CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sebulan 'Sakit' - Ayie Floor88 Lega Pelanggan Dah Boleh ‘Dine In’ Dalam Restoran

11-2-2021 01:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4350| Komen: 18

Vokalis kumpulan Floor88, Ayie meluahkan rasa syukur dan menarik nafas lega apabila kerajaan membenarkan semula pelanggan makan di restoran bermula Rabu.

Ayie yang juga merupakan pemilik restoran Ayie Elham Cafe berkata keputusan itu sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan semula hasil pendapatan restorannya yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.



"Apabila kerajaan izinkan semula pelanggan dine in atau makan di kedai... kami sebagai peniaga memang bersyukur sangat! Alhamdulillah dapat meriahkan semula restoran.

"Hampir sebulan kita berdepan situasi menyakitkan ini, apabila kerajaan benarkan semula dapatlah kita kumpul balik modal dan kos operasi yang keluar sebelum ini.

"Hari pertama masih kurang pelanggan yang memilih untuk makan dalam restoran, mungkin masih takut-takut atau rasa janggal lagi... sebab dah terbiasa bungkus bawa balik rumah sebelum ini," katanya kepada mStar.

Foto: IG

Sebagai pemilik restoran, Ayie berkata dia perlu memastikan kakitangan dan pelanggan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan sepanjang waktu operasi perniagaan.

"Restoran kami dibuka dari pukul 10 pagi hingga 10 malam, kita memang ikut SOP ketat yang ditetapkan kerajaan antaranya hanya dua orang untuk satu meja.

"Saya pun dah terangkan kepada pekerja mengenai SOP... kalau ada pelanggan yang langgar SOP kami akan tegur baik-baik, bimbang nanti kena kompaun pula kan?

"InsyaAllah kita sama-sama doakan semoga Covid-19 ini berlalu pergi dan semua orang dapat menjalani kehidupan biasa tanpa perlu ada rasa bimbang," ujarnya.




Pada Selasa lalu, Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan pelanggan boleh makan di dalam restoran, terhad dua orang satu meja dan mengikut SOP termasuklah mengekalkan jarak fizikal satu meter.

Katanya, pihak restoran perlu memastikan ada petugas yang menjaga SOP dan menghadkan bilangan pelanggan pada satu-satu masa. -CARI

Sumber: mStar Online
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stinger.baik 11-2-2021 01:11 PM
habes tu nak kena gelabah telur ke?

haaaaaaaaaaaaaaaaaaa?
Quote slyfynx 11-2-2021 01:26 PM
Ok. Tahniah
Quote sehirkedi 11-2-2021 01:34 PM
Laksa kat cafe dia sedap.
Quote LadyCarefree 11-2-2021 02:04 PM
Sakit apa?
Quote MadameOnion 11-2-2021 03:01 PM
meniaga makan ok sikit daripada bukak kedai baju, selipar dan lain2 time pandemic ni
Quote sayawifenikmie 11-2-2021 03:37 PM

... OK lah .. kecik2 dah ada cafe sendiri ... ada lah wawasan ......
Quote Suchi 11-2-2021 04:16 PM
sehirkedi replied at 11-2-2021 01:34 PM
Laksa kat cafe dia sedap.

Kedai dia kat mana? Apa lagi menu yang ada?
Quote mohdcrow 11-2-2021 04:40 PM
Sekarang anda tau dia ada kedai makan, bijak kan?
Quote lavendernovella 11-2-2021 05:04 PM
Yeh ladka khon hey?
Quote giyomi 11-2-2021 06:58 PM
stinger.baik replied at 11-2-2021 01:11 PM
habes tu nak kena gelabah telur ke?

haaaaaaaaaaaaaaaaaaa?

gelabah teloq plak dah, selama ni akak gelabah tek jew dgn kak kiah, klu teloq akak surrender, pass kat budak2 diluar sana
Quote stinger.baik 11-2-2021 07:00 PM
giyomi replied at 11-2-2021 06:58 PM
gelabah teloq plak dah, selama ni akak gelabah tek jew dgn kak kiah, klu teloq akak surrender,  ...

korang gelabah ovari je la
haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote stinger.baik 11-2-2021 07:00 PM

yehh jadu hai jinn ka!

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!
Quote pavlovachoc 11-2-2021 07:19 PM
Bru tau dia ade cafe
Quote Perawankota 11-2-2021 09:36 PM
Mahal x food kt sana?
Quote salmon-suki 11-2-2021 10:04 PM
Aiolzs lagi berminat nk taw "sop" kedai mamat.. hihihi~

N ai rasa xde masalah kot kedai mkn nk survive,asalkan jaga kualiti makanan..in sha Allah,org akan sentiasa repeat order...
Quote sehirkedi 12-2-2021 01:59 AM
Ada soto, bakso, mee kari, western. Cafe dia kat Platinum Walk, Danau kota sebelah Kaizen saloon.

Haritu iols pesan laksa kat food panda. Tak tau pulak ayie & tunang dia punya cafe.  Order sebab nampak gambar laksa menarik. Laksa punyalah banyak, boleh makan dua orang. Sedap pulak tu. Iols bukan karats dia. Jujur cakap sedap. Kalau tak sedap koser nak puji.
Quote follesegal 12-2-2021 04:45 AM
ok thniah.. ksian bnyk kdai retis xleh jana income yer wktu pkp
Quote fadzyjemi 12-2-2021 05:07 AM
Masalahnya mknam kt kedai dia xsedap. western dia menyedihkan. Masin subhannallah. Tp siyes ckp kedai dia mahal. Baik g meat cartel uols puas hati.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:05 PM GMT+8 , Processed in 0.057180 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top