CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Vaksin COVID-19 tiada mikrocip, apatah lagi agenda Illuminati - Khairy

15-2-2021 01:21 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5959| Komen: 59




KUALA LUMPUR: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin sekali lagi memberi jaminan hanya vaksin yang benar-benar selamat dan berkesan akan digunakan di negara ini.

Dalam catatan terbaharu di blognya, Ahli Parlimen Rembau itu berkata, vaksin berkenaan telah diuji kepada puluhan ribu manusia sebelum diluluskan, dan jutaan manusia di seluruh dunia sudah pun mula menerima suntikan vaksin mereka.

Tambah beliau lagi, rakyat Malaysia digesa untuk yakin dengan sains, bukannya teori konspirasi yang tular dalam group WhatsApp keluarga atau taman perumahan yang memetik sumber palsu.

“Tiada bukti vaksin ini memudaratkan nyawa atau kesihatan mereka. Vaksin ini tidak akan mengubah DNA penerima.


“Vaksin ini tidak mengandungi microcip untuk mengambil alih pemikiran kita. Vaksin ini bukan agenda illuminati yang mahu menubuhkan New World Order. Vaksin ini dihasilkan oleh sains,” katanya lagi.

Pakatan Harapan (PH) sebelum ini menggesa Kerajaan Pusat untuk segera menjalankan ‘Kempen Yakin Vaksin’, bagi memastikan rakyat berasa selamat untuk menggunakan vaksin COVID-19, seterusnya mengurangkan risiko jangkitan virus itu.

Dalam satu kenyataan awal bulan ini, Pasukan Petugas Imunisasi PH berkata, mereka bimbang dengan pengaruh golongan “ánti-Vaxxer” mampu menggugat keyakinan rakyat Malaysia, dan akhirnya memberi risiko terhadap sasaran program vaksin negara.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, lebih ramai rakyat Malaysia menerima suntikan vaksin, maka jangkitan akan mula menurun dalam kalangan komuniti.

"Bila kita yakin dengan sains, kita akan yakin dengan vaksin COVID-19. Bila kita yakin, seramai mungkin akan menerima suntikan mereka.
 
Bila ramai menerima suntikan vaksin ini, bilangan jangkitan akan mula menurun. Bilangan kematian dan pesakit yang dimasukkan ke ICU akan mula menurun.

“Bila jangkitan menurun, lebih banyak aktiviti ekonomi dan sosial boleh dijalankan tanpa sekatan yang terlalu ketat. Inilah kaitan langsung program imunisasi yang berjaya kepada pemulihan ekonomi. Ia sangat berkait rapat,” katanya lagi.

Khairy berkata, negara-negara yang telah melancarkan program imunisasi COVID-19 telah mula menunjukkan pemulihan positif dalam ekonomi mereka.

Susulan pelaksanaan program imunisasi COVID-19 di seluruh dunia, jelasnya lagi, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menjangkakan ekonomi global akan berkembang pada kadar 5.5% pada tahun ini, peningkatan berbanding ramalan awal mereka iaitu 5.2%.

“Bagi Malaysia pula, Bank Dunia meramalkan ekonomi Malaysia akan kembali berkembang pada kadar 6.7% bagi tahun 2021, tetapi ini adalah tertakluk kepada kelancaran serta keberkesanan program imunisasi, peningkatan kedudukan eksport negara serta tahap pelaburan di Malaysia,” katanya lagi.

Kejayaan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, jelasnya lagi, adalah penting bagi memastikan ramalan tersebut dapat dicapai.

Menerusi program imunisasi itu, Khary berkata, proses pemulihan ekonomi akan dapat dilakukan dengan lancar apabila lebih banyak aktiviti ekonomi dapat dibuka.

“Sebagai contohnya, apabila sempadan negara kembali dibuka, sektor yang terjejas teruk seperti penerbangan dan pelancongan akan dapat beroperasi semula. Begitu juga kilang-kilang yang dapat beroperasi tanpa risiko perlu ditutup akibat jangkitan sesama pekerja.

“Rantaian ekonomi berterusan akan membolehkan kitaran ekonomi berjalan lancar yang akan membawa kebaikan bukan sahaja kepada negara malah kepada kehidupan seharian rakyat,”katanya lagi.

Justeru, Khairy berkata, apa-apa gangguan dalam program imunisasi serta keadaan pandemik COVID-19 yang berterusan akan terus membawa negara ke arah ketidaktentuan ekonomi dan akan memaksa kawalan pergerakan seperti ketika ini diteruskan.

“Oleh yang demikian, saya ingin menyeru agar setiap ahli masyarakat untuk bersama-sama menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang akan bermula hujung bulan ini.

“Apabila tiba masa untuk kita menerima vaksin, segeralah mendaftar agar sasaran kita untuk mencapai imuniti kelompok dapat dipercepat yang seterusnya membolehkan proses pemulihan ekonomi disegerakan,” katanya lagi.




