Menyedari kesilapan bahasa Inggeris seorang pembaca berita TV3, pelakon Adibah Noor mengambil inisiatif memperbetulkan semula cara sebutan bagi perkataan itu. Menerusi Twitter, Adibah memuat naik video cara sebutan atau pronunciation yang betul bertujuan untuk berkongsi ilmu dengan pengikutnya di laman tersebut.
"Maaf Buletin Utama TV3, saya ambil potongan (berita) daripada anda, no offence (bukan maksud menyinggung)... tapi ini adalah semata-mata untuk pembelajaran," katanya sambil menyebut sebutan yang betul. Video yang dikongsi Adibah itu dihasilkan menerusi aplikasi TikTok sebelum dimuat naik semula di Twitter. Perkongsian Adibah itu menerima komen positif dan mendapat lebih 1,000 retweet dan hampir 4,000 tanda suka daripada pengikut. Sementara itu, rata-rata pengikut berharap penyanyi lagu Terlalu Istimewa ini terus menghasilkan kandungan video sedemikian bagi memantapkan lagi penguasaan bahasa Inggeris orang ramai. Ramai juga menyokong dia untuk terus membuat content sedemikian bagi berkongsi ilmu dengan orang ramai.
|
missbigrockstar replied at 8-2-2021 04:53 PM
Tv3 apa lagi ambik kak dibah jadi pembaca nightline news, mengacara money matters ke. Dia tgh takda ...
Aikiko replied at 8-2-2021 05:07 PM
Ooh...terciduk jua , iols pun sebut yang salah....baguskan kak dib nie
Memang perasan jugak ...
Zeatyisaac replied at 8-2-2021 05:14 PM
Sangat setuju. Adibah Noor is one of a kind.
missbigrockstar replied at 8-2-2021 05:23 PM
Zaman dulu rengsa bila dengar pembaca sukan salah sebut nama team EPL. Contohnya Tottenham Hotspur ...
missbigrockstar replied at 8-2-2021 04:53 PM
Tv3 apa lagi ambik kak dibah jadi pembaca nightline news, mengacara money matters ke. Dia tgh takda ...
ADVERTISEMENT