CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kacau Hidup Saya Lagi Ni Kurang Kasih Sayang Ke?" - Rita Rudaini

10-2-2021 08:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 22751| Komen: 141

Description: Bukan tidak 'move on' dengan titik hitam kegagalan rumah tangga bersama pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abdul Razak, sejak lapan tahun lalu.
Bukan tidak 'move on' dengan titik hitam kegagalan rumah tangga bersama pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abdul Razak, sejak lapan tahun lalu.

Namun, aktres, Rita Rudaini kembali 'berbunyi' selepas tidak berpuas hati dengan hantaran dimuat naik bekas suamiya menerusi entri Instagram (IG) mengenai nafkah anak, baru-baru ini.




Aidil memuat naik status pembayaran nafkah terhadap dua cahaya mata, Airit Rayyan Rizqin, 12, dan Airit Qaqa Arjuna, 10. Namun, lebih mengecewakan apabila Aidil terlebih dahulu membuat pengecualian cukai, sedangkan Rita bersusah payah membesarkan anak-anaknya seorang diri.

Rita berkata, dia mengenali bekas suaminya luar dan dalam selepas empat tahun menyulam cinta, sebelum disatukan sebagai suami isteri.

"Saya percaya ia bukan kenyataan Aidil. Ini kerana Aidil bukanlah jenis suka membuat luahan panjang lebar dalam laman sosial. Saya pelik kenapa orang sebelah sana pula meroyan?


"Kenapa masih berterusan mengganggu hidup dan selalu 'skodeng' akaun IG saya? Dia sudah dapat apa yang dimahukan dan suami pun ada depan mata, tetapi kenapa masih nak kacau hidup saya? Mungkin kurang kasih sayang?" persoal Rita.

Gara-gara tidak berpuas hati dengan 'serangan' sebelah sana, Rita turut membongkar semula kisah bekas suami yang didakwa tidur dan menghabiskan masa selama seminggu di rumah Rita, sebelum berkahwin baharu.

Bagaimanapun, tindakannya itu menyebabkan pelakon filem Mami Jarum Junior itu mendapat serangan netizen. Mereka menggelar Rita 'gila meroyan' dan 'gila talak' kerana kembali mengungkit kisah silam, apatah lagi status Aidil yang kini sudah mempunyai keluarga baharu.

Rita berkata, dia tidak berniat mengungkit semula kisah cerita lama, tetapi terpaksa berbuat demikian berikutan netizen kerap menuduhnya tanpa usul periksa.


Kredit foto: IG Rita

"Mereka minta saya bongkar, jadi saya terpaksa ungkit kisah Aidil tidur di rumah hampir seminggu, sebulan sebelum berumah tangga. Saya selebriti, ramai orang kenal dan saya jenis tidak suka berpura-pura.

"Orang tuduh saya tak beri Aidil jumpa anak. Jika betul, saya takkan izinkan Aidil bermalam di rumah untuk meluangkan masa bersama mereka.

"Sebenarnya, saya berat hati mengizinkan Aidil tidur di rumah, tetapi mungkin ini sahaja peluang yang ada untuknya menatap anak, jadi saya izinkan. Lagi pun, saya kasihan pada Aidil, setiap hari, jam 6 pagi bergegas pulang ke Kelana Jaya dan datang semula pada sebelah malam," katanya kepada BH Online.

Pelakon yang mencipta populariti menerusi drama Cinta Gila dan Rahsia Hati itu berkata, anak keduanya baru pandai berjalan dan bercakap ketika itu.

"Waktu diperkenalkan kepada Aidil, Arjuna terpinga-pinga. Saya suruh Arjuna panggil Aidil dengan panggilan 'daddy'. Arjuna terlalu kecil, jadi sukar untuk dijelaskan maksud 'daddy'. Tetapi, dia ikut sahaja permintaan saya.

"Namun, apa yang sedihnya, melihat Aidil sudah tiada apabila bangun pagi, Arjuna bertanya kenapa daddy meninggalkannya. Memang sebak kerana anak kecil sepertinya tak faham erti perpisahan. Itulah kali terakhir Arjuna bertemu Aidil," katanya.

Wanita kelahiran Kangar, Perlis itu berkata, dia tidak pernah menghalang Aidil bertemu anak kerana tahu, bekas suaminya mempunyai hak ke atas darah dagingnya. Malah, dia juga tidak mampu menidakkan, Aidil menyayangi Ryan dan Arjuna, tetapi ada penghalang hubungan mereka.

"Saya tahu Aidil sayangkan anaknya. Boleh dikatakan setiap hari Aidil membuat panggilan video mahu bercakap dengan mereka selepas insiden tidur di rumah.

