CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sah! Tiada lagi syarat buat pengeluaran i-Sinar

11-2-2021 09:50 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8009| Komen: 58|Original author: R2D2




KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan mengesahkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang dalam proses memansuhkan syarat kemudahan pengeluaran i-Sinar.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, pemansuhan itu dilakukan selepas menerima nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berdasarkan maklum balas pihak awam.

"Langkah ini diharap dapat membantu ahli-ahli KWSP mengharungi cabaran semasa akibat pandemik COVID-19.

"Pemansuhan syarat bagi kemudahan i-Sinar ini akan membolehkan ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun membuat pengeluaran dari simpanan Akaun 1 mereka tertakluk kepada baki yang sedia ada.

"Bagi ahli yang telah memohon i-Sinar berdasarkan kriteria semasa, permohonan mereka akan diluluskan secara automatik tidak lama lagi," katanya dalam kenyataan.


Berikut perincian pengeluaran:
A) Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

B) Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga 10 peratus daripada simpanan Akaun 1 mereka. Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.

Sehubungan itu Zafrul berkata, KWSP memerlukan sedikit masa untuk mempersiapkan struktur pengeluaran baharu ini.

Terdahulu, Astro AWANI yang memetik sumber melaporkan, kerajaan dijangka mengumumkan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat Isnin depan.



Sumber: Astro Awani
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Supersirap 11-2-2021 07:03 PM
Akhirnya ada sinar juga kepada rakyat yang memerlukan kewangan di masa terdesak ini
Quote aderaderker 11-2-2021 07:04 PM
Alhamdulillah,  jgn kena scam pulak yer.

Scammer tengah on your mark, get set...
Quote stinger.baik 11-2-2021 07:08 PM
bila nak mansuhkan tol dan ptptn?

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa?
Quote amyza82 11-2-2021 07:16 PM
Alhamdulillah, adil bagi semua.
Quote bangcak 11-2-2021 07:17 PM
..."akan"
hahaha

Quote zidane_ziege 11-2-2021 07:20 PM
Rakyat sayang balik abah..

berita buruk utk cluster mahkamah dan umno yg bakal haram
Quote white_musk 11-2-2021 07:20 PM
stinger.baik replied at 11-2-2021 07:08 PM
bila nak mansuhkan tol dan ptptn?

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa?

Adik stinger pun... Satu satu lah...
Quote stinger.baik 11-2-2021 07:23 PM
akhirnya tongong2 ph nampak perkataan "akan"

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote sarah82 11-2-2021 07:24 PM
stinger.baik replied at 11-2-2021 07:08 PM
bila nak mansuhkan tol dan ptptn?

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa?

Tu bukan janji PH kerajaan kurniaan Langit kesayangan geng keadilan utk semua dan urban berkerak?
Quote stinger.baik 11-2-2021 07:26 PM
sarah82 replied at 11-2-2021 07:24 PM
Tu bukan janji PH kerajaan kurniaan Langit kesayangan geng keadilan utk semua dan urban berkerak?

ko tngk la tongong2 ph tu ada bebunyi tak pasal ni?

tak kan?

biar la aku tolong bunyikan

pahala apa tolong orang

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote sarah82 11-2-2021 07:47 PM
stinger.baik replied at 11-2-2021 07:26 PM
ko tngk la tongong2 ph tu ada bebunyi tak pasal ni?

tak kan?

Hahaha hahaha mana boleh.. Sembahan geng keadilan utk semua dan urban berkerak mana ada salah..
Quote AppropriateNick 11-2-2021 07:53 PM
zidane_ziege replied at 11-2-2021 07:20 PM
Rakyat sayang balik abah..

berita buruk utk cluster mahkamah dan umno yg bakal haram

rakyat bebal mcm ko jek mudah tertifu dengan permainan abah

dan rakyat bijak tau siapa yg berjuang untuk rakyat sejak dulu,,yang hasilnya cuma ditiru ph dan pn
Quote AppropriateNick 11-2-2021 07:55 PM
sarah82 replied at 11-2-2021 07:24 PM
Tu bukan janji PH kerajaan kurniaan Langit kesayangan geng keadilan utk semua dan urban berkerak?

eh, lupa ke apa? si Bunga ni la serpihan PH, kenapa masih ada orang tak suka guna akal dikurniakan Allah
Quote sarah82 11-2-2021 08:11 PM
AppropriateNick replied at 11-2-2021 07:55 PM
eh, lupa ke apa? si Bunga ni la serpihan PH, kenapa masih ada orang tak suka guna akal dikurniakan ...

Siannya... Aku bukan kisah bab bunga.. Kalau guna akal yg Allah bagi.. Tak la sokong membuta tuli si najib tu
Quote bulan_gerhana 11-2-2021 08:23 PM
stinger.baik replied at 11-2-2021 07:08 PM
bila nak mansuhkan tol dan ptptn?

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa?

Dah pinjam kene la pulang balik... Dpt bayar pokok pun jadi lah..huhu seb iols x pinjam ptptn dulu... Ni dah bersinar2 ni bole le plan bayor balik ikut portion... Bijak merancang
Quote Simunggu 11-2-2021 08:23 PM
sekejap lagi ada syarat lah tu..minta itu ini...pemgesahan majikan bagai....baik tak payah..
Quote zidane_ziege 11-2-2021 08:39 PM
AppropriateNick replied at 11-2-2021 07:53 PM
rakyat bebal mcm ko jek mudah tertifu dengan permainan abah

dan rakyat bijak tau siapa yg berj ...

macai umno bebal mcm ko je yg tertipu dgn abah kow..teruskan la bermimpi dgn perjuangan umno yg bakal diharamkan tu..

raykat lps dpt i sinar ni puji balik la abah kow..tak kisah dah kluster mahkamah berjemaah masuk jel dan parti keramat kena haram
Quote dizekni 11-2-2021 08:49 PM
Jasa besar DSN

bukan lagi PM namun rakyat tetap di hati

terbaik Bossku
Quote rikiruj 11-2-2021 08:50 PM
OK jugak la semua dapat keluar... yang tak memerlukan dan bijak bole la at least boleh park kat mana2 dulu.. ada la cash on hand lebih sikit kot2 apa hal nanti.. kita bukan tau nasib masa depan.  Company yang strong financially pun boleh je tetiba goyang.  Yang keluar buat joli pun masing2 punya pilihan la.

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:04 PM GMT+8 , Processed in 0.076967 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top