CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Allah Tarbiah Saya" - Amar Asyraf

15-2-2021 10:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2154| Komen: 3

"Maafkan saya atas kelemahan sebelum ini," kata pelakon Amar Asyraf yang kini mula melakukan perubahan positif dalam hidupnya dan mula memberi tumpuan terhadap aspek kerohanian.

Amar ketika dihubungi berkata, dia bersyukur Allah masih sayangkannya sehingga memilihnya untuk mendalami agama.



Kredit foto: IG Amar

"Sebenarnya saya yang tidak sedar saya mempunyai banyak kelemahan dan kekurangan. Saya gagal menyempurnakan agama saya dengan baik," katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, beberapa rakan artis sudah lama mengajaknya menyertai jemaah dakwah, namun dia kurang berminat.

"Sudah dua tahun mereka ajak tapi hanya baru-baru ini Allah pilih untuk saya menyertainya. Tak dinafikan ada rasa nak ikut tapi saya masih alpa.

"Saya membiarkan diri digoda syaitan. Alhamdulillah, saya akhirnya tekadkan hati dan berjaya ke program yang berlangsung di sebuah lokasi baru-baru ini.


"Perasaan saya sukar digambarkan. Pertama, saya sedar banyak perkara yang saya tidak tahu sebagai seorang manusia," katanya.

Amar berkata, dia belajar apa yang patut dibuat atau dilarang agama Islam.

"Nak bercerita lebih-lebih pun saya masih belum pandai dan takut mengelirukan," katanya.

Ditanya sekiranya netizen masih mengecamnya berikutan kontroversi membabitkan kisah peribadinya sebelum ini, Amar menerimanya dengan hati terbuka.

"Tak apa kerana itu kelemahan saya. Saya tidak ambil kisah kerana nak kembali ke fitrah yang sepatutnya. Berkenaan bidang seni akan diteruskan tapi tengoklah pada bentuknya. Sudah pasti akan ada perubahan. Saya pegang pada pendapat jumhur ulama supaya jangan terlalu drastik membuat perubahan," katanya.

Menurutnya, perubahan yang berlaku bukan kerana kontroversi yang pernah dilaluinya.

"Allah tarbiah saya kerana sebelum ini ada pelbagai kekangan. Dia akhirnya tarik semua kekangan itu dan saya terus jalan. Ia bukan kerana saya tertekan walaupun perasaan itu memang ada. Jalan sudah terbentang luas dan saya akhirnya keluar mendalami agama," katanya.

Menurutnya, Islam itu mudah dan kita yang membuatkannya susah.

"Allah tidak pernah kata kita akan masuk neraka. Dia bagi peluang untuk kita buat amalan, tapi bukan bermakna kita kena tolak dunia. 

"Ini pengalaman yang dilalui dalam tempoh tiga hari. Insya-Allah, tengoklah selepas ini saya bercita-cita untuk menyertainya selama empat bulan," katanya.

Kontroversi membabitkan Amar tercetus apabila perkahwinannya dengan isteri kedua, Vivi Jeffry terbongkar menerusi pendedahan seorang wanita, Ellika Azman yang mendakwa hampir berkahwin dengan Amar, tetapi rancangan itu gagal selepas mengetahui pelakon berkenaan mempunyai seorang lagi isteri dan anak hasil perkahwinan kedua.

Amar kemudian menceraikan Vivi dengan talak tiga pada 4 November 2019. Amar berkahwin dengan isteri pertama, Arna Salleh pada 7 Jun 2013 dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Taufiq dan Ammara Dian.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 15-2-2021 10:07 PM
Harap bukan pr stunt.

Quote slyfynx 15-2-2021 10:30 PM
Hahahaha, ni konsep retis insof bertudung versi lelaki ke?
Quote Belibis 15-2-2021 10:40 PM
slyfynx: Hahahaha, ni konsep retis insof bertudung versi lelaki ke?

Hahhh..jap lagi cakap kerja seni tak berkat,harom,lagho..
Bila dapat job,sapu balik ..rindukan peminat.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.054257 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top