CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Gambar Kucing Ketakutan Ditinggalkan Diatas Sebatang Kayu Ditengah Pantai Cetuskan Kemarahan

9-2-2021 12:07 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4408| Komen: 19

Description: Satu foto yang memaparkan seekor kucing yang dilaporkan ditemui terkandas dipercayai ditinggalkan pada sebatang kayu kira-kira 500 meter daripada pantai telah mencetuskan kemarahan dalam kalangan penc ...



Satu foto yang memaparkan seekor kucing yang dilaporkan ditemui terkandas dipercayai ditinggalkan pada sebatang kayu kira-kira 500 meter daripada pantai telah mencetuskan kemarahan dalam kalangan pencinta haiwan, lapor Daily Star.

Menurut Daily Star, foto yang memaparkan kucing berwarna hitam dan putih itu telah mengejutkan ramai pengguna media sosial kerana haiwan itu kelihatan sedang ketakutan ketika berpaut pada sebatang tiang kayu yang dikelilingi oleh air di sebuah pantai di Itali.

Penduduk tempatan merasakan bahawa kucing itu mungkin telah ditinggalkan di sana selepas seseorang menemuinya di dalam perahu mereka dan memutuskan untuk meninggalkannya di tiang tersebut dan bukannya mengembalikannya ke pantai.



Lantaran daripada itu, seorang penduduk tempatan dari Porto Tolle telah berkongsikan insiden yang mengecewakan itu di dalam media sosial Facebook.

Penduduk tempatan itu menulis: “Selepas bertanyakan kepada saksi, saya memutuskan untuk menulis berkenaan kejadian malang di Pila ini.

“Tiang yang anda lihat dalam gambar itu tingginya lebih kurang 4 meter dan ianya terletak di tengah-tengah terusan yang digunakan di pelabuhan pila bagi menjadi penanda aras kapal dan bot nelayan untuk ke laut.”

Dia menjelaskan bahawa jarak untuk ke pantai adalah “500 meter atau lebih” sementara kedalaman air adalah “dua meter atau lebih”.

Dia juga turut berkongsikan foto kucing yang terkandas di atas tiang itu dalam perkongsiannya di Facebook dan menulis: “Terdapat dua kemungkinan.

“Kucing itu memutuskan untuk berenang, atau seseorang terjumpa kucing itu di dalam kapal mereka dan sepatutnya mereka simpannya dengan selamat selepas selesai menyelesaikan urusan mereka, namun sebaliknya mereka meletakkannya di situ

Penduduk tempatan yang marah itu melanjutkan: “Ketidakpedulian dan kekejaman terhadap haiwan-haiwan ini tiada pengakhiran!”

Mujur ada kesudahan di sebalik insiden mengecewakan ini apabila seorang budak lelaki tempatan menyelamatkan kucing tersebut daripada tiang itu.

Gabriella menulis: “Kepada anak lelaki yang menyelamatkan kucing itu, terima kasih banyak.

“Penyelamatan itu agak sukar kerana kucing itu sangat ketakutan. Akhirnya kucing tersebut berjaya dibawa ke daratan dan selamat.”

Dia turut menulis dengan menujukan kepada orang yang meninggalkan kucing tersebut: “Hanya satu perkataan…Malu!!!”



Sumber: Daily Star

Bagus
3

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MontanaHannah 9-2-2021 12:11 AM
Ya Allah , selamatkanlah kucing itu.

Ya Allah ko  hukum org yg buat jahat pada kucing itu dengan hukuman yang azab !!!!!!!!
Ameen !!!
Quote mbhcsf 9-2-2021 12:18 AM
Edited by mbhcsf at 9-2-2021 12:19 AM

eh ni jahatnya - apa jadi ni ??? buan tengah laut like 500 m off shoreline?

crazy or what ?

ya Allah ...well u know i tak hairanlah kalau akhir zaman tu yg akan meninggal lebih awal masa fasa akhir zaman adalah manusia  yg ada iman senipis biji sawi...that means boleh bayangkan kefasadan  ...manusia.
Quote matchstick 9-2-2021 12:46 AM
Kesian..mesti lapar sejuk dan ketakutan kucing tu
Quote Lagubestbest 9-2-2021 12:47 AM
sah2 la dia sendiri terjun sendiri hanyut nasib baik terperangkap kat tiang tu. bukannya tak tau perangai kucen cmne.
Quote mbhcsf 9-2-2021 01:23 AM
Lagubestbest replied at 9-2-2021 12:47 AM
sah2 la dia sendiri terjun sendiri hanyut nasib baik terperangkap kat tiang tu. bukannya tak tau per ...

oh , boleh ye...hanyut lah dibawa ombak...wow ...Gullivers Cat..
Quote Supersirap 9-2-2021 01:42 AM
Nasib baik selamat kucing tersebut
Quote dudaberhias 9-2-2021 02:07 AM
jahat... babi punya makhlukkk yang tinggal kucing tu kat situ...
apa dosa kucing tu... dah la comel kucing tu... nasib baik dah di selamatkan...
ni pun mujur orang nampak... banyak lagi kes manusia2 takde hati perut, takde pelajaran, bodoh, bebal suka buat benda2 yang mengancam nyawa binatang... selalunya budak2 remaja nakal baru nak tumbuh bulu pubik la mengikut apa yang iols nampak...
Quote any42 9-2-2021 02:28 AM
Kesian meow pnat bpaut lama kt situ. Klau xde org jumpa msti dh jatuh dlm air
Quote monreyes 9-2-2021 07:12 AM
x de keje aniaya binatang sampai mcm tu
Quote noor2 9-2-2021 07:15 AM
Apa bukti kucing tu dah diselamatkan....moga betul2 la beliau diselamatkan
Quote Abahmung 9-2-2021 08:26 AM
sdapelah yg kejam sgt letak kat situ
Quote kucingitam 9-2-2021 10:17 AM
Lagubestbest replied at 9-2-2021 12:47 AM
sah2 la dia sendiri terjun sendiri hanyut nasib baik terperangkap kat tiang tu. bukannya tak tau per ...

hahaa..aku pun pikir gitu juga..kucing ni perangainya kadang2 di luar kotak

Quote Boomibulat 9-2-2021 11:56 AM
Sy ingat kucing tu jln2 kepantai..tiba2 air pasang x sempat nak balik..so dia panjat tiang dulu tggu sampai air surut..
Quote Simunggu 9-2-2021 01:03 PM
kucing ini pg memancing ikanlah...
Quote minguk 9-2-2021 01:53 PM
kejamnya... kenapa buat meow macam tu?
Quote giyomi 9-2-2021 08:08 PM
klu betul sperti yg diceritakan penduduk, harap si pelaku hanyut dan berpaut pada akar selama seminggu, baru ko tahu erti kehidupan
Quote farhani87 9-2-2021 11:45 PM
Alah kesiannya kucing ni. Mesti dia takut
Quote Nenolen 9-2-2021 11:52 PM
MontanaHannah replied at 9-2-2021 12:11 AM
Ya Allah , selamatkanlah kucing itu.

Ya Allah ko  hukum org yg buat jahat pada kucing itu dengan  ...

Amin...Amin...Amin Yarabalalamin
Quote soflala 10-2-2021 02:36 AM
Tiba-tiba teringat kucing dekat kampung. Kucing aku panjat bumbung tak reti turun pun aku dah sedih apatah lagi ditinggal keseorangan tengah laut. T. T

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.047530 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top