CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

15 Maut, 50 Dimasukkan Ke Hospital Muntah Darah. Wabak Baru Ke?

9-2-2021 12:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2743| Komen: 5

Dar Es Salaam: Seramai 15 maut, lebih 50 individu lain dikejarkan ke hospital di selatan Tanzania kerana jangkitan yang tidak dikenal pasti, mengakibatkan ramai mengalami mual dan muntah darah.


Daily Mail melaporkan, Ketua Pegawai Perubatan Felista Kisandu di daerah Chunya yang terpencil di bandar Mbeya memaklumkan, sepasukan pakar perubatan sudah dikerahkan memeriksa pesakit secara klinikal dan menyiasat punca wabak itu.

"Masalah ini belum tersebar luas, ia berlaku hanya di satu wad pentadbiran Ifumbo di mana orang muntah darah dan mati ketika sampai di hospital," katanya pada Ahad.

Menurutnya, punca penyakit itu masih belum diketahui bagaimanapun kementerian kesihatan menafikan penularan wabak.

Foto: Agensi


Kisandu berkata, pemeriksaan klinikal awal menunjukkan pesakit, kebanyakannya lelaki mengalami ulser perut dan penyakit hati.

"Kami menasihati mereka supaya tidak minum minuman keras dan juga merokok," katanya.

Katanya, pelbagai sampel air dan darah pesakit sudah dihantar kepada ahli kimia kerajaan untuk pengesahan serta mengetahui apakah berlaku pencemaran merkuri.

Sementara itu, Pejabat Perubatan Mbeya melaporkan penyakit serupa pernah menimpa rantau ini pada 2018, ketika beberapa orang disahkan menderita demam tinggi, sakit perut dan muntah darah.

Menteri kesihatan Tanzania, Doroth Gwajima dalam satu kenyataan mengerahkan sekumpulan pakar untuk melakukan pemeriksaan termasuk laporan bertulis bukti penyebab penyakit itu untuk memudahkan pihak perubatan mengambil tindakan selanjutnya.

Beliau meminta rakyat supaya bertenang sementara pegawai membuat pemeriksaan bagi mengenal pasti apa yang terjadi. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulalof 9-2-2021 12:51 PM
lagi bikin manusia panic!
Quote Artemesiaa 9-2-2021 01:07 PM
Dah macam Ebola pulak sakitnya
Quote annadonna 9-2-2021 01:18 PM
Ni mcm keracunan aje bukan virus. Dorang baru balik kenduri kot
Quote stinger.baik 9-2-2021 01:21 PM
annadonna replied at 9-2-2021 01:18 PM
Ni mcm keracunan aje bukan virus. Dorang baru balik kenduri kot

ye la tu

ayam masak merah tanzania kan?

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote ceria611 9-2-2021 03:38 PM
aduhh ingat kat malaysia td

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:43 PM GMT+8 , Processed in 0.039356 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top