CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lakonan Menjadi, Azlee Khairi Semakin Diminati

11-2-2021 12:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6374| Komen: 36

Description: Walaupun baharu setahun 'kemunculan semula' pelakon Azlee Khairi, 31, dalam industri hiburan tanah air, namun nama serta bakatnya ketika ini semakin kukuh.
Walaupun baharu setahun 'kemunculan semula' pelakon Azlee Khairi, 31, dalam industri hiburan tanah air, namun nama serta bakatnya ketika ini semakin kukuh.

Ia berikutan dua drama lakonannya iaitu Hari Kita Jatuh Cinta di Awesome TV dan Rahimah Tanpa Rahim yang kini mengisi slot Akasia di TV3, jam 7 malam cukup menjadi perhatian penonton.

Malah, dua drama berkenaan turut 'trending' di media sosial apabila menjadi perhatian warganet untuk dibahaskan.

Bagi Azlee, ia satu permulaan yang baik untuk kerjaya lakonannya pada 2021 ini.



Mengulasnya, Azlee atau nama sebenarnya Azlee Khairi Zulah Hainee berkata, semua ini adalah rezeki yang dikurniakan kepadanya.

Katanya, dia sentiasa yakin bahawa setiap rezeki diturunkan Allah itu takkan pernah tersalah alamat.

"Sebagai penerima (rezeki), saya bersyukur. Sejujurnya, saya tidak pernah menyangka kerjaya lakonan yang baharu diceburi semula ini mampu mengorak langkah sejauh sekarang dengan pantas.

"Alhamdulillah, peluang untuk saya memahat nama dan bakat juga dipermudahkan dan lancar. Saya sebenarnya sangat berterima kasih kepada penerbit drama, Jalena Rejab yang banyak membantu selama ini," katanya.

Menurut Azlee, Jalena yang juga pengurus kerjayanya akan terlebih dahulu menapis setiap tawaran projek lakonan diterima bagi memastikan setiap watak diperoleh itu sesuai dan mampu dilakonkan dengan baik.

Berbicara mengenai drama Rahimah Tanpa Rahim, pemuda dari Perak ini berkata, dia teruja melakonkan watak Jauhar kerana mendekatkannya dengan permasalahan golongan remaja. Malah, sedikit sebanyak mendalami perasaan mereka.


Foto: IG

"Namun, apa yang membuatkan saya suka dengan drama ini kerana jalan ceritanya diangkat daripada kisah benar wanita yang mengalami sindrom Mayer Rokitansky Kuster Hauser (MRKH) atau tidak memiliki rahim.

"Sebenarnya saya tidak tahu apa itu MRKH pada awalnya. Tak sangka juga ada golongan wanita menghadapi masalah tidak mempunyai rahim sejak lahir. Jadi, ia ilmu baharu buat saya untuk lebih memahami.

"Selain itu, kali pertama berlakon dengan Puteri Aishah dalam drama ini membuatkan saya terfikir bolehkah kami serasi? Ini kerana, saya bimbang tak mampu memberikan lakonan terbaik.

"Saya melihat karya Rahimah Tanpa Rahim ini sangat bagus kerana bukan adaptasi novel. Jalan ceritanya asli dan skrip pun mantap membuat saya harus betul-betul faham dengan watak Jauhar itu. Saya tak boleh ambil mudah," katanya.

Melihat kepada penerimaan baik penonton yang semakin faham dengan kisah diketengahkan drama ini, Azlee berkata, judulnya mungkin nampak macam 'sesuatu', tapi kena tonton dahulu kerana mesej dimuatkan sangat menyeluruh.



Menurut Azlee, setakat ini dia sangat berpuas hati dengan tawaran drama yang dibintanginya. Malah, katanya dia juga selesa fokus pada berlakon drama dahulu dan tidak terkejar-kejar menagih tawaran beraksi untuk filem.

Selain Azlee dan Puteri Aishah, Rahimah Tanpa Rahim terbitan Country Universal Sdn Bhd sebanyak 28 episod itu turut dibintangi Ezzaty Abdullah dan Hafidz Roshdi serta diarahkan Eoon Shuhaimi.

Biarpun kebanyakan drama lakonannya adalah watak utama, Azlee berkata, dia masih lagi sedia untuk membawakan watak pembantu, 'cameo' mahupun sebagai antagonis.

Katanya, asal watak berkenaan sesuai dan ada impak tersendiri pada lakonan dipersembahkan, dia tidak memilih.

Menurut Azlee, sejak dulu dia tidak pernah bimbang mengenai 'jatuh standard' jika berlakon watak selain hero.

"Dalam kerjaya lakonan ini, saya pernah berada di atas dan kemudian jatuh yang terduduk terus. Tidak setakat itu, saya turut menghilang pula dari radar industri selama lima tahun, jadi siapa saya untuk terlalu memilih.

