CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guru Mengaji Bunuh Jiran, Buat Seolah-Olah Mangsa Bunuh Diri

9-2-2021 09:10 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2604| Komen: 10

Jakarta: Angkara dendam, seorang guru pengajian al-Quran di Jawa Barat Indonesia hilang akal hingga sanggup membunuh jirannya.

Malah, suspek turut melakukan pembunuhan itu supaya kelihatan seperti mangsa membunuh diri.


Namun, taktik guru terbabit terbongkar selepas ahli keluarga mangsa mencurigai kematiannya apabila melihat beberapa kesan cedera pada anggota badan.

Foto: Tribun News

Polis membuka kertas siasatan termasuk mengeluarkan jenazah mangsa untuk dibedah disiasat selepas kakak mangsa membuat laporan.

Polis mendapat petunjuk selepas menyoal siasat beberapa saksi yang memaklumkan mangsa mempunyai masalah dengan suspek.

Ketua Polis Bekasi Hendra Gunawan mengesahkan terdapat kesan cedera di beberapa bahagian badan mangsa yang berpunca dari tusukan benda tajam.

"Kami menahan suspek yang mengaku membunuh mangsa dengan gunting.

"Motif pembunuhan kerana dendam apabila anak mangsa pernah melakukan perkara tidak bermoral terhadap anak suspek.

"Malah, suspek juga mempunyai hubungan gelap dengan isteri mangsa yang menyebabkan persengketaan mereka bertambah tegang," katanya dalam portal Tribunnews.

Katanya, sabit kesalahan suspek berdepan penjara seumur hidup atau 20 tahun penjara. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 9-2-2021 09:14 AM
Mula2 aku baca, sbb anak mangsa ada buat bende tak elok pada anak suspek. So aku mcm, ohh ok. Mendapatlah kan.
Sekali je, last2, dia pulak selingkuh dgn bini org tu. Like, what? Aneh2 je Yindon ni
Quote animcute 9-2-2021 09:18 AM
Carcosa replied at 9-2-2021 09:14 AM
Mula2 aku baca, sbb anak mangsa ada buat bende tak elok pada anak suspek. So aku mcm, ohh ok. Mendap ...

itu la pelik..
klu ikutkan dendam dia pasal anak tu dah dibalas dgn menyelingkuh dgn bini orang tu..kira patut setel win-win situation..
but what can you expect w Indon way of problem solving...
Quote ellejo 9-2-2021 09:18 AM
memang indon tu sebesar kangkang je ke pusing2 anak dia kacau anak ko bini dia ko kaco?
Quote Belibis 9-2-2021 09:54 AM
Carcosa: Mula2 aku baca, sbb anak mangsa ada buat bende tak elok pada anak suspek. So aku mcm, ohh ok. Mendapatlah kan.Sekali je, last2, dia pulak selingkuh dg ...

Mungkin skandal dengan bini mangsa tu betul,yang lain tu rekaan saspek jer.
Quote notM 9-2-2021 10:18 AM
Guru Agama apa macam ni.

Quote gigahertz 9-2-2021 10:45 AM
animcute: itu la pelik..klu ikutkan dendam dia pasal anak tu dah dibalas dgn menyelingkuh dgn bini orang tu..kira patut setel win-win situation..but what can yo ...

Indon ni ada masalah mengurus panas baran.

Quote salmon-suki 9-2-2021 11:13 AM
Carcosa: Mula2 aku baca, sbb anak mangsa ada buat bende tak elok pada anak suspek. So aku mcm, ohh ok. Mendapatlah kan.Sekali je, last2, dia pulak selingkuh dg ...


Kalau x aneh n pelik2,x namanya yindon sis{:smile
Kes bunuh y tak terjangka dek akal pn dorg boleh buat,kes claim2 y bukan hak dorg pn dorg boleh cuba nak tuntut..setakat skandal+revenge mcm ni,biasa la tu kt sana..{:smile
Quote stinger.baik 9-2-2021 11:41 AM
kalo baca tajuk

mesti bnyk tngk detektif konan ni

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote FOTHER-MUCKER 9-2-2021 12:58 PM
Lama dahulu saya tau ada orang malaysia bernama Gunawan, waktu itu saya tau tau nama gunawan ni adalah nama orang Indonesia.

Saya fikir kenapa nama dia tak ada kemelayuan. Rupanya asal Indonesia.
Quote minguk 9-2-2021 01:55 PM
ni mengaji je tanpa mendalami maksud. tu yang buta perut sampai berskandal dengan bini jiran tu.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:32 PM GMT+8 , Processed in 0.092445 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top