CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Positif Jahat - Tak Padan Dikuarantin, 2 Lelaki Ini Berjaya Diberkas Kerana Mencuri

12-2-2021 12:34 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 3412| Komen: 11|Original author: Oleh: natrahn


Hospital Bersepadu Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang yang mula beroperasi pada 24 Januari bagi merawat pesakit Covid-19 kategori tiga, empat dan lima untuk distabilkan sebelum dihantar mendapatkan rawatan rapi ke hospital pastinya menyimpan 1,001 kisah suka duka pesakit yang dikuarantin di sana.


Kredit foto: Harian Metro - Hospital Bersepadu Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang

Terbaru, ada pula beberapa orang yang mengambil kesempatan dalam kesulitan untuk mencuri telefon bimbit pesakit di sana. Kejadian kecurian ini dikongsikan seorang wartawan TV3 iaitu Mohd Redzuan Abdul Manap menerusi laman Twitter. 




Namun, polis berjaya menahan dua suspek di dalam pusat kuarantin tersebut. Selepas diberkas, empat telefon bimbit  berjaya ditemui semula oleh pihak polis.


Kredit foto: Twitter

Tinjauan di akaun TikTok asal milik Ayie Kefli mendapati, kedua-dua suspek tersebut merupakan banduan yang baru sahaja dibebaskan daripada hukuman. Nampaknya mereka bakal ke penjara semula atas kesalahan mencuri pula.



Orang ramai mengecam tindakan kedua suspek berkenaan dan berasa berang dengan apa yang berlaku. Menurut mereka perkara itu tidak sepatutnya berlaku ketika semua orang sedang berjuang melawan virus berkenaan dan berharap ianya tidak berlaku lagi.

Jadi kepada sesiapa yang sedang menjalani kuarantin di MAEPS, pastikan anda sentiasa menjaga barangan peribadi dan berhati-hati dengan semua orang ya. - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makneng 12-2-2021 01:22 PM
Buat bopeng je.. Padan muka kena cekup
Quote eyansss 12-2-2021 01:38 PM
tak fikir panjang...  situ kalau curi, sekejapan je kantoi sebab korang bukan boleh keluar pun...
Quote shop_girl 12-2-2021 03:02 PM
Dalam sakit2 tu sempattttt
Quote Kurex 12-2-2021 04:05 PM
BiRkan je banduan tu, jgn dirawat
Quote depresio 12-2-2021 10:33 PM
Dah keluar tak tau nak gi mana kot so buat hal supaya boleh mausk dalam balik
Quote salmon-suki 13-2-2021 12:07 AM
Xleh tembak mati terus ke?kita tak perlu "virus" ni merebak..
Quote Artemesiaa 13-2-2021 11:41 AM
Berani sunggup dalam tempat terkurung macam tu pun berani buat hal tapi dah katanya bekas banduan jadi tak hairan
Quote cyber_mania 14-2-2021 02:57 AM
Sakit covid-19 ni teruk kan? Susah nak nafas, hilang sekejap deria rasa, bau. Camtu tu pun xleh nak insaf lagi eh. Mat dadah ke? Handphones bukan Mahal puluh2 ribu sangat pun. Tu klau jual ratus2 je dapat. Xberbaloi utk yg mencuri pun. Tapi kesian giler kat tuan punya handphones teruk nak pening kepala
Quote tobobon 15-2-2021 10:24 AM
cyber_mania replied at 14-2-2021 02:57 AM
Sakit covid-19 ni teruk kan? Susah nak nafas, hilang sekejap deria rasa, bau. Camtu tu pun xleh nak  ...

yg kuarantin kat maeps tu bukan teruk sangat pun.. depa disahkan positif covid jer..

yelah kalau teruk ..xdelah depa boleh berfashion show, senam robik ramai2 kat sana
Quote felinecat 15-2-2021 05:35 PM
xmemasal polis pon kene pakai tyvek tu nak tangkap ko, membazir tauuu, ade hospitl yg xcukup tyvek. harap bg tindakan setimpal!!!

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:41 PM GMT+8 , Processed in 0.051700 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top