CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Meluat Dengar Orang Merungut, Kita Tak Perlu PKP Kalau..." - Tony Fernandes

8-2-2021 06:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5537| Komen: 26

Malaysia tidak perlu melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jika rakyat patuh sepenuhnya kepada prosedur operasi standard (SOP).

Pengasas AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata, pematuhan SOP terbukti berkesan membendung Covid-19 tanpa perlu kerajaan mengenakan PKP seperti ketika ini.



Jelas Fernandes, Korea Selatan membuktikan pematuhan SOP dan pengamalan norma baharu sudah memadai untuk membendung Covid-19 tanpa rakyat perlu dikenakan PKP.

“Ramai yang merungut tetapi kita mampu memainkan peranan kita. Lihat sahaja Korea tiada perintah berkurung kerana rakyatnya patuh pada arahan.

“Jika setiap daripada kita mencuci tangan, jaga penjarakan fizikal dan mengehadkan perhimpunan besar, kita mampu menanganinya,” katanya di media sosial, hari ini.

PKP 2.0 disambung lagi buat kali kedua selepas pertama kali dikuatkuasakan pada 13 Januari lalu.


Berkuatkuasa sehingga 18 Februari, PKP 2.0 menyaksikan lebih banyak industri dibenarkan beroperasi dan gagal menurunkan jumlah jangkitan harian Covid-19.

Sementara itu, Fernandes berkata beliau membantah pelaksanaan PKP penuh dan ia tidak perlu dijalankan jika semua pihak memainkan peranan masing-masing.


Kredit foto: IG Tony

“Saya fikir sudah tiba masanya kita melayan pekerja asing dengan adil dan melakukan reformasi penjara.

“Bertahun kempen ini dibuat terutama terhadap pekerja asing. Ramai yang sudah membuat aduan,” katanya lagi.


Sumber: ProjekMM

2

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 8-2-2021 06:21 PM
Raykat dah tak tahan
Quote fealefea 8-2-2021 06:32 PM
ceh, dia pon menari2 tik tok bersama staf tanpa penjarakan sosial. walk the talk sir!
Quote Skuau 8-2-2021 06:32 PM
melayan warga asing secara adil??? Kena mula dulu dgn warga asing tu sendiri....Jgn msk secara HARAM,tinggal secara HARAM,kerja secara HARAM,buat kerja [email protected]/kat Malaysia ni.......
Quote Artemesiaa 8-2-2021 06:38 PM
Ada benar apa yang diperkatakan kat Singapore pun dah boleh relax je makan ramai2 semeja tak da hal.
Quote CiliPadiSedap 8-2-2021 06:50 PM
now every warga asing can fly
Quote jas7512 8-2-2021 07:10 PM
Mentang2 kau kahwin dgn korean..petik south korea shj...hehe
Quote LadyCarefree 8-2-2021 07:12 PM
Malaysia ada ke treat warga asing badly? Even yg pati pun bersepah siap berniaga xkena tangkap.
Quote Minami2013 8-2-2021 07:22 PM
Edited by Minami2013 at 8-2-2021 11:23 AM

Negara lain seperti korea selatan sgt susah pati nak tembus. Tapi kat Malaysia ni, naik sampan je boleh masuk ulang alik.
Quote stinger.baik 8-2-2021 07:24 PM
ada gak gambar utk aku buat avatar

haaaaaaaaaaaaaaa
Quote Trumpettt 8-2-2021 07:35 PM
NO to warga asing...especially PATI..
Quote capiloton 8-2-2021 07:48 PM
Edited by capiloton at 8-2-2021 07:50 PM

part mana yang dia kata meluat tu?

btw tony dah layan tiktok sekarang nih,
forum cari ni belum ada shorcut button tiktok,
kalau tak aku dah share
Quote ~boolean 8-2-2021 07:52 PM
Korea pun lebih kurang sama saja SOP dengan kita waktu kes kita <1000.
Sekarang dah >1000 terpaksa lah ketatkan sikit. Itu pun entah mana entah yang ketatnya..tak dapat makan dine-in pun meroyan rakyat kita ni..manja betul..
Quote Simunggu 8-2-2021 08:48 PM
Sabah masih PKP...apa hal??? banyak benda tak boleh buat lagi...itu tutup ini tutup.....sempadan daerah pun di tutup..org kinarut nak turun KK pun susah...
Quote akmal 8-2-2021 08:51 PM
Skuau replied at 8-2-2021 06:32 PM
melayan warga asing secara adil??? Kena mula dulu dgn warga asing tu sendiri....Jgn msk secara HARAM ...

WiFe dia pun warga asing dr Korea hehehe
Quote Ain_h 8-2-2021 09:21 PM
Semua ikut SOP tapi kes makin meningkat?
Quote helicornia 8-2-2021 09:31 PM
setuju sgt dgn ayat beliau kita tk perlu pkp klu rakyat berdisiplin. bila kes byk kena pkp mula nk marah kerajaan.bila kerajaan tk amik tindakan marah jugak
Quote SayaSayangMama 8-2-2021 11:54 PM
Boomers la beratur tak reti berjarak . Lg kita kedepan lagi dia mnyondol!!!
Quote awenda507 8-2-2021 11:58 PM
Yg tak patuh tu golongan kayangan ngn menteri2 pasola tu
Quote apalancut 9-2-2021 12:02 AM
lockdown malaysia bersebab. abahcow ambil peluang untuk susun strategy utk kekal jadi PM. takkan tu tak nampak lagi. lepas tu rakyat malaysia bukan mcm rakyat korea. kes naik lepas PKPB itu hari. bukan main canak naik  sbb masing2 tak reti bahasa nak pegi holiday bagai. rakyat pon sengal. bila kena lockdown balik.. masing2 menyalak.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:19 PM GMT+8 , Processed in 0.063075 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top