CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Jemput Tengok DELEN, Buah Tangan Sulung Saya Untuk Semua." Janna Nick Kini Bergelar Pengarah

13-2-2021 03:20 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 19003| Komen: 121

Description: Pejam celik pejam celik rupanya pelakon jelita Janna Nick atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 26, sudah genap 10 tahun pembabitannya dalam industri seni.
Kredit foto : Instagram Janna Nick


Pejam celik pejam celik rupanya pelakon jelita Janna Nick atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 26, sudah genap 10 tahun pembabitannya dalam industri seni.

Apa yang menariknya, dikhabarkan Janna kini meluahkan rasa teruja apabila dapat melebarkan sayap ke bidang pengarahan dan penerbitan.

Menerusi MStar, Janna memberitahu telefilem berjudul Delen merupakan percubaan pertamanya mengarah dan menerbitkan sebuah telefilem dan ia merupakan satu pengalaman yang cukup bermakna.

"Memulakan bidang pengarahan dan penerbitan membuka pengalaman baharu untuk saya melihat skop pekerjaan dunia hiburan dengan lebih serius dalam perspektif lebih besar.



"Sebelum ini tanggungjawab saya sebagai pelakon saja tapi apabila menjadi pengarah dan penerbit, saya kena rasa dan lalui semua perkara. Dalam masa sama, saya melihat ia memberi kesan dari segi kerjaya lakonan yang mana saya perlu lebih peka terhadap kerjaya pengarah dan penerbit.

"Apabila duduk dikerusi pengarah juga, baru saya rasa macam mana kalau pelakon tidak memberi, sekarang baru saya faham setiap pengarah ada look dan feel yang mereka mahukan kerana pemahaman pelakon dan pengarah tak sama" katanya.

 

"Memandangkan Delen adalah buah tangan pertama syarikat saya, jadi, saya perlukan kritikan semua orang untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi kualiti kerja saya. Sekali gus saya dapat idea dari kritikan semua. Termasuklah, saya juga boleh tahu drama macam mana yang mereka nak tonton.

"Saya kena belajar terima kritikan dengan hati terbuka. Saya tidak boleh letakkan diri bagus. Saya akan terus belajar, lebih baik tegur dan kritik sekarang daripada tidak ada langsung.'katanya.

Kredit foto : MyInfoTaip


Untuk info, Delen yang akan ditayangkan pada Sabtu ini disaluran Astro Citra menampilkan sebuah kisah cinta remaja antara Delen (Sean Lee) dan Robert (Dini) yang merebut cinta Emily (Janna). Robert menganjurkan pertandingan berenang dan meletakkan syarat pemenang pertandingan itu akan berjaya memiliki cinta Emily.

Jangan lupa tonton dan selepas itu bolehlah bagi pendapat masing-masing tentang telefilem pertama arahan Janna. Semoga Janna terus maju jaya dalam bidang pengarahan dan dapat menghasilkan drama atau filem yang "meletup" suatu masa nanti. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kak.Nah.Bosan 13-2-2021 03:47 AM
rumah kak nak tak ada astro. kenapa tak tayang di rtm 1
Quote Perawankota 13-2-2021 04:35 AM
Tajuk delen. Teringat movie indon Dylan 1990.. Malam nanti blh lah tgk kat astro citra..
Quote bintangct 13-2-2021 05:31 AM
Kak.Nah.Bosan replied at 13-2-2021 03:47 AM
rumah kak nak tak ada astro. kenapa tak tayang di rtm 1

kak nah tgk la kat ytube nnti
Quote bintangct 13-2-2021 05:31 AM
Perawankota replied at 13-2-2021 04:35 AM
Tajuk delen. Teringat movie indon Dylan 1990.. Malam nanti blh lah tgk kat astro citra..

kan.. mcm cite dilan indon je ni hehe
tp nmpk mcm menarik.. mlm ni nk tgk la
Quote Kurex 13-2-2021 05:55 AM
Kau mesti tak sedar muka kau tak sesuai jadi budak sekolah? Sebab muka kau tu muka tua. kenapalah pengarah Malaysia ni ye? Majoriti bingai, yg muka tua, berkerak, ada kedut2 halus, lewat 20an bagi pegang watak budak sekolah. Lainlah muka pelakon tu muda babyface.. puihhhhh dekat kau!!
Quote orkid_amani 13-2-2021 08:17 AM
hahahahahah mampu tanyang kat ceria ja ka??? level ank ja yg tengok. apooo ank aii yg 7y tu tiap hari tertunggu tunnggu slot drama kat ceria..hari rabu & sabtu..adoiii la kaki drama & kuat berangan
Quote orkid_amani 13-2-2021 08:17 AM
hahahahahah mampu tanyang kat ceria ja ka??? level ank ja yg tengok. apooo ank aii yg 7y tu tiap hari tertunggu tunnggu slot drama kat ceria..hari rabu & sabtu..adoiii la kaki drama & kuat berangan
Quote Pamelaloba 13-2-2021 08:21 AM
orkid_amani replied at 13-2-2021 08:17 AM
hahahahahah mampu tanyang kat ceria ja ka??? level ank ja yg tengok. apooo ank aii yg 7y tu tiap har ...

Astro citra bukan ceria
Quote fadz84 13-2-2021 08:24 AM
orkid_amani replied at 13-2-2021 08:17 AM
hahahahahah mampu tanyang kat ceria ja ka??? level ank ja yg tengok. apooo ank aii yg 7y tu tiap har ...

Astro citra sis..
Quote Geeayden 13-2-2021 09:02 AM
Tahniah berani mencuba Janna sbg pengarah. Terima kiritan dgn terbuka utk lebih maju.
Quote zeed 13-2-2021 09:08 AM
Menarik lak nk tgk
Quote nazzse 13-2-2021 09:13 AM
Edited by nazzse at 13-2-2021 11:33 AM

Nak tengok sbb ada Sean , tpi bila tengok ada pakwe si jn terus turn off.. Nak jgk pakwe dia pun
Quote Kancilkering 13-2-2021 09:17 AM
ingat muka
stok stok black pink....macam
pinggan ....
Quote aijinmisaki 13-2-2021 09:29 AM
Apeni? Tengok trailer dia pun dah jijik
Quote bungarose 13-2-2021 09:32 AM
Gaduh dengan netizen bukan mahennn
Alih2 mintak netizen support produk
Quote orkid_amani 13-2-2021 09:51 AM
Pamelaloba replied at 13-2-2021 08:21 AM
Astro citra bukan ceria

yaa ammmpuuun JN..kat rumah mmg bukak ceria ja.ok nti meols suruh ank tengok mlm ni kat citra yaa
Quote orkid_amani 13-2-2021 09:51 AM
fadz84 replied at 13-2-2021 08:24 AM
Astro citra sis..

citra chanel berapa?
Quote fadz84 13-2-2021 09:58 AM
orkid_amani replied at 13-2-2021 09:51 AM
citra chanel berapa?

Ch128 n ch108 (citra hd)
Quote Carcosa 13-2-2021 10:00 AM
Video IG yg 1st tu, caption dia panjang nya mak datokkkk Gilo apo panjang gitu. Ada org yg baca habis ke

Lihat semua komen(121)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.056653 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top