CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Masih Berbisa, Konsert Ziana Zain 3 Dekad Ubati Rindu Peminat

16-2-2021 08:42 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 7090| Komen: 46|Original author: Cari-Azza

Description: Bagi peminat yang membesar dengan alunan lagu melankolik daripada penyanyi bersuara nyaring, Ziana Zain pastinya telah menyaksikan In Person With Ziana Zain di TV2 beberapa hari lalu.Persembahan lebih ...



Bagi peminat yang membesar dengan alunan lagu melankolik daripada penyanyi bersuara nyaring, Ziana Zain pastinya telah menyaksikan In Person With Ziana Zain di TV2 beberapa hari lalu.

Persembahan lebih sejam itu telah mengubat rindu para peminat yang sekian lama mendambakannya. Ianya diadakan oleh stesen televisyen tersebut bagi meraikan penglibatan 30 tahun atau tiga dekad penghibur ini menceriakan industri muzik.


Menurut laporan Berita Harian, Ziana menjelaskan yang jangkaan penonton memang tinggi, namun pastinya ia tidak sama ketika masih muda.


"Pada usia 53 tahun, agak sukar untuk saya berbuat demikian. Dalam hal ini, saya ikut nasihat penyanyi senior Salamiah Hassan dan adik, Anuar Zain agar menyanyi ikut kemampuan diri dan menjaga usia."

Foto : ig


Seusai menamatkan persembahannya, Ziana turut merakamkan ribuan terima kasih kepada para peminat yang sentiasa menyokong selama 30 tahun ini.

"Tidak terungkap dengan kata2 betapa Kak Ziana menghargai anda semua. You will always be in my prayers and my. I LOVE YOU ZIANAFOLKS."

Foto :
Sementelah lagi apabila Ziana turut berduet dengan penyanyi meningkat Naim Daniel dengan lagu Sembah memukau para penonton.

Para peminatnya turut membanjiri ruangan komen di Instagram mengenai kehebatan penyanyi kesayangan mereka.

Foto : IG

Ternyata kemunculan Ziana Zain mengimbau kembali kenangan peminat muzik era 90an dan 2000. Jadi, siapa peminat kakak Anuar Zain di sini? - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 16-2-2021 08:49 AM
Edited by noor2 at 16-2-2021 08:50 AM

Lagu2 ziana zain ni semua bernada tinggi... penyanyi muda pun x mampu nk bawa...

Kira suara dia diumur 53 ni masih power lagi la ikut usia...

Antara penyanyi lain yg mmg suara power sampai tua pada aku adalah..sharifah aini..salamiah hassan...CT nurhaliza..Ella...bila dgr live mmg sedap...
Quote Cari-Azza 16-2-2021 02:01 PM
noor2 replied at 16-2-2021 08:49 AM
Lagu2 ziana zain ni semua bernada tinggi... penyanyi muda pun x mampu nk bawa...

Kira suara dia d ...

Haah, tinggi dia macam kita rasa tak pecah ke anak tekak tu, ni zaman 90an lah. hehe

Quote seribulan 16-2-2021 08:50 PM
Cari-Azza replied at 16-2-2021 01:01 PM
Haah, tinggi dia macam kita rasa tak pecah ke anak tekak tu, ni zaman 90an lah. hehe

Sebelum tu In Person minggu lepas live Sheila Majid
Quote stinger.baik 16-2-2021 09:16 PM
ziana zain penyanyi no. 1 negara

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote fadz84 16-2-2021 09:48 PM
seribulan replied at 16-2-2021 08:50 PM
Sebelum tu In Person minggu lepas live Sheila Majid

Sabtu ni Ramlah Ram plk.. Artis undangan Iman Troye
Quote LembingDayanti 16-2-2021 10:04 PM
baju ziana zain hauk
Quote cikperiukkera 16-2-2021 10:18 PM
noor2 replied at 16-2-2021 08:49 AM
Lagu2 ziana zain ni semua bernada tinggi... penyanyi muda pun x mampu nk bawa...

