Siapa sangka dengan rambut atas kepala kita ini mampu menghasilkan keuntungan yang sangat lumayan? Tahukah anda, ketika ini rambut dijual pada harga lebih RM28.3 bilion dan dijangka akan terus meningkat sehingga RM40 bilion menjelang 2024.
Menurut kajian, pada tahun 2019 bekalan asas utama rambut kebanyakkan berasal dari Hong Kong dan India. Kedua-dua negara ini menjadi pengeksport yang aktif dalam mengumpulkan rambut, sebelum ia diproses. Malah, setiap hari sekitar 40 kepala akan dicukur bagi memperoleh sumber asli rambut dan ia akan dijual menerusi platform lelongan. Dianggarkan juga, satu lelongan sebanyak 157 tan rambut mampu menghasilkan RM6.4 juta. Bagi memastikan bekalan rambut terus diperolehi, proses pengumpulan rambut akan terus diperluaskan pada negara-negara seperti Myanmar, Laos, Indonesia dan Bangladesh. Sumber: Era.je
|
Tinot7 replied at 11-2-2021 09:00 AM
Tiberr iols tingat citer the wig
ifanonline replied at 11-2-2021 09:09 AM
negara lain buat rambut kepala...mungkin malaysia bleh export rambut ari2...
capwayang replied at 11-2-2021 09:34 AM
Bad Hair. I dah tengok, menarik juga movie ni..
jazaa100 replied at 11-2-2021 11:15 AM
rambut dari andartu ke?....
lavendernovella replied at 11-2-2021 05:15 PM
Rambut ni bukan buat wig jer. Tapi macam2 ingredients utk produk2. Ewwwww
aechae replied at 12-2-2021 04:39 PM
Iyeee... l-cystein sourced dr human hair pn ada ye guna dlm makanan contohnya bakeri utk buat roti ...
ADVERTISEMENT