CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kugiran Masdo Minta Maaf, Album Akan Dapat Lewat

9-2-2021 12:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2774| Komen: 17

Description: Kumpulan Kugiran Masdo memohon maaf kepada peminat yang membeli piring hitam edisi terhad album Jalan Abbey mereka selepas berlaku kelewatan untuk penghantarannya.
Kumpulan Kugiran Masdo memohon maaf kepada peminat yang membeli piring hitam edisi terhad album Jalan Abbey mereka selepas berlaku kelewatan untuk penghantarannya.

Kugiran Masdo menjelaskan penghantaran itu tertangguh berikutan situasi pandemik Covid-19 sekarang kerana penghasilannya dilakukan di Jerman.


Foto: IG

"Kugiran Masdo yakin anda semua pasti teruja menunggu produk terbaharu kami iaitu Vinyl (piring hitam) Jalan Abbey yang dijangka menemui anda pada 21 Februari ini.

"Namun, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan di mana antaranya adalah penangguhan penghantaran produk-produk kami dari pengilang di Jerman.

"Kerana pandemik Covid-19, kami memohon maaf kerana penghantaran dijangka hanya boleh dibuat selepas Mac nanti, atau di antara April dan Mei," katanya.


Kumpulan yang popular dengan lagu Teruna dan Dara itu juga menawarkan pengembalian wang kepada peminat sekiranya tidak mahu meneruskan pembelian terbabit.



"Kami mengharapkan kerjasama dan kesabaran anda untuk bersama kami di waktu sukar ini. Namun, kami juga menawarkan pembayaran semula (refund) untuk produk-produk kami yang sudah dibayar sekiranya anda memilih berbuat demikian," katanya.

Terdahulu, kumpulan dianggotai Ali Sariah sebagai vokalis, Asmawi (gitar utama), Putu Ceri (bass) dan Azham Ahmad (dram) mengumumkan pra tempahan bagi album terbaharu mereka, Jalan Abbey dalam bentuk piring hitam sudah dibuka.


Piring hitam itu menjadi yang pertama buat Kugiran Masdo dan terhad kepada 150 keping sahaja. Album terbabit diakui cukup istimewa buat mereka kerana dirakam di Abbey Road Studios, London. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stinger.baik 9-2-2021 12:45 PM
sapa je lyn britpop zmn2 virus ni?

lagu tak sedap

da la muka tak komersyel

buat lak rambut cam tu

apa ko tak de bajet upah stylist ke ngok?

haaaaaaaaaaaaaaaaa?
Quote stinger.baik 9-2-2021 12:46 PM
nama album pun jalan abbey

ko tau tak abbey tu maksudnya gereja

apa jalan gereja cam kt kl tu ke?

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa?
Quote September14 9-2-2021 12:47 PM
Wah setanding mosus ni ada album baharu
Quote Parit.Hilton 9-2-2021 01:28 PM
stinger.baik replied at 9-2-2021 12:45 PM
sapa je lyn britpop zmn2 virus ni?

lagu tak sedap

laaa awat pakcik marah ni. depa memang record kat abbey road UK.

depa ramai followers. dan yg pasti bukan dari julat umuq pakcik la. no offense na.
Quote stinger.baik 9-2-2021 01:36 PM
Parit.Hilton replied at 9-2-2021 01:28 PM
laaa awat pakcik marah ni. depa memang record kat abbey road UK.

depa ramai followers. dan yg p ...

bukan nama album dia jalan abbey ke?

ni salah wartawan la fail bm nak jadi wartawan tulis artikel

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote Boomibulat 9-2-2021 01:42 PM
Lebih tertunggu album kumpulan Bismillah..
Quote yayaachan 9-2-2021 01:50 PM
stinger.baik replied at 9-2-2021 01:36 PM
bukan nama album dia jalan abbey ke?

ni salah wartawan la fail bm nak jadi wartawan tulis artik ...

Yela jalan abbey. Apa masalahnye?
Quote stinger.baik 9-2-2021 01:52 PM
yayaachan replied at 9-2-2021 01:50 PM
Yela jalan abbey. Apa masalahnye?

jap2

nama album dia jalan abbey ke album dia direkod di jalan abbey ni?

dah masuk ko bg penerangan aku lost in paradise lak rasanya

haaaaaaaaa
Quote minguk 9-2-2021 02:17 PM
live hancur..            
Quote lattehazelnut 9-2-2021 02:57 PM
Bbnu yg sokong kau ade vynil player ke?
Quote yayaachan 9-2-2021 08:13 PM
stinger.baik replied at 9-2-2021 01:52 PM
jap2

nama album dia jalan abbey ke album dia direkod di jalan abbey ni?

Rekod kt abbey road. Nama album pun jalan abbey.

Sedehhhhh
Quote stinger.baik 9-2-2021 08:14 PM
yayaachan replied at 9-2-2021 08:13 PM
Rekod kt abbey road. Nama album pun jalan abbey.

Sedehhhhh

tapi lagu tetap tak best

sedeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeey
Quote yayaachan 9-2-2021 08:15 PM
stinger.baik replied at 9-2-2021 08:14 PM
tapi lagu tetap tak best

sedeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeey

Ko rasa tak best, ada orang rasa best. So???
Quote stinger.baik 9-2-2021 08:20 PM
yayaachan replied at 9-2-2021 08:15 PM
Ko rasa tak best, ada orang rasa best. So???

dak2 yg rasa best tu pun sama
sedeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeey
Quote yayaachan 9-2-2021 09:57 PM
stinger.baik replied at 9-2-2021 08:20 PM
dak2 yg rasa best tu pun sama
sedeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeey

Pulokkk kah!
Quote biozipstar 9-2-2021 10:59 PM
lagu dia lagu mcm lagu lama. tapi kalau orang lama x minat, maknanya orang muda yang minat.
Quote cikuduku 10-2-2021 10:21 AM
lagu dia ok. tpi live version je yg buat menyampah dengar. hahahahaha. satu level si cumi.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-7-2024 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.163128 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top