CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peniaga Ketakutan Dikejar Along: Pinjam RM5000, Kena Bayar RM260,000

9-2-2021 09:15 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1844| Komen: 6

Description: Kuala Terengganu: Disebabkan meminjam RM5,000 daripada seorang along, seorang peniaga di sini, tertekan apabila terpaksa membayar sehingga RM260,000.
Kuala Terengganu: Disebabkan meminjam RM5,000 daripada seorang along, seorang peniaga di sini, tertekan apabila terpaksa membayar sehingga RM260,000.

Malah, lelaki berusia 53 tahun itu juga hidup dalam ketakutan selepas diburu sembilan along sejak dua tahun lalu.

Kejadian dipercayai bermula apabila mangsa meminjam daripada seorang along dengan kadar bayar balik mengikut perjanjian adalah RM3,000 seminggu.

Menurut sumber, mangsa bagaimanapun gagal menjelaskan pinjaman itu sehingga diganggu wakil along yang menuntut hutang pada setiap hari.

Gambar Hiasan

Disebabkan enggan terus diganggu, mangsa nekad membuat pinjaman dengan along lain untuk menjelaskan hutang sedia ada.


"Tanpa disedari, mangsa sudah meminjam sebanyak RM30,000 daripada sembilan along dan sehingga kini, dia masih diburu walaupun sudah membuat pembayaran sebanyak RM260,000," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu, Superintendan M Zambri Mahmud ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan mangsa, semalam.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951.

Beliau menasihati masyarakat supaya tidak terjebak dengan pinjaman tidak berlesen terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Kita faham ramai individu terjejas dan hilang punca pendapatan ketika ini akibat penularan Covid-19, namun ia bukan alasan kita mengambil jalan mudah dengan meminjam daripada along," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulalof 9-2-2021 09:32 AM
Along di Malaysia ni kebal undang2 ke sampai boleh ganggu gugat peminjam, keluarga dan org sekeliling?
Quote farhani87 9-2-2021 11:45 PM
Pelik tgk mcm mana syarikat along ni boleh tumbuh bagai cendawan Kat Malaysia ni. Penuh shoplot dgn office depa.
Quote Nenolen 9-2-2021 11:54 PM
Allahu...jgn pendek akal...ini lah padahnya...
Quote Ain_h 11-2-2021 09:33 AM
Banyak ya pinjam
Quote Artemesiaa 11-2-2021 09:52 AM
Kes yang sama terus berulang2 macam tak ada kesudahan
Quote azalia72 11-2-2021 10:56 AM

gali lubang, tutup lubang & repeat.
Aduh kesiannya.  Cash pantas dalam keadaan terdesak tp besar bala yg menunggu

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-6-2024 08:44 AM GMT+8 , Processed in 0.163275 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top