"Apabila melihat lakonan diterima baik dalam kalangan penonton serta peminat, saya sangat terharu. Ini kerana saya masih diberi peluang dan mereka semua menerima baik kedatangan semula ini. Jadi, perlukah saya mendabik dada?" katanya.



Azlee yang kini aktif dengan perniagaan produk Aura Kasih diusahakan gembira mendapat sokongan padu daripada kelab peminatnya.

Kata pelakon drama Seadanya Aku ini, ramai peminatnya yang menjadi ejen dan stokis.

Katanya, disebabkan penularan Covid-19 ketika ini dia harus ada perniagaan sebagai 'back up'.

Menurut Azlee, apabila menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti sekarang, masanya di rumah difokuskan pada urusan perniagaan. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bemyself 11-2-2021 01:03 PM
Langsung x minat..next!
Quote Nenasketum 11-2-2021 01:07 PM
Berlakon macam kayu kayan, sora langsung tak sedap di halwa telinga, sekian!
Quote stinger.baik 11-2-2021 01:11 PM
bhaiyaaaaaaaaaaaaaa?

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa?
Quote MadameOnion 11-2-2021 01:16 PM
kenapa aku rasa dia ni kalau berlakon kontrol macho? pastu bercakap mcm tak bukak mulut...sejenis bercakap ketap gigi geraham atas dgn bawah
Quote chinta89 11-2-2021 01:27 PM
Aku skip baca lps 1-2 perenggan. Excuse me, ko blakon langsung x best dlm Rahimah Tanpa Rahim
Hero heroin blkon xde feeling {:nose
Quote CiliPadiSedap 11-2-2021 01:51 PM
michael ang berlakon lg best. takde kayu kayan
Quote Nurul_007 11-2-2021 02:05 PM
Meols antara yang tak meminati dia.

rimas aku tengok lelaki yang bila bergambar asyik tayang bulu
Quote Miss_LoveLeen 11-2-2021 02:22 PM
Betul ke dia umo 31? Muka dia dah mcm stok pelakon2 spektra zaman dolu2
Quote Gianna111 11-2-2021 02:25 PM
dia ni mix apa ja?
kenapa saya terhidu bau kari babas alagapas?
Quote jalfa 11-2-2021 02:30 PM
Ko boyak dek.dlm rahimah t rahim to baju polo t ko jongket naik keatas
Quote MadameOnion 11-2-2021 03:00 PM
Miss_LoveLeen replied at 11-2-2021 02:22 PM
Betul ke dia umo 31? Muka dia dah mcm stok pelakon2 spektra zaman dolu2

macam azman jantan
Quote nazzse 11-2-2021 03:06 PM
Tolonglah jangan ambil dia ni jadi hero..
Tak lalu nak tengok
Quote yum3 11-2-2021 03:11 PM
Miss_LoveLeen replied at 11-2-2021 02:22 PM
Betul ke dia umo 31? Muka dia dah mcm stok pelakon2 spektra zaman dolu2

emmmm sorry takde aura... .. tapi nampak dlm tv ctr apa tah.. kelihatan gomok  &  tua.... sorryyyyy
Quote lanse 11-2-2021 04:12 PM
Nah..
Quote cicicumel 11-2-2021 04:19 PM
Gemuk skrg
Quote Miss_LoveLeen 11-2-2021 04:31 PM
MadameOnion replied at 11-2-2021 03:00 PM
macam azman jantan

Chuolss buatkan meolss terpaksa google siapa azman jantan. Rupanya kenal. Pelakon lama yg berimej misal tebal ular sawa. Baru tau nama dia azman jantan
Quote Ritacomels 11-2-2021 04:33 PM
Euwww sape je minat dia nehhh? Aku syak nenek2 je yg layan cite dia
Quote Miss_LoveLeen 11-2-2021 04:34 PM
yum3 replied at 11-2-2021 03:11 PM
emmmm sorry takde aura... .. tapi nampak dlm tv ctr apa tah.. kelihatan gomok  &  tua.... sorryy ...

Meolss rasa pun gitu. Mgkin sbb dia dah gemuk skit lpas pegang status dude. Jd nampak berumur
Quote Miss_LoveLeen 11-2-2021 04:48 PM
Ritacomels replied at 11-2-2021 04:33 PM
Euwww sape je minat dia nehhh? Aku syak nenek2 je yg layan cite dia

Mak meolss yg berstatus nenek pun x tgk cite ni. Dia lg syok tgk shahrul ridzwan dlm cite cinta sekali lg. Mak meolss dah la x berapa suka tgk tv. Tp shahrul ridzwan berjaya buat dia layan drama tu smpai abis

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 09:11 PM GMT+8 , Processed in 0.078010 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top