CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

“Menari Di Gerai, Orang Pandang Saya Tak Peduli” - 3 Beradik Meniaga Tepi Jalan Sambil Buat TikTok!

8-2-2021 03:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4221| Komen: 18

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan Mac tahun lalu, ramai yang mengambil peluang untuk membuka perniagaan berasaskan makanan.

Begitu juga dengan tiga beradik ini apabila mereka memperkenalkan popia bergedil, 'lari' daripada kebiasaan ramai yang sering tampil dengan menu tauhu bergedil.


Menurut Afiera Riana Agoes Riauwaldy, 29, dia secara spontan tampil dengan idea itu sebelum dua adiknya, Afiefi Riani, 26, dan Ahmad Amin, 21, turut bersetuju untuk menjadi rakan perniagaan.


Foto: mStar Online

"Kami tiga beradik mula berniaga masa awal PKP. Bermula secara online, bila dah stabil kami buka pula gerai pada hujung tahun 2020.


"Masa tu saya terfikir, nak buat apa masa PKP? Biasa orang buat tauhu bergedil, tapi saya kata why not buat popia bergedil?

"Idea sendiri, tak sangka pula dapat sambutan. Gerai pertama kami di Prima Saujana, Kajang. Alhamdulillah sekarang kami buka gerai kedua di Ampang," ujarnya yang mesra disapa Afiera.

Bercerita kepada mStar, dia yang juga seorang pelakon secara sambilan mengakui tidak kisah jika ada yang memandang rendah apa yang sedang diusahakannya pada masa ini.

Malah, dia percaya pada konsep rezeki dan tidak pernah berasa malu untuk bekerja dalam suasana panas di gerai tepi jalan.

Foto: mStar Online

"Saya minat berlakon, tapi saya tak jadikan ia sebagai kerjaya utama. Secara sambilan je. Last drama pun tahun lepas.

"Saya tak kisah orang pandang rendah kami berniaga tepi jalan. Nampak senang tapi susah sebenarnya. Kalau tauhu boleh sumbat, popia nak kena gulung.

"Tapi kadang-kadang orang pandang rendah, berniaga tepi jalan tak ada kelas... kami pun bukannya ada kedai, setakat gerai je. Saya teruskan atas sokongan mak ayah.

"Saya juga pernah nak putus asa sebab terlalu ramai yang jual makanan. Tapi Alhamdulillah, sekarang bisnes makin OK," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Afiera mengakui majoriti pelangganya merupakan pengikut di TikTok yang sering menonton video dia dan adik beradiknya.

"Saya rajin buat video kat gerai, ada yang komen negatif termasuk pertikai mengenai aurat.

"Saya tak kisah menari kat gerai, orang tepi jalan pandang, tak peduli, yang penting kami gembira buat kerja dan tak kacau orang.


Foto: mStar Online

"Biarlah apa orang nak cakap. Penangan TikTok memang power. Rezeki kami kebanyakannya dari TikTok.

"Bila datang gerai, mereka kata kenal dari TikTok. Sanggup datang jauh-jauh. Terima kasih kepada semua yang berikan sokongan," ujarnya lagi.

Kata Afiera, dia juga ada perancangan untuk kembangkan perniagaan itu sehingga ke Brunei dan Singapura selepas PKP berakhir kelak. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zack8hunter 8-2-2021 04:21 PM
tak berlengas ke badan.. dgn panas duduk bwh khemas, panas api kuali menggoreng boleh dok menari tiktok lagi.. mesti terbakar lelemak yg ada
Quote mamajawie 8-2-2021 04:44 PM
mak pak ummah yindon ke dek?nama kemain lain maciam..
Quote djzara81 8-2-2021 04:58 PM
Rambut panjang mengurai dik,,pakailah serkup ke or atleast ikat kemas2..org beli nak mkn, jumpa rambut dlm makanan really turn off yach
Quote MarryPottet 8-2-2021 06:19 PM
Salah tu dekkkk
Rezeki bukan dari tiktok
Rezeki dari Allah melalui medium pengiklanan di tiktok
Nanti usaha dapatkan tapak untuk berniaga yg sah ye. Ni niaga kat tepi main road, bahayakan nyawa. Dah tu makanan jualan dibiar terdedah pulak. Labur sedikit duit untuk letak dalam bekas bertutup ye dekkkk
Quote CiliPadiSedap 8-2-2021 08:13 PM
terus nak kembang ke indonesia brunei bukan kaleng2 ni level alif shukri
Quote tagas 8-2-2021 08:35 PM
Nak jual food ke nak jual poen
Quote AbukRokok 8-2-2021 08:51 PM
bagus nanti acik sampei.. kita tiktok bursama
Quote stinger.baik 8-2-2021 09:22 PM
tagas replied at 8-2-2021 08:35 PM
Nak jual food ke nak jual poen

ko otak ko dok pikir poen je

hadooooooooooooooooooooooi
Quote hasniey 8-2-2021 09:34 PM
Yeke popia brgedil idea sendiri?ai mcm dh byk kali tgok org share resepi popia ni.
Sama je.cuma isi brgedil masuk dlm kulit popia.
Cuma sanggup eh menari2 gitu smbil menggoreng.bahaya oii.ke dia nari2 tu dlm kete je?
Sorry ai xde tiktok.xleh tgok
Quote dudaberhias 8-2-2021 10:07 PM
who are yusss...
Quote dudaberhias 8-2-2021 10:07 PM
mana @Kurex ... di seru masuk untuk buat siasatan terperinci
Quote Kurex 8-2-2021 10:41 PM
dudaberhias replied at 8-2-2021 10:07 PM
mana @Kurex ... di seru masuk untuk buat siasatan terperinci

Iols nak rakam budak laki tu cikcap
Quote Rara77 8-2-2021 11:33 PM
Hati menari tu dek takut kena minyak panas
Quote Belibis 9-2-2021 08:20 AM
tagas: Nak jual food ke nak jual poen

Sambil nyelam minum air.silap2 lemas.
Quote lattehazelnut 9-2-2021 08:32 AM
Mengikut wiki bapak indon mak mek kelate


https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Afiera_Riana
Quote shuerin 9-2-2021 09:03 AM
lattehazelnut replied at 9-2-2021 08:32 AM
Mengikut wiki bapak indon mak mek kelate

ooo...mcm iwan dgn arwah rosnah tu la ye.

Quote eyansss 9-2-2021 12:31 PM
mana video dia? kalini aku mohon disuap...  hahaha...
Quote Rob07 9-2-2021 12:58 PM
dia berlakun citer apa?

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:12 PM GMT+8 , Processed in 0.061707 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top