Pembunuh bersiri yang dicari-cari selama ini akhirnya ditangkap setelah dia mengaku merogol dan membunuh 32 gadis. Michael Fourniret, 78 telah membuat pengakuan membunuh mangsa, Lydie Loge setelah polis Normandy, Perancis menemui persamaan tilam yang ditemui dalam vannya dengan tilam ibu mangsa. Digelar pembunuh bersiri gadis remaja, rupa-rupanya dia telah melakukan perbuatan kejam tersebut selama 20 tahun secara rahsia. Lebih dasyat, ianya dibantu oleh isterinya sendiri. Menurut laporan Daily Star, Michael mengaku telah membunuh 12 mangsa termasuk lah kanak-kanak dan wanita muda antara tahun 1987 hingga 2003. Dia dilaporkan mendapat pertolongan isteri ketiganya, Monique Olivier yang berjanji mencari mangsa yang masih dara bagi membantu memuaskan nafsu suaminya yang mempunyai fantasi seks luar biasa. Terbaharu, Michael disabitkan dengan kehilangan kanak-kanak, Estelle Mouzin, 9 pada tahun lepas serta bertanggung jawab atas kematian Lydie Loge yang dilaporkan masih hilang. Pihak polis kini bertungkus lumus untuk menyiasat senarai 20 lagi mangsa menjadikan jumlah keseluruhan 32 mangsa. Antara bukti yang kuat ialah apabila apabila seorang kanak-kanak perempuan Belgian berusia 13 tahun yang diculiknya dapat melarikan diri lalu membuat laporan polis pada tahun 2003. Polis menemui rambut gadis tersebut di dalam vannya, tetapi Olivier pula mengaku yang dia menjadi mangsa di bawah pengaruh psikopath suaminya. Michael akhirnya mengaku membunuh mangsa lalu menunjukkan beberapa tempat mayat ditanam. Seterusnya suspek turut disabitkan di atas kes rogol dan pembunuhan mangsa, Joanna Parrish iaitu pelajar universiti pada tahun 1990. Mayat
Joanna ditemui dalam keadaan bogel di sungai Yonne, Auxerre sehari
selepas kehilangannya dilaporkan pada Mei tahun yang sama. Biarpun
kes ditutup pada tahun 2011, ibu bapa Joana, Roger Parrish dan Pauline
Murell mendesak kerajaan Perancis mengenakan hukuman sepatutnya kepada
pembunuh. Ketika ini, Michael disabitkan dengan tujuh kesalahan membunuh serta hukuman penjara sepanjang hayatnya. Sementara itu, Oliver dikenakan hukuman penjara selama 28 tahun kerana membantu membunuh mangsa. Membaca kronologi pembunuhan bersiri ini mengingatkan kepada kisah di dalam drama rantaian CSI. Ada pembunuh yang berjaya dihadapkan ke penjara dan ada juga yang terlepas. Semoga mangsa mendapat keadilan yang sebenar. - CARI |
ADVERTISEMENT