Kira suara dia d ...

Kak mitch yg buat apresiasi nek jek jek dkt ig pun x mampu nk bwk lagu sebaik sheols yach...kbetulan plak donut support mak donut. Hahahaaa
Quote makadek 16-2-2021 11:08 PM
Terimbas memori .... Waktu remaja......
Aku duk melalak lagu2 kak jena dlm bilik ayaq.
Quote makadek 16-2-2021 11:10 PM
.mengapa kita teruskan menipu diri.

Jiwa dn raga aku serahkan bersama kita akhirnya..



Berpisah jua pn my fav

Quote pencintaABC 16-2-2021 11:16 PM
cikperiukkera replied at 16-2-2021 10:18 PM
Kak mitch yg buat apresiasi nek jek jek dkt ig pun x mampu nk bwk lagu sebaik sheols yach...kbetul ...

Doughnuts of the same flavour flock together
Quote asma87 16-2-2021 11:21 PM
Waktu aku kecik setiap kali balik kampung, makpak aku pasang kaset ZZ ..kalau 5jam journey, 5jam la repeat lagu ZZ.  Kat umah pulak Pak aku karok lagu Saleem iklim repeat byk kali. Mmg aku hapal ler lagu ZZ n saleem
Quote Cari-Azza 17-2-2021 12:04 PM
makadek replied at 16-2-2021 11:08 PM
Terimbas memori .... Waktu remaja......
Aku duk melalak lagu2 kak jena dlm bilik ayaq.

sama lah time remaja. Adakah kita sebaya? eh!
Quote Cari-Azza 17-2-2021 12:05 PM
asma87 replied at 16-2-2021 11:21 PM
Waktu aku kecik setiap kali balik kampung, makpak aku pasang kaset ZZ ..kalau 5jam journey, 5jam la  ...

pergh. ni lagi legend. Zaman kaset dik non
Quote scrocth 17-2-2021 12:36 PM
Lps tgk HMI ZZ sabtu lps, terus kemaruk dok layan video2 lama sheols. Rupanya sheols ada single solo sblm madah berhelah btajuk hanya waktu yang menentukan. Patut rekod blk lagu tu jd single baru dan ost mana2 drama bersiri. Confirm meletop blk.Performance ZZ sabtu lepas rasanya yang terbaik dalam 4-5 tahun kblkgn ni.
Quote mat_arof 17-2-2021 12:43 PM
Hebat dan mmg terbaik Biduanita Ziana Zain..

suara tetap power dan nyanyian masih bertenaga...

hebat Ziana zain ni....

dah 2021  belum ada lagi penyanyi wanita remaja yang muda  yang boleh membawa
lagu  Madah Berhelah original Key seperti Ziana bawa tahun 90an..

Quote Nenolen 17-2-2021 12:48 PM
Me luv you ZZ...lagu2 ZZ lagi wajib didendangkan di kala ptg bersantai di kolej selepas seharian penat pi kuliah
Quote YomiuriLandMae 17-2-2021 01:29 PM
lagu diva jek jek ni harus dinyanyikan oleh fefonen ketika karaoke yachh.. confirm takkan tinggal..
Quote Cari-Azza 17-2-2021 02:30 PM
mat_arof replied at 17-2-2021 12:43 PM
Hebat dan mmg terbaik Biduanita Ziana Zain..

suara tetap power dan nyanyian masih bertenaga...

Anak sedara dia tak pernah nyanyi eh lagu ni?

Quote Nenasketum 17-2-2021 02:31 PM
fadz84 replied at 16-2-2021 09:48 PM
Sabtu ni Ramlah Ram plk.. Artis undangan Iman Troye

Iye ker? Dia nyanyi dah tak sedap. Sila pencen

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-7-2024 05:51 AM GMT+8 , Processed in 0.048438 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top