CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Mesin ATM Dalam 'Hutan', Seram Kalau Nampak Hantu!

15-2-2021 10:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4502| Komen: 9

Perasaan bercampur-baur apabila memasuki kawasan yang begitu asing dan terpencil.

Begitulah yang dialami seorang gadis ketika berkunjung ke satu lokasi yang menempatkan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM), pada waktu malam.




"Bank dalam hutan macam ni. Tengok kiri kanan I ni semuanya gelap. Memang saya tak turun, saya takut," katanya menerusi video TikTok yang dirakamkan dari dalam kereta.

Gadis berkenaan, Aisyah Abdullah memberitahu, rakaman dibuat ketika berkunjung ke rumah sewa kakak angkatnya di sebuah kampung di Bukit Besi di Dungun, Terengganu.

Berkongsi pengalaman, katanya, dia ketika itu menemani kakaknya yang mahu mengeluarkan wang di sebuah mesin ATM di kampung berkenaan, kira-kira pukul 9 malam.

"Masa kami mula-mula sampai di situ, tak ada orang pun. Keadaan memang gelap-gelita, hanya ada satu lampu di mestin ATM dan satu lagi dekat blok bangunan tersebut.


"Ada kedai runcit bersebelahan, tapi dah tutup awal. Dan satu premis yang hanya menempatkan mesin ATM. Kawasan situ dikelilingi pokok-pokok dan semak," katanya kepada mStar.



Walaupun beberapa kali berkunjung ke kampung tersebut, namun gadis yang berasal dari Kuala Terengganu itu belum pernah melalui kawasan tersebut pada waktu malam.

"Lampu dekat ATM terang, sekeliling memang sunyi-sepi. Lepas tu barulah ada seorang dua datang ke ATM, tapi memang rasa seram kalau tengok," ujar Aisyah.

Menurut anak sulung daripada empat beradik itu, keadaan tersebut mungkin dianggap biasa bagi penduduk kampung namun ia merupakan pengalaman menyeramkan.

"Mereka yang tinggal di situ mungkin dah terbiasa. Tapi saya tak berani, kalau di bandar pun nak pergi mesin ATM malam-malam pun takut.

"Kalau di bandar, orang mungkin takut-takut nak pergi ATM sebab risiko jenayah seperti perompak, tapi kalau kat tempat gelap macam tu, lebih seram fikir nampak hantu.

"Tapi pada pandangan saya, penduduk setempat pasti lebih selesa kalau kawasan di sekitar mesin ATM lebih terang, lebih selamat untuk keluarkan duit," tambahnya.


Kredit foto: IG/TikTok

Aisyah yang berniaga secara dalam talian berkata, dia turut membuat rakaman pada sebelah siang di kawasan berkenaan.

"Bila saya datang semula waktu siang, memang terkejut tengok kawasan sekitar. Rupa-rupanya tak jauh pun dari tanah perkuburan kira-kira 300 meter.

"Kawasan rumah pun tak dekat dengan ATM tu. Kalau saya tahu lebih awal ada kubur dekat situ, tak berani tinggal seorang diri dalam kereta," katanya.

Dia bagaimanapun menegaskan perkongsian videonya sekadar untuk menyuarakan pandangan mengenai keselamatan ketika menggunakan mesin ATM pada waktu malam.



"Memang seram bila fikir pasal hantu. Tapi soal keselamatan lagi penting, terutama ketika mengeluarkan duit.

"Harap ada perubahan yang dibuat di kawasan sekitar demi keselesaan dan keselamatan penduduk setempat termasuk orang luar seperti saya," katanya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 16-2-2021 01:40 AM
Tmpt tu mmg jauh Dr pekan ke? Tak takut ke risiko dgn rompak
Quote Boomibulat 16-2-2021 10:10 AM
Jgn keluar daun kering  dah la..
Quote Artemesiaa 16-2-2021 02:38 PM
Bahayanya guna mesin tu malam2 dahlah kawasan sunyi bimbang dirompak nak mintak tolong pun siapa nak dengar kalau datang seorang ada sorang kawan pun belum tentu boleh membantu.
Quote ninjago 16-2-2021 02:45 PM
Artemesiaa replied at 16-2-2021 01:38 PM
Bahayanya guna mesin tu malam2 dahlah kawasan sunyi bimbang dirompak nak mintak tolong pun siapa nak ...

kannn.. lagi risau perompak dari hantu sebenarnya. bank apa punya atm tu. tak takut risiko kena rompak ke.. pak guard pun takde nampak gaya.
Quote Artemesiaa 16-2-2021 02:50 PM
ninjago replied at 16-2-2021 02:45 PM
kannn.. lagi risau perompak dari hantu sebenarnya. bank apa punya atm tu. tak takut risiko kena ro ...

Kalau dari gambar macam cimb je, dah atm terceruk macam tu pasti tak ada pak guard nak jaga.
Quote aderaderker 16-2-2021 10:11 PM
Aku lebih rela takde duit utk malam tu drp gigih gi cucuk duit malam2..

Hantu tu nombor dua,  kalau ada org jahat ko nak jawab apa weii..
Quote B_uzz 24-2-2021 03:29 PM
ada momok.. na na na😂
Quote MarryPottet 24-2-2021 09:51 PM
Kalau kawasan jin bertandang mcm ni, takyah tunggu orang withdraw duit, perompak boleh senang2 rompak duit dlm mesin tu terus
Tapi kalau tak pernah ada kes rompakan, maknanya perompak pun seremmm nak merompak mesin tu
Quote tipah89 22-4-2021 10:42 AM
kalau kat kawasan gitu, aku lagi risau ada perompak dari hantu.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:15 PM GMT+8 , Processed in 0.048653 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top