Pelakon dan usahawan, Betty Rahmat mengakui berasa kurang senang dengan sikap segelintir pihak yang sering kali mempersoal mengenai tahap kelayakan pembantu barunya yang dikenali sebagai Teha.
Menurut Betty, meski pun Teha memiliki kelulusan ijazah sarjana muda dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, dia tetap memohon untuk berkerja sebagai penjaga kepada anaknya, Ardy Wira sebagai salah satu langkah untuk menjana pendapatan ketika waktu sukar ini. “First of all, i tak faham tahap “concern” or jealousy u all tu. Kenapa perlu gigih tanya banyak kali benda yang sama? Apa yang tak puas hati sangat Teha kerja dengan saya. “Ya, Teha belajar tinggi ada Bachelor in Early Child Education. Dia apply kerja dengan saya untuk tolong jaga Wira memandangkan keadaan negara kita sekarang. Banyak taska tutup dan sebagainya. Teha ada ibu-bapa & ramai adik beradik di kampung,” tulisnya.
Berkongsi di laman Instagram, Betty berpendapat memiliki kelulusan yang tinggi bukan bermakna seseorang itu boleh sesuka hati untuk memilih pekerjaan terutamanya di zaman ekonomi yang serba mencabar ini. “Takkan nak jadi anak yg ada ijazah tinggi tapi still minta duit dekat mak bapak untuk hidup. Lepastu salahkan keadaan. Berapa ramai orang akan suffer kalau nak fikir standard & level?” katanya lagi. Dalam pada itu, Betty turut mendedahkan dia sekali pun tidak pernah menganggap Teha sebagai pembantu rumahnya tetapi lebih kepada seperti adiknya sendiri. “P/S: Please jangan tanya i dapat Teha dari agency mana. Tak larat nak jawab dah. Semuanya secara kebetulan & rezeki saya,” jelasnya lagi. Sumber: Media Hiburan
|
danieladam replied at 16-2-2021 12:47 AM
Entah2 gaji teha dengan dayah yang jaga aafiyah anak tok ti tu jauh lg tinggi dari gaji cikgu sekola ...
ADVERTISEMENT