CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berlakon Hamil, 'Lahirkan' Kembar Patung Kerana Enggan Suami Kecewa

15-2-2021 10:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3185| Komen: 14

Enggan mengecewakan suami yang mengharapkan cahaya mata, seorang wanita sanggup berpura-pura mengandung dan melahirkan kembar yang kemudian didakwa meninggal dunia kerana kecederaan otak.

Kejadian berlaku di Stavropol, barat daya Rusia yang hampir membangkitkan skandal penjualan bayi selepas Daud Daudov, 33, mendakwa pihak hospital sengaja menukar bayi lelakinya dengan anak patung.


Kredit foto: Daily Mail

Pihak polis turut menyiasat dakwaan itu apabila Daud membuat laporan sebaik mendapati jenazah anak yang mahu dikebumikan di kawasan perkuburan keluarga di Dagestan pada 9 Februari lalu adalah anak patung.

Susulan siasatan, isterinya, Laura kemudian membongkar perkara sebenar pada 11 Februari dan mengaku dia menipu mengenai kandungannya dan bayi yang dilahirkan kerana tidak mahu mengecewakan Daud.

Ketika menjelaskan perkara itu menerusi pengakuan bertulis, Laura mengaku tidak sanggup menghampakan Daud sebaik ujian kehamilan yang dibuat mendapati dia tidak mengandung.


"Saya lihat betapa gembiranya suami apabila beritahu saya mengandung. Saya tidak mahu mengecewakan dia dan bertindak menipu mengenai kandungan ini kepada dia dan keluarga.

"Kadang-kala saya berasa seperti perut saya membesar, rasa seperti saya mengandung dan pada Januari lalu saya meninjau katil bayi. Ia sukar untuk dijelaskan. Saya tahu saya tidak mengandung tetapi saya tidak boleh berhenti menipu," katanya dipetik Metro UK.

Malah, Laura turut menyewa seunit flat berdekatan hospital dan mendakwa melahirkan bayinya pada 3 Februari tetapi bayi itu meninggal dunia pada 9 Februari disebabkan pendarahan otak.

"Pada hari sama suami saya beritahu anak kami perlu dikebumikan di tanah perkuburan keluarganya di Dagestan," katanya yang memberitahu tidak mampu menipu lagi selepas kain kapan menutup wajah bayi dibuka ketika mahu dikebumikan.

Daud berkata, dia sedih apabila isterinya memaklumkan bayi mereka meninggal dunia namun, mengikut nasihat ahli keluarga yang meminta pengebumian dilakukan dengan baik mengikut ajaran Islam.

"Saya buka kain kapan yang menutup wajah anak pertama dan terkejut apabila tiada mata. Kemudian saya buka wajah anak kedua, sama juga. Ia anak patung... anak patung," katanya.


Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makadek 15-2-2021 10:30 PM
Habis spjg preggy tk main ke tk usap perut bini ke tk vogel2
Quote jazaa100 15-2-2021 10:52 PM
mcm sinetron indon le pulak....
Quote stinger.baik 15-2-2021 10:55 PM
sabau la daud

daud ni lembam ke?

tngk muka cam lembam je

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote sharlenetexas 15-2-2021 11:12 PM
Daud ni islam. Isteri bukan islam. Kat sana tak kisah kawin campur.
Quote Dwdrum 15-2-2021 11:14 PM
Kahwin saja lah lagi 1
Quote MissVixen 15-2-2021 11:14 PM
Dah usaha macam2, ttc, bila tak dapat memang rasa nak buat benda di luar akal.
Quote akies 15-2-2021 11:15 PM
Camne lah si isteri tipu suami dia selama 9bulan.
Quote mamajawie 15-2-2021 11:35 PM
Daud ni sepanjang bini peknen xpenah ngesex ke?hairannn bebenor kalah smeg punya penipuan tu..hehe
Quote MontanaHannah 16-2-2021 12:00 AM
makadek replied at 15-2-2021 10:30 PM
Habis spjg preggy tk main ke tk usap perut bini ke tk vogel2

Cara sister komen memang mcm dari pengalaman sendiri saja

muahahhahahhahaha

ye kannn ???


Quote makadek 16-2-2021 12:22 AM
MontanaHannah replied at 16-2-2021 12:00 AM
Cara sister komen memang mcm dari pengalaman sendiri saja

muahahhahahhahaha

Haha betul la tu ... Pelik gilaaa doh..aku suka kot togel2 time preggy comel
Quote Cari-Mod 16-2-2021 12:24 AM
at least ko menipu pon masuk akal lagi kan dekk
Quote Cari-Mod 16-2-2021 12:25 AM
tak macam bangsa trisna tu claim angin masuk vagina bagai lepas dah 15 minit mengandung terus beranak apoooo
Quote MontanaHannah 16-2-2021 01:06 AM
makadek replied at 16-2-2021 12:22 AM
Haha betul la tu ... Pelik gilaaa doh..aku suka kot togel2 time preggy comel

OK ,sis ........
Quote spankee_fili 1-3-2021 09:30 AM
Allahu.. Kesiannye..
Semoga dapat rezeki anak betul lepas ni..
Sayang betul bini kat tok laki, sanggup berlakon macam drama hindustan dah..

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:59 PM GMT+8 , Processed in 0.234009 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top