Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan sekeras-kerasnya menulis komen yang mencerca Tan Sri Muhyiddin Yassin di laman Facebook rasmi Perdana Menteri. ”Saya percaya ada pihak tertentu sengaja meninggalkan komen biadap menggunakan akaun Facebook menggunakan nama dan gambar profil saya dengan niat yang jahat. Atau menyunting imej komen Facebook seolah saya menulis komen tersebut dengan tujuan ingin mencerca Tan Sri Muhyidin,” katanya. Presiden UMNO itu berkata, tindakan seperti itu jauh daripada amalan dan prinsip hidupnya. Katanya, kita perlu berbudi bahasa dengan semua meskipun berbeza pendirian politik. Lantaran itu, beliau menggesa pihak yang berbuat demikian supaya menghentikannya. Sumber: MalaysiaGazette |
dizekni replied at 11-2-2021 10:33 AM
Jadi PM mahupun presiden UMNO, kena kental
serangan dalam bentuk fitnah dan macam2 lagi pasti wu ...
dockers replied at 11-2-2021 10:46 AM
Mmglah salah satu faktor minat pelabur utk melabur adalah politik yg stabil. Tapi itu cuma satu sa ...
Zazama replied at 11-2-2021 10:56 AM
Anggaplah semua ini sebagai teguran dariNYA. Teguran Allah berbagai2 cara. Hanya Allah dan tuan puny ...
ADVERTISEMENT