CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Pandu Kereta Lawan Arus, Rempuh Tiga Kenderaan

15-2-2021 10:15 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6048| Komen: 51

Bukit Mertajam: Tindakan wanita memandu kereta secara melawan arus mengakibatkan kenderaan itu merempuh dua kereta dan sebuah motosikal di susur ke Jalan Perusahaan Perai, di sini, semalam.


Dalam kejadian 6.20 petang itu, semua mangsa iaitu tiga pemandu kereta termasuk wanita itu,dan seorang penunggang motosikal dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) akibat cedera.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata polis menerima panggilan berhubung kejadian pada 6.30 petang.

Foto: Harian Metro

"Ketika tiba di lokasi, semua mangsa dilaporkan berada di hospital bagi mendapatkan rawatan.

"Melalui siasatan, kemalangan dipercayai berlaku ekoran daripada tindakan seorang wanita berusia 31 tahun yang memandu secara melawan arus.


"Akibatnya, dia melanggar dua kereta yang dipandu lelaki berusia 26 dan 29 tahun serta seorang penunggang motosikal lelaki berusia 31 tahun," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelasnya, siasatan lanjut masih dijalankan berhubung kemalangan itu di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jumaat lalu, media melaporkan kejadian seorang lelaki yang dirakam menunggang motosikal disyaki curi secara melawan arus di Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE).

Dua minggu sebelum itu, terdapat kejadian sebuah kereta melawan arus kerana cuba mengelak melalui sekatan jalan raya (SJR) berhampiran Kilometer 2.5 Lebuhraya Lingkaran Luar (LLB) dekat Perai.

Ini menjadikan tiga insiden kenderaan melawan arus dilaporkan berlaku di Pulau Pinang dalam tempoh tidak sampai satu bulan. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JunkMail 15-2-2021 08:59 AM
Aku rcadangkan semua highway kat Malaysia ni tukar jadi 2 hala. Jgn asing2 macam sekarang. Ini semua salah jalanraya yg menyebabkan org confuse.
Quote haruslah 15-2-2021 09:02 AM
Mcmana bleh lawan arus
Lesen terbang?
Jln mengelirukan?
Quote nazzse 15-2-2021 09:09 AM
haruslah replied at 15-2-2021 01:02 AM
Mcmana bleh lawan arus
Lesen terbang?
Jln mengelirukan?

Terlelas exit kot, pusing nak ke exit tu balik.. Biasa motor selalu buat mcm ni
Quote batmana 15-2-2021 09:12 AM
Kalau smpai lawan arus.tk reti nk lalu mana . batalkan aja lesen memandu tu.suh dia naik basikal aja
Quote noor2 15-2-2021 09:20 AM
Dah tahu diri sendiri lawan arus..stop la kat tepi jln...bg lampu hazard tu...jgn drive lagi dan call polis. Umur 31 pun bodo.
Quote sukacactus 15-2-2021 09:26 AM
Serius xpaham kenapa nak bahayakan nyawa sdr & org lain
Kalau dah silap tu, xpayah la lwn arus
Cari nx exit je
Quote darkness 15-2-2021 09:27 AM
Another mental illness
Quote Kurex 15-2-2021 09:33 AM
Leluhur kah?
Quote kasibiman 15-2-2021 09:37 AM
Dah 31 Pon bodoh lagi.
Quote manehnya 15-2-2021 09:37 AM
Aku pun takut nak drive cny ni, takot babi Gila mabok mcm ni laaa.... jln nmpk x da keta tp gila2 ni bkn jeni's yg putih ja, yg kicap pun ada
Kt hiway borr tu... Eh takod
Quote Nnasda53 15-2-2021 09:38 AM
Teruskan sampai next exit je lah.
Bila terlalu selfish menyusahkan orang lain jadinya.
Quote prettyuglybabe 15-2-2021 10:11 AM
kenapa bila cam ni takde pulak lori trela besar lalu kasi langgar penyek mampus driver bodoh ni ek?
Quote Manjahati 15-2-2021 10:14 AM
X ada ke gmbr n detail pemandu ni..
Quote pxlbb 15-2-2021 10:20 AM
Ban lesen seumur hidup & masuk penjara.
Quote Belibis 15-2-2021 10:22 AM
Manjahati replied at 15-2-2021 10:14 AM
X ada ke gmbr n detail pemandu ni..

Kalau lahhhhh arwah ayam ada lagi..mesti acik forum dah dapat detail,sampai makpak driver sekali.
Arwah baik orangya...
Quote otai_g 15-2-2021 10:22 AM
X apa. Nanti blh tunjuk kad oku blh lps. Jgn risau.
Ini malaysia bkn amerika. Dkt msia semua blh, janji fulus.
Quote Manjahati 15-2-2021 10:25 AM
Belibis replied at 15-2-2021 10:22 AM
Kalau lahhhhh arwah ayam ada lagi..mesti acik forum dah dapat detail,sampai makpak driver sekali.
...

Acik ayam dh kena rendang kot..
Quote Megikari 15-2-2021 10:50 AM
Apa susah, declare OKU lembam je nanti
Quote monsterwife 15-2-2021 11:20 AM
Belibis replied at 15-2-2021 10:22 AM
Kalau lahhhhh arwah ayam ada lagi..mesti acik forum dah dapat detail,sampai makpak driver sekali.
...

Baru teringat mana ayam ph
Apa dah mampus tercekik tulang ayam ke?

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:11 PM GMT+8 , Processed in 0.057640 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top