CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kembali Trending, Misteri Siapa Sebenarnya Mr Hu Terjawab

13-2-2021 11:17 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 5467| Komen: 16|Original author: Oleh: natrahn


Nama Mr Hu pasti tidak asing lagi bagi pelanggan Shopee khususnya barangan yang dihantar dari China. Ini kerana pesanan dari negara ini boleh dikatakan hampir kesemuanya akan dikirim oleh orang yang sama iaitu Mr. Hu.

Sebelum ini nama Mr Hu pernah trending di Twitter berikutan pengguna Twitter ingin tahu mengapa beliau sahaja yang kerap mengirim barang dari China. Terkini nama beliau sekali trending melalui ucapan Tahun Baru Cina oleh penerima barangan di Malaysia.



Tidak hanya menerima ucapan, para pengguna di Twitter yang pernah menerima barangan yang dihantar Mr. Hu juga turut berterima kasih serta memaparkan barangan yang diterima.


Untuk info, Mr Hu sebenarnya merupakan ejen atau individu yang bertanggungjawab menguruskan urusan pos sehingga diterima penerima di Malaysia seperti yang dilaporkan oleh The Vocket.

Kredit foto: Twitter

Maka terjawab sudah siapa Mr Hu. Besar jasa beliau pada pembeli online khususnya yang dihantar dari China. Akan tetapi bagi barangan yang dipesan buat masa ini berkemungkinan mengambil masa yang lebih lama daripada kebiasaan berikutan cuti perayaan yang panjang di China. -CARI



Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 13-2-2021 11:29 AM
Baguslah ada pencerahan macam ni tak perlu berteka teki lagi siapakah dia
Quote ClassicMeow 13-2-2021 11:30 AM
Oo.. baru tau. Tu lah. Pelik jugak semua sender dari China nama Mr Hu
Quote CiliPadiSedap 13-2-2021 12:36 PM
ClassicMeow replied at 13-2-2021 11:30 AM
Oo.. baru tau. Tu lah. Pelik jugak semua sender dari China nama Mr Hu

kalau guna nama jack ma terkejut pula buyer lazada. guna hu baru happy buyer shopee
Quote alieyrina 13-2-2021 12:40 PM
Eh xpenah lak aku cek sgt..ada nampak nama aku ja terus bukak parcel
Quote pinklepie 13-2-2021 01:13 PM
alieyrina replied at 13-2-2021 04:40 AM
Eh xpenah lak aku cek sgt..ada nampak nama aku ja terus bukak parcel

Anda tidak keseorangan nampak jer nama sendiri, ambil gunting terus buka takda masa nak belek-belek percel tu
Quote stinger.baik 13-2-2021 01:24 PM
sarah82 ludah2 kn je thread dak2 shopee ni

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote jazaa100 13-2-2021 03:38 PM
alieyrina replied at 13-2-2021 12:40 PM
Eh xpenah lak aku cek sgt..ada nampak nama aku ja terus bukak parcel

betul....

akk pun tak pernah  check....kekdg nama akk sbg penerima pun tak check...konpident betulll
Quote Supersirap 13-2-2021 09:04 PM
Lepas ni sudah boleh jumpa dengan Mr Hu
Quote CikYaYaYa 13-2-2021 11:29 PM
Baguslaa ada yg bagii info ni sbb kadg2 aq ada terbaca.. org ingat mr.hu ni laa penipu dlm shopee to.. Duk bgasak laa yg ni kata aq dpt je brg dr mr.hu. ada yg kata xdpt pon brg .. Pdhal yg pnipu nya yg tukg juall to. Mr.hu to wakil jee
Quote Scheherazade 14-2-2021 01:32 AM
Tingat lak kt kelly hu
Quote cyber_mania 14-2-2021 02:15 AM
Eloklah diberitau mcm ni. Terima kasih sbb kongsi info ni. Menarik jgk. Agaknya klau dari Malaysia, Kita ada ke "Mr Hu" sendiri? Mcm xde je kan
Quote sambaldurian 14-2-2021 12:07 PM
tp serius la ak beli barang china quite efficient jugak la penghantaran dia. within a week smpai sampai dpn rumah. ak beli brg dari satu negeri pun smpai mcm beli brg dr china. stuck 2-3 hari kt warehouse. so baik ak beli dari china je klu gini , rs imported sikit sbb brg naik kapal terbang.sampai2 standby sanitizer dgn tisu kt sebelah, lap2 sikit.
Quote addved 14-2-2021 05:34 PM
Good to know
Quote diiyanazakaria 14-2-2021 05:54 PM
jazaa100 replied at 13-2-2021 03:38 PM
betul....

akk pun tak pernah  check....kekdg nama akk sbg penerima pun tak check...konpident be ...

Dulu iolls pn xcheck smpai la tbukak parcel yg poslaju salah bg..lepas tu trus check smpai skrg..
Quote Mary_jane 14-2-2021 05:57 PM
Nama pun singkat je mr hu.
Quote che-cikL 16-2-2021 01:26 AM
Sy lak selalu hairan kalau sms Yahoo dan pick up Food panda, my CallApps contact selalu papar nama Abu Sahadani.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.046230 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top