CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Helah Hantar Anak Tiri Ke Klinik Terbongkar, Budak 9 Tahun Mati Didera

13-2-2021 10:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2878| Komen: 11

Tampin: Helah seorang lelaki membawa anak tirinya ke klinik kerana mengalami kekejangan terbongkar, selepas dia ditahan kerana disyaki mendera kanak-kanak perempuan berusia empat tahun itu sehingga maut, dalam kejadian pada 1 Februari lepas.


Ketua Polis Daerah Tampin Superintendan Anuwal Ab Wahab berkata, lelaki berusia 30 tahun itu ditahan pada Selasa lalu kira-kira 10 malam, di hadapan balai polis ketika menunggu isteri dan seorang lagi anak tirinya berusia sembilan tahun, yang dipanggil memberi keterangan.

Menurutnya, suspek yang bekerja sebagai pemandu lori simen itu ditahan, selepas pendedahan abang mangsa kepada polis bahawa adiknya kerap dipukul oleh bapa tirinya.


Gambar Hiasan

"Pada malam kejadian, abang mangsa mendengar bunyi kuat seperti pukulan dan suaranya menangis dalam bilik tidur bapa tirinya.

"Pada subuh, mangsa dikatakan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan terus dibawa ke klinik.

"Bagaimanapun, kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia setibanya di klinik walaupun diberi bantuan pernafasan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Anuwal berkata, polis menerima laporan daripada doktor bertugas di Klinik Kesihatan Gemas, mengenai seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia, 1 Februari lalu.

"Hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban mendapati mangsa mengalami kecederaan serius di kepala, kesan lebam di pergelangan tangan dan kaki di kedua-dua belah, serta kesan gigitan di badan mangsa, selain tiga tulang rusuk kirinya patah.

"Pakar gigi dari Hospital Kuala Lumpur juga mengesahkan terdapat tiga kesan gigitan gigi dewasa, iaitu di tangan kanan, bahu kanan dan pergelangan tangan kanan si mati, dan forensik mengesahkan punca kematian adalah disebabkan kecederaan di kepala akibat benda tumpul," katanya.

Anuwal berkata suspek juga didapati positif dadah jenis methamphetamine selain mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes curi.

"Suspek kini direman bermula 10 Feb hingga Selasa depan, dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak- Kanak 2001," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nuryakmal 13-2-2021 03:22 PM
Hallo editor. Yg meninggal budak umur 4 tahun lah. Yg 9 tahun tu abg mangsa.

Mohon baca berita betul2.
Quote akmal 13-2-2021 03:23 PM
Emak budak ni mana..asalkan berlaki
Quote Megikari 13-2-2021 05:52 PM
Mohon polis tangkap sekali mak budak ni. Bohong la kalau dia kata tak tau arwah selalu kena pukul
Quote b_n_c 13-2-2021 06:37 PM
tajukk bdk 9 tahun
article bdk 4 tahun
Quote chinta89 14-2-2021 04:32 PM
Kenapalah ko ni dh mcm kanibal duk gigit budak tu. Hey emaknya ko takkan asal ada laki dlm hidup maka biarkan anak dibuat begitu.

Netizen pun satu, korang yg pandang serong ngn single mum itu yg dia hadap jgk berlakikan penagih ni
Quote CiliPadiSedap 16-2-2021 01:02 AM
Moga arwah rest di syurga. Penghuni syurga dh kembali
Quote INTAN.JEJAI 16-3-2021 12:37 PM
Allahu. Seksanya budak tu. x boleh la baca berita cmni. Auto mata masuk habuk. Bermain2 lah di taman syurga ya syg {:cryrun
Quote Artemesiaa 16-3-2021 01:12 PM
Kes yang lebih kurang sama terus berulang macam tak ada kesudahan
Quote tumpanglalu74 16-3-2021 02:39 PM
akmal replied at 13-2-2021 03:23 PM
Emak budak ni mana..asalkan berlaki

Hot stuff sangat kunoon..  Jande anak 2 masih laris gittew.  Aku pon jande wei..  Tak pase aku nak kawen.  Sume pon terketor2 nak tekel aku dulu..  Hotuck korang la.
Quote namr 16-3-2021 02:46 PM
Babi betul syaiton moga mereput dlm jel
Quote budakLuiTimur 19-3-2021 01:23 AM
murahnya nyawa anak kecil bagi engkau ye

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:48 PM GMT+8 , Processed in 0.171827 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top