Sumber : Astro Awani
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Itzy 15-2-2021 09:59 AM
Tak terfikir dek akal nak masuk mikrocip melalui apa guna jarum sehalus tu?
Quote stinger.baik 15-2-2021 10:33 AM
Itzy replied at 15-2-2021 09:59 AM
Tak terfikir dek akal nak masuk mikrocip melalui apa guna jarum sehalus tu?

lebih canggih drpd alder lake yg bkl dikeluarkn tahun ni

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote MadameOnion 15-2-2021 11:35 AM
aku ada terbaca komen kat fb, takdanya illuminati nak masuk microchip kat badan rakyat malaysia...sbb takda apa nak kaji...masuk simpang pun tak reti bagi signal...hahahaha
Quote kerunai 15-2-2021 12:31 PM
Orang tak risau pasal mikrocip la dol

Orang risau kot ada nanocip..

china pun dh bleh buat matahari sendiri..10 kali lebih panas dr matahari

Dol..banyakkan membaca

Jangan bnyk spend masa baca useless shitty rants

Ignorant is total bliss
Quote MontanaHannah 15-2-2021 12:45 PM
stinger.baik replied at 15-2-2021 10:33 AM
lebih canggih drpd alder lake yg bkl dikeluarkn tahun ni

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Ko berhentilah berforum.

Aku  xmahu org mcm ko berforum lagi.


Quote MontanaHannah 15-2-2021 12:46 PM
stinger.baik replied at 15-2-2021 10:33 AM
lebih canggih drpd alder lake yg bkl dikeluarkn tahun ni

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

komen tak cerdik.


Quote stinger.baik 15-2-2021 12:51 PM

tak yah nk mnggila kt sini la ngok
haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote AbukRokok 15-2-2021 12:52 PM
what say you menteri sains about incoming The Great Reset
Quote MontanaHannah 15-2-2021 12:55 PM
stinger.baik replied at 15-2-2021 12:51 PM
tak yah nk mnggila kt sini la ngok
haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Ko tidak layak berada di forum ini.

Ko tu hanyalah seketul tahi.
Quote stinger.baik 15-2-2021 12:57 PM
MontanaHannah replied at 15-2-2021 12:55 PM
Ko tidak layak berada di forum ini.

Ko tu hanyalah seketul tahi.

ko tu gila

sama ngn notm

sekor calabai gendut sekor andartu gendut

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote MontanaHannah 15-2-2021 12:59 PM

org gila mmg suka kata org lain gila.


mcm ko...
Quote stinger.baik 15-2-2021 01:08 PM
MontanaHannah replied at 15-2-2021 12:59 PM
org gila mmg suka kata org lain gila.

tah sapa ngajau ko cam tu ntah
dsr minah gila

haaaaaaaaaaaaa
Quote MontanaHannah 15-2-2021 01:10 PM
stinger.baik replied at 15-2-2021 01:08 PM
tah sapa ngajau ko cam tu ntah
dsr minah gila

kita tengoklah nanti mcm mana ye
Quote stinger.baik 15-2-2021 01:14 PM
MontanaHannah replied at 15-2-2021 01:10 PM
kita tengoklah nanti mcm mana ye

takut sngt la aku org gila cam ko nk ngugut aku

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote MontanaHannah 15-2-2021 01:45 PM
stinger.baik replied at 15-2-2021 01:14 PM
takut sngt la aku org gila cam ko nk ngugut aku

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Aku rasa ko quote salah org ni.

Apa yg tiba-tiba ko komen mcm ni untuk aku??

Aku xfaham ,bro.

minta maaf ,tolong tengok elok-elok siapa yg quote ko sebelum nak reply aku bukan-bukan mcm ini.

Bukan level aku bro nak komen  xde otak mcm ini.


Quote zacks 15-2-2021 01:53 PM
kerunai replied at 15-2-2021 12:31 PM
Orang tak risau pasal mikrocip la dol

Orang risau kot ada nanocip..

Dah tu yg hg dok guna smartfon tu menda apa?

Google, FB bagai?

Sah2 depa dah boleh trace hg dah.

Waima hg on simkad 1G guna fon Nokaya 33 sekupang pun depa boleh trace aih.

Dasar antivaxx/bumi berbentuk polygon la hg ni. LOL
Quote cikdot 15-2-2021 01:55 PM
So dah start boleh register ke?
Quote stinger.baik 15-2-2021 02:09 PM
MontanaHannah replied at 15-2-2021 01:45 PM
Aku rasa ko quote salah org ni.

Apa yg tiba-tiba ko komen mcm ni untuk aku??

oke bro

haaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote angelofish 15-2-2021 02:20 PM
ada telur alien..nanti menetas pecah perut.

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:55 PM GMT+8 , Processed in 0.082870 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top