CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jenazah Covid-19 Dicuri Lepas 3 Hari Dikebumikan

10-2-2021 02:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2113| Komen: 9

Description: Penduduk di Nusa Tenggara Timur (NTT) Timor Tengah Selatan (TTS) terkejut dengan kehilangan jenazah pesakit Covid-19.
Penduduk di Nusa Tenggara Timur (NTT) Timor Tengah Selatan (TTS) terkejut dengan kehilangan jenazah pesakit Covid-19.

Jenazah dimaklumkan hilang setelah tiga hari dikebumikan di tanah perkuburan awam Covid-19 di Oebaki, daerah TTS pada Isnin lalu, lapor Tribunnews.



Kredit foto: Tribunnews

Ketua Daerah TTS, Egusem Piether Tahun berkata, maklumat itu disampaikan oleh rakannya.

Katanya, ketika melakukan pemeriksaan di lokasi, ternyata keadaan tanah kubur itu berubah tidak seperti asal.

"Saya sangat marah kerana mayat Covid-19 sudah tiada dalam liang lahad. Saya anggap kejadian itu sebagai kecurian kerana tiada pemberitahuan.

"Jenazah ini dicuri oleh orang yang tidak bertanggungjawab malah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat," katanya.

Beliau juga meminta polis melakukan siasatan berhubung kejadian itu termasuk memanggil keluarga berkenaan untuk disoal siasat.


Ketua Polis Timor Tengah, AKBP Andre Librian memaklumkan, keluarga tersebut telah meminta izin untuk membawa jenazah sebelum hari kejadian.

"Permintaan itu disampaikan secara lisan oleh salah seorang anak kepada polis, pada Khamis.

"Namun, polis menolak permohonan pemindahan jenazah itu kerana berdasarkan sijil dari Hospital Umum Wilayah So'e, si mati positif Covid-19," kata Andre.

Bagaimanapun, polis akan memanggil keluarga berkenaan untuk siasatan lanjut.


Sumber: Sinar Harian


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 10-2-2021 02:06 PM
baca tribunnews tu je untuk tahu dari mana... nama tempat tak perlu tahu....
Quote Tinot7 10-2-2021 02:33 PM
Takziah kpd keluarga
Quote Zazama 10-2-2021 03:37 PM
Jgn la di apa2kan jenazah tu. Kasihan..
Quote babyleo68 11-2-2021 06:28 AM
dudaberhias: baca tribunnews tu je untuk tahu dari mana... nama tempat tak perlu tahu....


Sama la kite
Quote ultra78 11-2-2021 07:35 AM
Baca 'Nusa Tenggara' dah tahu berita ni dari Indonesia'.
Quote Kurex 11-2-2021 08:48 AM
Uols lagi hebat, baca tajuk terus tau dari negara leluhur
Quote CiliPadiSedap 11-2-2021 10:26 PM
Kaka lagi hebat. Baca nama forumer dah tahu berita dari mana {:run
Quote Ain_h 12-2-2021 09:58 AM
Salam takziah
Quote n3ar 12-2-2021 04:04 PM
baca tajuk tahu dah ummah hindon...

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.083896 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top