CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Buat Masa Orang Tidur, Logik Ke Saya Live?" -Siti Nurhaliza Beri Amaran Tentang Scammer

9-2-2021 09:22 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4359| Komen: 9

"Tolong jangan percaya!"

Itu kata penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi hantaran di Instagram yang meminta peminat dan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan penipuan menggunakan video dan imejnya yang menawarkan ganjaran kepada mereka yang menonton. 


Siti menegaskan bahawa itu adalah 'scammer' yang berniat jahat bagi kepentingan peribadi dan menipu masyarkat.


Foto: IG

"Makin rancak sindiket dengan agenda penipuan mereka ini. Tolong jangan terpedaya, mereka siarkan video siaran langsung seolah-olah saya benar-benar sedang buat sesi siaran langsung ketika itu, dan menganjurkan peraduan dengan pelbagai ganjaran. 

"Mereka akan minta segala maklumat diri anda dan anda ditipu! Ini scammer!" katanya.


Siti berkata, individu tidak bertanggungjawab itu melakukan perbuatan itu pada waktu yang tidak masuk akal. 

"Mereka buat sesi siaran langsung masa orang tidur, logik ke saya tengah 'live' waktu berkenaan? Boleh tengok di Instagram atau Facebook saya, @ctdk ini dan Siti Nurhaliza (page), ini sahaja akaun rasmi sosial media saya.

"Walaupun mereka tulis siaran langsung di page Facebook saya tapi jika kita peka mengenai penipuan ini dan berfikir, tentunya kita tak akan terpedaya," katanya.

Siti juga meminta individu tidak bertanggungjawab itu supaya insaf dan berhenti melakukan tindakan terbabit.


"Kepada anda yang menggunakan gambar, nama, video dan menyamar serta menipu orang ramai, saya berharap anda insaf dan hentikan perbuatan ini. 

"Hari ini kita seronok menipu orang, satu lagi tentu ada balasannya di atas semua perbuatan kita itu.

"Kepada peminat, pengguna media sosial, tolong berfikir sebelum percaya dengan penipuan seperti ini. Bantu saya untuk menyedarkan lebih ramai orang, hebahkan bahawa ini adalah penipuan dan jangan terpedaya!" katanya. 

Siti turut berkongsi beberapa tangkap layar gambar akaun Facebook palsu yang menggunakan video dan imejnya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tikusmontok 9-2-2021 10:10 AM
Report polis jer la.
Quote Zazama 9-2-2021 11:19 AM
Habislah kau! Tak ada pasal carik pasal!
Quote farhani87 9-2-2021 09:10 PM
Gila betul lah scammer sekarang ni.
Quote stinger.baik 9-2-2021 09:12 PM
sitizoner tongong mana yg pcaya scammer tu?

haaaaaaaaaaaaaaaa?
Quote YomiuriLandMae 9-2-2021 11:11 PM
wlpon iols minat tokti tp benang mcm ni sgt la menguap skala infiniti..
Quote sleepandream 10-2-2021 06:31 AM
dasat scammer sekarang... siap tepek video live lama2 dolu pastu buat giveaway mintak maklumat peribadi..
Quote Redmyvi 10-2-2021 07:42 AM
mcm2 betul taktik scammer.. cara sng nak buat duit..
Quote MontanaHannah 10-2-2021 03:48 PM
SPM Gred 3,,,scammer kalau nak tipu mmg cari yg bodoh ,tongong tong tin kosong perampas laki org.

Statement aku ni berserta bukti .
[youtube]yuzAHmi85cs[/youtube]

Habis tertunduk malu host dan guest lain bila ctcaras perampas laki org buka mulut melancap bahasa Inggeris serupa  betina sial.

[youtube]2i7aqFZNPkE[/youtube]
Quote MontanaHannah 10-2-2021 03:49 PM
                                            

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.073948 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top