Tidak berperikemanusiaan! Itulah perkataan yang sesuai diberikan kepada seorang wanita yang bertindak kejam apabila memasukkan anak tirinya yang berusia dua tahun ke dalam tab mandi berisi air panas, dalam satu kejadian di wilayah Jordan.
Anak kecil tersebut merupakan anak kepada suaminya melalui hubungan terdahulu. Perlakuan kejam tersebut ekoran pertengkaran wanita itu bersama suaminya, di mana dia tidak berpuas hati selepas lelaki itu memintanya untuk menjaga dua anak-anaknya yang berusia empat dan dua tahun. Menurut fail mahkamah, dia memutuskan untuk 'membalas dendam' kerana dipaksa menjaga anak-anak suaminya.
Wanita itu hanya mengeluarkan anak kecil berkenaan selepas dia menangis, lantas membawanya ke hospital berdekatan. Kanak-kanak itu bagaimanapun meninggal dua minggu kemudian. Mahkamah baru-baru ini menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun terhadap wanita tersebut. - CARI Sumber: mStar/Dailystar
|
Skuau replied at 13-2-2021 12:30 PM
Maknanya...bukan mitos la..'IBU TIRI TU KEJAM'..
Suchi replied at 13-2-2021 01:16 PM
Sapa yg kata mitos tu, mak tiri ni kalau tak dera fizikal dia dera secara psikologi.
Kisah bena ...
ADVERTISEMENT