CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Semua perlu belajar hidup dengan COVID-19 - Setiausaha Kesihatan Britain

15-2-2021 12:25 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1424| Komen: 2

Kredit foto : warringtonguardian.co.uk



LONDON: Setiausaha Kesihatan Britain, Matt Hancock percaya rawatan baharu dan vaksin akan menjadikan COVID-19 sama seperti selesema, di mana orang ramai boleh hidup dengannya.

Beliau, dalam satu temu bual dengan akhbar Daily Telegraph, berkata ubat-ubatan baharu yang dijangka dihasilkan tahun ini akan menjadikan COVID-19 lebih mudah dirawat.

"Pada masa sama, vaksin akan mengurangkan jumlah orang yang dimasukkan ke hospital, sekali gus merendahkan kadar kematian dan mengawal penularan virus itu.

"Saya harap COVID-19 akan menjadi penyakit yang lebih mudah diubati menjelang hujung tahun ini.


"Jika akhirnya COVID-19 menjadi penyakit seperti selesema, maka kita dapat kembali hidup normal dan boleh mengurangkannya melalui vaksin serta rawatan, sekali gus meneruskan kehidupan seperti biasa," katanya.

Menurut akhbar Evening Standard, ucapan Hancock itu mencetuskan spekulasi bahawa kerajaan Britain tidak melaksanakan strategi yang bertujuan menghapuskan COVID-19 di negara itu.

Lebih 14 juta orang di Britain sudah menerima suntikan pertama vaksin dan Jumaat lalu, potensi jangkitan COVID-19 (RO) turun di bawah angka satu buat pertama kalinya sejak Julai.

Menurut data rasmi, RO berada di tahap 0.7 dan 0.9 di setiap wilayah di United Kingdom (UK).

England kini melaksanakan perintah sekatan nasional bagi kali ketiga sejak penularan pandemik terbabit di negara itu.

Langkah sekatan seumpamanya turut dilaksanakan di Scotland, Wales dan Ireland Utara.

Negara seperti Britain, Jerman, Russia dan Amerika Syarikat (AS) kini sedang berjuang untuk melancarkan suntikan vaksin COVID-19 dalam usaha bagi mengembalikan kehidupan secara normal. 


From: AGENSI/Astro Awani


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 15-2-2021 12:32 AM
Baper level RO yg merbahaya?
Quote Adrif 15-2-2021 05:42 AM
harapnya aku tak alah vaksin tu..

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.041940 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top