CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hazama Seronok Bergandingan, Minat Dengan Tone Suara Elizabeth Tan

13-2-2021 11:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5084| Komen: 25

Description: Pertama kali bekerjasama dan bergandingan dalam video muzik (MV) lagu Beku, penyanyi Hazama mengakui segan dengan pasangan duetnya iaitu penyanyi Elizabeth Tan atau lebih mesra disapa sebagai Lizzy.
Pertama kali bekerjasama dan bergandingan dalam video muzik (MV) lagu Beku, penyanyi Hazama mengakui segan dengan pasangan duetnya iaitu penyanyi Elizabeth Tan atau lebih mesra disapa sebagai Lizzy.


Hazama atau nama sebenarnya Hazama Ahmad Azmi bagaimanapun meluahkan rasa syukur apabila tidak mempunyai banyak babak bersama dengan Elizabeth seperti yang difikirkan.

"Masa shooting video muzik, saya okay saja walaupun sebenarnya saya memang segan juga dengan Lizzy sebab kali pertama bergandingan dan satu frame dengan dia.

"Alhamdulillah... selamat babak saya dengan dia tak banyak pun. Bagi saya, jalan cerita pun sangat menarik dan saya tak ada rasa takut nak shoot dengan dia.

"Kalau babitkan perkahwinan ini, mula-mula saya ingatkan kena bersanding dengan dia tapi rupa-rupanya kami tiada babak itu. Jalan cerita untuk MV ini bukan idea saya... semuanya daripada Lizzy sahaja dan saya ikut saja," katanya kepada mStar.



Penyanyi berusia 37 tahun ini berkongsi pengalaman bekerjasama dengan Elizabeth menerusi lagu terbaharu mereka berjudul Beku ketika sesi bersama media menerusi video secara maya baru-baru ini.

Menerusi laporan mStar pada Rabu, Elizabeth mengakui dia sengaja melakukan gimik dengan berkongsi video memperlihatakan dia seakan-akan berkahwin untuk mempromosikan lagu Beku.

Dalam pada itu, Hazama mendedahkan dia mula mengenali dan meminati suara Elizabeth ketika penyanyi berusia 28 tahun itu menyanyikan semula lagunya berjudul Malaikat.

Hazama turut memberitahu dia bersetuju untuk projek berduet itu kerana menganggap suara Elizabeth unik dan lagu tersebut juga berbeza dengan kesemua singlenya sebelum ini.

"Pertama sekali, saya tahu mengenai Lizzy masa dia cover lagu saya Malaikat. Kat situ, saya dah perasan tone suara dia bagus... satu karekter yang bila kita dengar dah boleh tahu siapa yang nyanyi.

"Sebelum ini, saya tak ada alasan untuk macam mana nak kerjasama dengan Lizzy tapi tiba-tiba dia offer kepada saya dan ia satu tawaran yang menarik untuk saya ambil sebab itu saya setuju berduet dengan dia.

"Saya minat dengan tone suara dia dan kerjasama saya dengan dia pun sesuatu yang lain. Lagu ini dibandingkan dengan lagu-lagu saya yang lain memang berbeza sebab itu saya setuju dengan project berduet dengan Lizzy," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nmi 13-2-2021 12:21 PM
Sukalah Tue..hazama nie mmg taste chinese2 kahwin pun dgn Chinese..iols ingt lagi Dalam I can see your voice dier seboleh2 Kata Minah Chinese Tue boleh nyanyi, last2 penyamar ropanya..
Quote irvene 13-2-2021 01:03 PM
agak agak tercinlok tak nanti?
Quote mamajawie 13-2-2021 02:37 PM
Gernevie sila jaga somi awak ni ye..bunga2 cinlok da berputik da tu..{:smile
Quote MontanaHannah 13-2-2021 04:52 PM
minat dengan tone suara Elizabeth Tan ke atau ko memang minat poen cina...
Quote nowhite 13-2-2021 06:43 PM
Dia cantik tapi aku sorang je ke tak minat suara dia..kalau keluar lagu dia mesti tukar channel lain..kalau dia berlakon aku ok je tengok..sorry
Quote stinger.baik 13-2-2021 07:00 PM
hazama stim ngn chong cheng

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote nordin84 13-2-2021 07:16 PM
mamajawie replied at 13-2-2021 02:37 PM
Gernevie sila jaga somi awak ni ye..bunga2 cinlok da berputik da tu..{:smile

nak ke lizzy dgn hazama tu haha
Quote biskut_milo 13-2-2021 07:27 PM
Edited by biskut_milo at 13-2-2021 07:31 PM

Elizabeth tan.. dia ni something wrong la sejak kena tinggal dgn pakwe bisnes man..
Quote mamajawie 13-2-2021 07:29 PM
nordin84 replied at 13-2-2021 07:16 PM
nak ke lizzy dgn hazama tu haha

Kan lizzy tgah cri pakwe melayu..nak ler kot kalu si hazama tu kaya. Huhu
Quote MakcikLaksa 13-2-2021 07:54 PM
Acik rasa ko suka kat lizzy tu je. Bkn tone dia apa bagai.. Sbb acik rase dia ni xda tone special pun. Mcm acik nyanyi sambil baring terlentang je suara dia..
Quote helicornia 13-2-2021 07:56 PM
apoo taste hazama
suara mendesah2, menyanyi mcm dlm kelambu yg ko minat
Quote helicornia 13-2-2021 07:57 PM
nowhite: Dia cantik tapi aku sorang je ke tak minat suara dia..kalau keluar lagu dia mesti tukar channel lain..kalau dia berlakon aku ok je tengok..sorry

aku pun tk minat weiii..rengsa dengar.bunyi org tgh teransang pun ye
Quote KucingBiru 13-2-2021 08:07 PM
Eleh suka la tu kerja dgn pompuan ala ala soft pornstar Malaysia. Lizzy gedik.. so not classy at all attitudenya
Quote aemon 13-2-2021 08:51 PM
hazama kalau dgn amoi dia jadi gedik tiba2
Quote lavendernovella 13-2-2021 08:59 PM
Lizzy punya sora sexy. Sapa lagi penyanyi sora seksi kat malaysia ni?
Quote Cari-Mod 13-2-2021 09:42 PM
lavendernovella replied at 13-2-2021 12:59 PM
Lizzy punya sora sexy. Sapa lagi penyanyi sora seksi kat malaysia ni?

acik wann mendesah ahak ahak
Quote lavendernovella 13-2-2021 11:02 PM
Cari-Mod replied at 13-2-2021 09:42 PM
acik wann mendesah ahak ahak

Ya ... sora wann pun seksi...  takda sapa sora macam wann..
Quote Amandaminaj96 13-2-2021 11:23 PM
MakcikLaksa replied at 13-2-2021 07:54 PM
Acik rasa ko suka kat lizzy tu je. Bkn tone dia apa bagai.. Sbb acik rase dia ni xda tone special pu ...

Adui tergelak baca komen acik laksa hahaha..
Quote Amandaminaj96 13-2-2021 11:29 PM
Anyway..minat suaranya kah atau tuan punya badan hehehe..{:handsome

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-7-2024 06:06 PM GMT+8 , Processed in 0.073068 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top