CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Ifan Seventeen Tamatkan Zaman Duda Dengan Citra Monica

15-2-2021 10:20 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3812| Komen: 16

Vokalis kumpulan Seventeen iaitu Ifan mengumumkan akan mendirikan rumah tangga dengan model Citra Monica pada Mei ini.

Menerusi laporan Detik Hot, Ifan bagaimanapun tidak berkongsi maklumat lanjut mengenai upacara pernikahan mereka yang akan berlangsung kelak.


"Mei InsyaAllah... bulan Mei Insyaallah nikah," kata Ifan semasa ditemui media di Jatinegara, Jakarta Timur, Indonesia pada Ahad.

Ditanya mengenai persiapan menjelang hari bahagia itu, Ifan berkata semuanya masih di peringkat awal kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya.

Foto: IG

"Sebenarnya baru sahaja mahu mulakan persiapan kerana terlalu sibuk," ujarnya.

Kisah cinta mereka mula menjadi perbualan hangat netizen sejak dua tahun lalu.

Pada Jun 2019, video Ifan ditangkap khalwat dengan seorang wanita berstatus isteri orang iaitu Citra ketika berada dalam sebuah pangsapuri menjadi tular.

Citra tampil menjelaskan dia sudah bercerai dan penyanyi itu yang juga kenalan lama berada di kediamannya hanya untuk menumpang solat.

Dalam pada itu, mereka juga kerap keluar bersama dan Citra juga terlibat dalam video klip lagu terbaharu Seventeen sebagai seorang model.

Ifan pernah berkahwin namun isterinya iaitu Dylan Sahara meninggal dunia akibat maut dalam tragedi tsunami yang melanda Selat Sunda pada 22 Disember 2018.

Tragedi itu juga mengorbankan tiga anggota kumpulan Seventeen yang ketika itu sedang membuat persembahan di persisir pantai Tanjung Lesung, Banten, Indonesia. -CARI

Sumber: mStar Online
2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote September14 15-2-2021 10:23 AM
Retis msia ke dikk
Quote opie5662 15-2-2021 10:23 AM
Apa la bongok sgt reput cari ni... Sejak bile indon msuk gossip tempatan.... Letak jawatan je la... Bodoh nye takleh dibilang dgn jari
Quote Boomibulat 15-2-2021 10:26 AM
Ingtkan ifanonline nak nikah lg satu..
Quote AshkieLa 15-2-2021 10:46 AM
apebende laa dah caca marba dah...
retis indon dalam gossip tempatan..
ape reputs cari tak belajar geografi ke...
Quote cmf_premierleag 15-2-2021 10:57 AM
Boomibulat replied at 15-2-2021 10:26 AM
Ingtkan ifanonline nak nikah lg satu..

tu pejuang andartu tu
Quote prettyuglybabe 15-2-2021 11:46 AM
ingatkan dia cinta mati sama bininya dulu..
Quote Kurex 15-2-2021 12:27 PM
Jgn mengata repot!!!!! Klong kling marah tau! -98
Quote SayaSayangMama 15-2-2021 12:58 PM
Kesah plak la dia nk kawen ke tidak. Dulu yg bini mati kena tsunami ke
Quote kakakpositifker 15-2-2021 03:23 PM
SayaSayangMama replied at 15-2-2021 12:58 PM
Kesah plak la dia nk kawen ke tidak. Dulu yg bini mati kena tsunami ke

ye sis. bini dia meninngal dulu sebab tsunami. kata nya model ni iras bini lamanya itu
Quote Artemesiaa 15-2-2021 05:19 PM
Baguslah moga kali ni jodohnya panjang
Quote dedek12 15-2-2021 05:59 PM
Semoga jodoh kalini berpanjangan lah ye
Quote SayaSayangMama 15-2-2021 08:13 PM
kakakpositifker replied at 15-2-2021 03:23 PM
ye sis. bini dia meninngal dulu sebab tsunami. kata nya model ni iras bini lamanya itu

Ceh masa tu gaya sedih bebenor kata cinta mati
Quote stinger.baik 15-2-2021 10:52 PM
lawa gak bini dia

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote Jemahjemah 15-2-2021 11:32 PM
kakakpositifker replied at 15-2-2021 03:23 PM
ye sis. bini dia meninngal dulu sebab tsunami. kata nya model ni iras bini lamanya itu

Aah iras bini dia dulu. Dia dah hide gmbr bini dia kat ig
Quote shida81 16-2-2021 10:52 AM
lawa kg ex bini dia yg doc tu... dulupun heboh berskandal mase still laki org lagi
Quote makcun14 25-2-2021 05:11 PM
iols dah agak..golongan duda takkan lama menduda .
bukan main dulu meratib kehilangan arwah binik.. tapi ye la takkan nak bersedih selamanya.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:41 AM GMT+8 , Processed in 0.057551 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top