"Aidil pernah beritahu, mungkin peluang berjumpa anak agak sukar selepas berkahwin, tetapi saya tidak mahu menekannya, hanya pesan cubalah cari ruang.

"Ketika baru berkahwin, Aidil tak lupa menghubungi anak-anak, malah bercakap berjam-jam. Jika kerja di luar daerah, Aidil tetap ingat anak hinggalah bulan ketiga selepas berkahwin. Aidil pernah 'kantoi' dengan isteri barunya ketika sedang membuat panggilan video bersama anak.

"Sejak 'amukan' berlaku, Aidil sudah tidak lagi menghubungi Ryan dan Arjuna," kata Rita.

Rita berkata, ada sesekali bekas suami menghantar mesej, tetapi kerap kali menggunakan nombor berbeza.

"Ada masanya, saya tidak menjawab kerana bimbang orang tidak dikenali. Sekarang anak sudah besar, jadi saya tak boleh paksa mereka pergi ke rumah Aidil. Setahun sekali Aidil hanya bertanya khabar, jadi tentulah anak kekok dengannya," katanya yang tidak pernah terhegeh-hegeh mahu menagih kasih Aidil semula.



Sumber: BH Online

Bagus
1

Marah

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote syidasaleh 10-2-2021 09:05 PM
Huishhh tak abis2 lg ke ritrud oiiii
Quote mamajawie 10-2-2021 09:16 PM
So selama ni royani meroyan sbb jarimah jdi batu api supaya edel lg bnci kt anak2 ke?bese la royani ang pun tau kn pompuan kalu kawen bekas laki org ni ada yg jnis insecure..ang pun toksah la setiap bulan asyik dok kelahi yg jerimah tu..lagi la si edel mkim benci kat ang
Quote pxlbb 10-2-2021 09:30 PM
Londeh kak selagi boleh londeh. Ada wisdom dalam silence kak.
Quote samshik 10-2-2021 09:39 PM
Akak punya royan.. Jimah janda pun kalah kakk...
Quote LadyCarefree 10-2-2021 09:42 PM
Lahai. Xelok macam ni. Anak2 baca. Jadi news, anak2 besar pun still akan ada news ni semua. Better senyap saj. Senyap xbermakna lemah atau kalah.
Quote jiwakacau06 10-2-2021 09:45 PM
Jadi dia start bercinta dgn aidil 15tahun KE...
Quote tasha 10-2-2021 09:49 PM
jiwakacau06 replied at 10-2-2021 09:45 PM
Jadi dia start bercinta dgn aidil 15tahun KE...

Sejenis pedo juga mak janda gatal ni
Quote ellejo 10-2-2021 09:51 PM
4 tahun bercinta sebelum kawen? ko biar betul garita
Quote manehnya 10-2-2021 09:55 PM
Cakap kt diri sendiri ka nekrit
Quote Joysparta 10-2-2021 10:03 PM
Apa lagi dia ni....
Sape yg rajin skodeng dia tu???
Quote mu@h@h@ 10-2-2021 10:13 PM
Kesian dia..semoga yg baik je ye ritrud ...  
Quote Rara77 10-2-2021 10:15 PM
Makjan perasan tak habis
meroyan je kerja kau
Quote umbut 10-2-2021 10:19 PM
Ko ngata diri sendiri ke garit oooiii.. sapa yg kurang kasih sayang ni
Quote lanse 10-2-2021 10:24 PM
Ya ampun.. tak abis-abis. Memang tak nak move on langsung.
Quote Cik_jantung 10-2-2021 10:27 PM
Kalau sambut tahun 2021 baru ni aidil tido rumah ritrud seminggu aku pun tumpang maki si aidil... Ni dah tahunan yg lalu kejadahnya...

Cuba la ritrud gi tepi padang ker.. anta anak peluk cium sket ke.. barula news...  Tu pun nak ajarr hahahaha
Quote ciksaenara 10-2-2021 10:44 PM
hmm bosan. citer sama je dia ni tetiap tahun.
Quote debab_78 10-2-2021 10:45 PM
Bosan la haihhhh
Quote shahirakay 10-2-2021 10:46 PM
Sebagai mak mak aku tetap side rita. Royan rita. Royan. Untuk jumpa dan bermanja dengan bapak tu hak anak-anak.
Quote acikbajuhijau 10-2-2021 10:47 PM
Oh God. So bingit! Kau meroyan gini Garit, x guna. Apa kata kau face to face dgn Jemah. U onz x onz? Haaaa... Lps tu kau gebanglah satu Malaysia.

Lihat semua komen(141)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-6-2024 11:14 AM GMT+8 , Processed in 0.070054 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top