isinar mula2 boleh dikeluarkan ramai serbu kauter epf dan tak serbu kaunter ASB, Tabung Haji etc macam selalu.  Tapi kini lepas dah habis isinar digunakan kaunter2 ASB, Tabung Haji etc dah kembali ramai semula dengan ramai orang yang nak buat pengeluaran.  Gerai2 makin banyak ditepi jalan macam cendawan selepas hujan tapi yang datang membeli tak ramai macam mula2 dulu.
Quote Aerhys 16-2-2021 12:38 PM
My heart is with those who are affected from the MCO. Those who lost their job, lost their only source of income and are struggling to make ends meet, may Allah ease your sufferings, provide you strengths and all the help you need. This is a trying time for everyone.
Quote mialunar 16-2-2021 12:43 PM
Cadangan jangan la bgi general sangat.. Cer cuba detailkan sikit.. Senaraikan.. Ni tolak pkp.. Cadangan yg bagi kabur je.. Mana maunya.. Ce  cakap cadangan naikkan denda 5 ribu ke 3 ribu ke.. Pastu assign askar lempang orang ke kalo x ikut sop.. Sodap jugak donga
Quote syaz_lina 16-2-2021 12:57 PM
Pkp strictly tempat2 penyumbang, kilang etc. Tak perlu la satu negara.
Penguatkuasaan SOP kena mcm komunis, degil tembak je huhu
Quote LadyCarefree 16-2-2021 07:28 PM
toxicated replied at 16-2-2021 11:02 AM
Kenapa tak tiru je cara NZ. Pada aku baik lah pkp mcm curfew tu terus. Duk diam2 2 mggu then putus l ...

Setujoooooo. Ni sambung lg pkp 2 minggu dah 6 minggu. Kan bagus total lockdown je 6 minggu ni?
Quote Simunggu 16-2-2021 07:32 PM
hahahaha...sudah dilanjutkan pun..KKM apa peduli itu ekonomi...

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:08 PM GMT+8 , Processed in 0.085119 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top