CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Tak Ada Rombakan Format SPM' - KPM

8-2-2021 05:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1910| Komen: 3

Description: “LP KPM ingin menegaskan bahawa laporan sebuah akhbar berkaitan format peperiksaan SPM pada masa hadapan adalah tidak benar."
“LP KPM ingin menegaskan bahawa laporan sebuah akhbar berkaitan format peperiksaan SPM pada masa hadapan adalah tidak benar."

Lembaga Peperiksaan (LP) Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan akan membuat rombakan atau transformasi terhadap sistem dan pensijilan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).




Berkata dalam satu kenyataan, pihaknya tidak pernah membuat sebarang pengesahan berhubung perkara berkaitan transformasi format peperiksaan SPM itu.

“Pihak kami juga mendapati bahawa tajuk dan laporan akhbar tersebut telah menimbulkan banyak kekeliruan kepada orang ramai khususnya kepada calon peperiksaan SPM tahun 2020,” katanya.

Kenyataan balas itu dikeluarkan selepas laporan sebuah akhbar mendakwa pihaknya memulakan langkah melakukan transformasi terhadap sistem dan pensijilan SPM yang telah berusia lebin 50 tahun, pada 7 Februari lalu.

Malah, ia melaporkan kononnya pakar pendidikan mengesyorkan KPM supaya mempraktikkan kaedah ‘open-book test’ bagi melatih pelajar berfikir dan bukan sekadar menghafal.

Sehubungan itu, LP KPM menegaskan bahawa format peperiksaan SPM tahun 2020 adalah kekal seperti sedia ada dan pihaknya akan memaklumkan secara rasmi kepada orang ramai sekiranya terdapat sebarang perubahan kepada format peperiksaan SPM dan sistem pentaksiran.


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wirazam 8-2-2021 02:14 PM
apa lagi saman la akhbar tersebut or minta akhbar tu tulispermohonan maaf sbb keluarkan berita tak betul
Quote kakikuDibibirmu 8-2-2021 03:30 PM
Kalu dah open book pun fail memang bodoh piang
Quote Artemesiaa 8-2-2021 03:43 PM
Pasti ada yang kecewa mendengar berita itu

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-6-2024 10:19 AM GMT+8 , Processed in 0.039928 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top