CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ada Pegawai Menteri Bingai, Ugut Media Batal Kontrak Iklan - Bos Karangkraf

10-2-2021 06:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3953| Komen: 14

Ketua Kumpulan Karangkraf Hussamuddin Yaacob meluahkan rasa bengang terhadap pegawai sebuah kementerian yang didakwanya melakukan ugutan bagi menghalang kebebasan media.


Kredit foto:FB/MalaysiaKini


Katanya, pegawai berkenaan mengugut untuk menamatkan kontrak pengiklanan jika media memberikan ruang kepada individu tertentu dalam laporan mereka.

"Rupanya di tahun 2021 pun masih ada pegawai menteri/kementerian yang berotak bingai, siap boleh ugut media untuk batalkan kontrak iklan dari kementerian tempat dia bertugas jika media beri ruangan kepada si polan dan si polan. Siap ugut nak boikot lagi. Ingat boleh tongkat langit ke?" katanya menerusi Twitter.


Kredit foto: FB


Karangkraf merupakan penerbit bagi akhbar berbahasa Melayu Sinar Harian.

Ketika dihubungi Hussammuddin enggan menjelaskan secara terperinci mengenai ugutan tersebut.

Dalam tweet berasingan, dia berkata kerajaan BN dan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini tidak pernah membuat ugutan sedemikian.

"Kami buat akhbar bebas (Watan/ Eksklusif/ Sinar Harian) sejak tahun 80-an lagi. BN/PH pun tak berapa suka dengan pendirian kami, tapi mereka tak pernah ugut malah siap engaged kami. Hubungan kekal mesra, walaupun "benci tapi rindu". Geng baru ni lain macam pula. TSMY (Tan Sri Muhyiddin Yassin) kena tengok-tengok juga," tambahnya.


Kredit foto: FB

Bercakap dengan Malaysiakini, Hussammuddin berkata laporan berita tidak sepatutnya menjadi alasan untuk menamatkan kontrak sesuatu iklan.

Ini kerana katanya, iklan dan berita adalah dua perkara berbeza.

"Jika iklan yang disiarkan tidak ikut spesifikasi perjanjian, bolehlah pertikaikan.

"Media harus bebas menyiarkan berita selagi tidak menggangu ketenteraman awam dan tidak menghina raja dan agama atau boleh menyemarakkan api perkauman. Juga tidak fitnah," katanya.


Sumber: MalaysiaKini

2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 10-2-2021 06:36 PM
Bingai tu yang tak menahan tu
Quote Odyman 10-2-2021 06:45 PM
Rasanya ini bukan pegawai  kerajaan yang tetap dan berpencen ni, ni mesti pegawai lantikan politik yang biasanya lebih sudu dari kuah.
Quote MontanaHannah 10-2-2021 06:52 PM
Pegawai alntikan politik ,itupun menteri yg suruh dua ugut begitu.

Alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahai mcm xbiasa....

pegawai lantikan politik= kaki bodek,budak suruhan ,tukang jilat menteri
Quote stinger.baik 10-2-2021 06:57 PM
kakikuDibibirmu replied at 10-2-2021 06:36 PM
Bingai tu yang tak menahan tu

cam ko jugak laaaaaaaaaaa

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote airmineral 10-2-2021 08:19 PM
aku rasa ni mesti keje pegawai lantikan politik ni besenya drg ni yg rasa mcm pandai terlebih tau prosedur asik nk skip pastu buat peraturan sendiri
staff gomen mesti meluat dgn perangai org gini sbb menyusahkan drg
Quote sharlenetexas 10-2-2021 08:25 PM
Kementerian mana ni acik? @Acikgomen
Quote n3ar 10-2-2021 10:01 PM
ni mesti geng2 parti yg dilantik jadi pegawai khas ke..setiausaha politik ke...

pastu nak jadi hero arah yang bukan2..
Quote mizzmimi 10-2-2021 10:14 PM
Lantikan politaik. Jawatan je pegawai gred 52 bagai tapi kelulusan SPM sajork.. Watduyu ekspek? Memang bingailah.
Quote annehuda 10-2-2021 10:19 PM
Tapi maaf cakap la wartawan zaman sekarang pun mcm tak beretika. Diorg bukan tak tau rakyat malaysia ni suka baca tajuk je bukan baca artikel pun, so letakla tajuk artikel saje nak mancing. Wartawan google translate pun ramai
Quote Acikgomen 10-2-2021 11:20 PM
sharlenetexas replied at 10-2-2021 08:25 PM
Kementerian mana ni acik? @Acikgomen

Bukan weols yach
Weols cetak2 pamphlets poster semua ada printing workshop kementerian punya yach
Quote Acikgomen 10-2-2021 11:23 PM
MontanaHannah replied at 10-2-2021 06:52 PM
Pegawai alntikan politik ,itupun menteri yg suruh dua ugut begitu.

Alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ...

Yezzzzaaaaaaaaaa sayang dik senah
Deyols lah yg sebenarnye tahik dlm mana2 jabatan kat any kementerian ponnnn
Quote amyza82 10-2-2021 11:23 PM
Ni mesti mat jargon
Dia punya Bingai mmg tak boleh bawak bincang.
Quote MontanaHannah 10-2-2021 11:26 PM
Acikgomen replied at 10-2-2021 11:23 PM
Yezzzzaaaaaaaaaa sayang dik senah
Deyols lah yg sebenarnye tahik dlm mana2 jabatan kat any k ...

Betul tu , setuju dengan komen ko !
Quote Acikgomen 10-2-2021 11:30 PM
mizzmimi replied at 10-2-2021 10:14 PM
Lantikan politaik. Jawatan je pegawai gred 52 bagai tapi kelulusan SPM sajork.. Watduyu ekspek? Mema ...

Lepas tu masuk kuar opis serupa jabatan tu pejabat adun dia punya
Kalo miting, sembang bedegar2 mcm dia tuh ptd

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.048756 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top