CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bimbang kerajaan mahu hapus peranan ayah sebagai pembangkang - Nooryana Najib

15-2-2021 12:26 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4342| Komen: 28

Description: SHAH ALAM: Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najib bimbang matlamat kerajaan dalam perbicaraan pertuduhan ayahnya bertujuan menghapuskan peranan beliau sebagai suara pem ...



SHAH ALAM: Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najib bimbang matlamat kerajaan dalam perbicaraan pertuduhan ayahnya bertujuan menghapuskan peranan beliau sebagai suara pembangkang.

Menurutnya, Najib kini dilihat sebagai seorang pembangkang yang amat berkesan dalam menyemak imbang kerajaan.

“Saya khuatir yang matlamat kerajaan dalam pertuduhan dan perbicaraan ini adalah bukan untuk menegakkan keadilan, namun untuk menghapuskan suara ayah saya yang lantang.

“Pemimpin-pemimpin kerajaan telah menyatakan bahawa kesinambungan pemerintahan mereka bergantung kepada hukuman ke atas Najib.

“Oleh itu kerajaan dan pihak pendakwaan akan cuba sedaya upaya mereka untuk menghukum ayah saya (Najib),” katanya dalam hantaran di Facebook milik Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil pada Sabtu.


Jelasnya, sembilan bulan kebelakangan ini, mereka tidak dapat mematahkan perjuangan Najib dan ini mungkin peluang mereka.

“Mereka akan menggunakan semua instrumen yang ada, daripada saluran media kerajaan kepada saluran politik, untuk mencemarkan imej ayah saya supaya mudah mereka menjatuhkan hukuman bersalah ke atas beliau.

“Mereka telah melontarkan 42 pertuduhan ke atas ayah saya. Hanya satu sahaja pertuduhan perlu lekat atas alasan teknikal untuk mereka menutup mulut ayah saya, seorang yang paling kuat mengkritik kerajaan.

“Saya tidak tahu apa akan jadi kepada ayah saya selepas perbicaraan ini. Adakah beliau mampu terus bersabar dan bertahan?” soalnya.

Pada 12 Januari tahun ini, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dilaporkan berkata semua perbicaraan dan pendengaran kes jenayah di mahkamah terbuka yang dijadualkan dari 13 hingga 26 Januari ditangguhkan selaras dengan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19.

Ini menyebabkan kes berprofil tinggi termasuk yang membabitkan Ahli Parlimen Pekan itu serta bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ditangguh kerana tarikh perbicaraan mereka jatuh dalam tempoh PKP.

Bagaimanapun, pada 20 Januari, Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat mengeluarkan arahan, iaitu walaupun kerajaan menguatkuasakan PKP, namun semua prosiding kes jenayah termasuk yang berkepentingan awam seperti rasuah dan jenayah komersial, akan terus dijalankan di mahkamah terbuka, berkuat kuasa 27 Januari.



From: Astro Awani

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote yusryimran 15-2-2021 07:31 AM
ke kau risau sbb x boleh nak menghabiskan duit rakyat..
Quote LoveSungmin 15-2-2021 07:45 AM
Bapak dia pembangkang ke?
Quote Belibis 15-2-2021 08:16 AM
LoveSungmin: Bapak dia pembangkang ke?

Penyibuk kerajaan.masa ada kuasa,takde la idea bernas sangat.kejayaan besar,beli ayam rega singgit.
Quote darkness 15-2-2021 08:19 AM
Masih menyalak pun bapak dia..takde pula kena sekat. Proceeding mahkamah bapak ko sb rasuah dan makan harta negara tu jangan kasi nafi
Quote matchstick 15-2-2021 08:44 AM
Dasar anak beranak muka tak malu..
Quote jacktothequeen 15-2-2021 08:49 AM
Bapak kau tu sekapal ngan kerajaan..celah bedah mana bapak kau tu pembangkang.. abam non tu ye pembangkang..stupid dam dam..
Quote xy_daen 15-2-2021 08:52 AM
Nak sangat jadi pembangkang... In Sya Allah akan dimakbulkan...
Quote eyansss 15-2-2021 10:02 AM
sadap weih...  sadap...  mak ko dah diam, takkan ko nak amekalih roles mak ko plak...
Quote kakakpositifker 15-2-2021 10:04 AM
hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm  tah lah
Quote Boomibulat 15-2-2021 10:07 AM
Najib bkn pembangkang tp suka membangkang..

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote ifanonline 15-2-2021 10:08 AM
salah org melayu la ni dok jilat dubur najib...
Quote stinger.baik 15-2-2021 10:25 AM
Belibis replied at 15-2-2021 08:16 AM
Penyibuk kerajaan.masa ada kuasa,takde la idea bernas sangat.kejayaan besar,beli ayam rega singgit ...

tengkorak ko la tk de idea bernas

ada je idea bernas

ko tu je yg tk nampak

dsr iblis

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote zehra2 15-2-2021 10:29 AM
apak ko tu cuma membangkang muhyidin je... yana oii
malu ler nak kerjasama dgn orang yg dia pernah pecat
Quote namr 15-2-2021 10:54 AM
Diamla pundekkk
Quote airmineral 15-2-2021 12:30 PM
xyah risau la sbb ramai je yg boleh jadi pembangkang.
cuma xramai boleh jadi gomen yang berkualiti
sng je jadi pembangkang ni cuma bila pembangkang jadi gomen je yg payah sbb tiba2 xwalk the talk.
Quote belilies 15-2-2021 12:41 PM
Anak ngan bapak dedua bangsat perangai. Priviledge sangat
Quote kerunai 15-2-2021 12:43 PM
Puki kau mmg xreti nak duk diam ehhh musim covid ni

Opss..silap...mulut
Quote monsterwife 15-2-2021 04:27 PM
Sebijik dah mcm muka bik mama
Quote monsterwife 15-2-2021 04:27 PM
Konon2 takut jadi mcm donald trump ke ni?

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-7-2024 05:20 PM GMT+8 , Processed in 0.061485 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top