Sayang benar nampaknya Sheila Rusly dengan bakal menantunya, Elisya Sandha. Kerap juga Sis Sheila memuat naik video masakan bersama pelakon jelita itu.
Dibimbing oleh Sheila untuk belajar banyak masakan, dapat dilihat Elisya tekun dan membantu memasukkan bahan-bahan selain sentiasa menuruti kata-kata bakal mentuanya itu. Lagi sweet bila tunangnya, Uzair Hawimy turut berada di dapur menyaksikan gelagat ibu dan bakal isterinya itu memasak bersama. Malah sekarang ini dah tak panggil aunty, tapi Elisya panggil Sheila sebagai mama. Tidak lokek berkongsi ilmu masakan, nampaknya Sheila juga sempat menitipkan nasihat bagaimana cara untuk menjaga suami.
???Tanggungjawab isteri untuk menyediakan makanan buat suami. Bagi suami makan air tangan isteri, barulah dia tak cari lain. Macam daddy (Jinggo), mana ada cari perempuan lain. Setia bawah ketiak mama," katanya.
|
ADVERTISEMENT