CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri 'Sporting' Hadiahkan Gambar Semua Wanita Yang 'Disukai' Suami

15-2-2021 10:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3446| Komen: 6

Seorang isteri menghadiahkan suaminya sesuatu yang luar biasa sempena Hari Kekasih, kelmarin dengan mencetak gambar semua wanita yang 'disukai' lelaki itu di Instagram.



Pengguna TikTok dengan menggunakan akaun, gr93la atau Gloria, menghadiahkan sekotak gambar bercetak hingga video itu memperoleh lebih 14 juta tontonan dengan tajuk 'Apa yang anda berikan kepada lelaki untuk Hari Valentine'.

Portal Ibtimes melaporkan, dalam video itu, Gloria menunjukkan kotak dan berkata: "Oleh kerana semua orang berkongsi apa yang mereka dapat dengan yang lain untuk Hari Valentine, saya fikir saya akan berkongsi milik saya.

"Saya memberikan suami saya kotak kecil yang comel ini dan mengisinya dengan gambar-gambar semua gadis yang disukainya di Instagram. Harap dia menyukainya!" katanya

Selepas dia berkongsi video itu, siaran itu mendapat 2.7 juta tanda suka dan beribu-ribu orang memberikan komen mengenainya.




Salah seorang daripada mereka berkata, suami wanita itu pasti menyukai gambar-gambar itu.

"Cukup yakin dia akan menyukai hadiah itu," katanya.

Pengguna lain menulis, dia memerlukan kotak yang lebih besar. Namun, selepas memuat naik video pertama, Gloria memuat naik satu lagi video TikTok.

Pada gambar kedua, dia mengambil kotak itu dengan meletakkan enam gambar untuk ditunjukkan kepada suaminya.

Ini mengejutkan lelaki itu, kerana dia sama sekali tidak mengharapkan sesuatu seperti ini pada Hari Kekasih.

Dia ketawa dan berkata, "Apa ini?" selepas Gloria menyerahkan kotak gambar itu kepadanya.

Dia menjawab: "Semua gambar yang anda sukai di Instagram."

Sambil melihat gambar wanita itu, suami Gloria tersenyum dan menjawab: "Sangat bagus".


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dizekni 15-2-2021 10:56 PM
Tak tau suami dia suka ka apa ka

lain macam

jarang pompuan yang suka laki dia suka kat pompuan lain ni

homa gadd
Quote sawi_bayam 15-2-2021 11:59 PM
Padu binik dia. {:smile
Quote chilly 16-2-2021 01:20 AM
Wakakakaka aku suke wife dia. Savage! Bak kata budak-budak sekarang.
Quote tumpanglalu74 16-2-2021 01:40 AM
Bukan ade cemen SYABAS yang bini tuwenye pegi print kad kawen buboh siap2 nama dia dengan bini mudenye ke dulu?  Pastu buboh ateh meje makan.  Laki balik teros terdudok bila nampak.

Haha!  Nice move.
Quote AceHand 18-2-2021 01:31 AM
[AceHand SPECTaceLAR]

Gelinya tengok kuku...


Jizzz... Klong! Klong!

Quote ais_kosong 19-2-2021 08:08 AM
Muka cuak ja.. Lepas ni xberani dah nak like ya cik abang

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.053762 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top