CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dikhuatiri Nikah Tak Sah Sebab Guna Jurunikah Tak Bertauliah, 100 Pasangan Diminta Tampil

8-2-2021 02:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4877| Komen: 24

"Kalau mahkamah syariah mendapati pernikahan itu sah, pasangan terbabit perlu mendaftarkan perkahwinan dan membayar denda, jika tidak sah, perkahwinan itu terbatal," kata Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Mohd Shahzihan Ahmad.


Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai pernikahan menggunakan jurunikah tanpa tauliah yang dibongkar Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan Jais apabila menahan seorang bekas kakitangan awam di sebuah premis di Puncak Alam Shah Alam, Khamis lalu.

Mohd Shahzihan berkata, lebih 100 pasangan dinikahkan menggunakan khidmat jurunikah tidak bertauliah itu sejak lebih sebulan lalu diminta tampil segera ke Jais untuk membantu siasatan berkaitan perkara itu.

Menurutnya, pihaknya perlu menjalankan siasatan terhadap semua pasangan itu dan mengambil keterangan mereka yang terbabit bagi menentukan sama ada pernikahan dijalankan sah dari segi syarak atau pun sebaliknya.

Gambar Hiasan, Foto: Pengantinbaru.com.my


Katanya, sekiranya didapati pernikahan mereka tidak sah, mereka perlu melakukan proses selanjutnya sama ada bernikah semula atau perlu mengambil tindakan lain.

"Jais melihat kepada dua elemen iaitu perundangan dan juga penentuan hukum.

"Ini yang kita perlukan mereka tampil. Kita perlu siasat dengan teliti kerana ia membabitkan hukum, bukan boleh main-main," katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, buat masa ini pihaknya memerlukan kerjasama segera daripada semua yang terbabit untuk meneruskan siasatan.

"Nikah sindiket seperti ini macam yang kita ketahui tidak sama seperti jurunikah bertauliah, ada kemungkinan maklumat diberi tidak tepat misalnya pernah berkahwin satu, dua atau lebih.

"Kita tak kata pernikahan itu tidak sah dari segi hukum, tetapi mereka perlu tampil untuk disiasat," katanya.

Metro Ahad, semalam melaporkan lelaki yang menawarkan khidmat sebagai jurunikah tidak bertauliah itu mengenakan caj RM3,000 hingga RM5,000 untuk setiap pernikahan dengan alasan ia bergantung kepada penyediaan dokumen.

Dilaporkan, lelaki berkenaan yang turut melakukan kegiatan itu bersama isteri dan anaknya pernah ditahan Jais sebelum ini. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husie91 8-2-2021 03:28 PM
Omgggg bab ni mmg tkleh buat main2
Quote Artemesiaa 8-2-2021 03:31 PM
Siapa yang terlibat pasti tak senang duduk sekarang ni gaknya
Quote nisako 8-2-2021 03:44 PM
ishhhh kesian siapa yang kena.........
Quote shernazz 8-2-2021 04:23 PM
Nikoh satu menggelabah tang sah tak sah tu jelah
Nikoh dua tiga?
Bukan takat dokumen..yang tua tu.kang kejar tak.cukup tanah
Quote CiliPadiSedap 8-2-2021 04:47 PM
susah2 je nikah puncak alam

buat je pakej nikah online border thailand guna greenscreen sungai golok rumah vokuru



btw nape nikah puncak alam tak sah?sebab rukun nikah atau tak sah dari sudut undang2 sahaja?
Quote CiliPadiSedap 8-2-2021 04:48 PM
Metro Ahad, semalam melaporkan lelaki yang menawarkan khidmat sebagai jurunikah tidak bertauliah itu mengenakan caj RM3,000 hingga RM5,000 untuk setiap pernikahan dengan alasan ia bergantung kepada penyediaan dokumen.

nikah siam lg murah rm 1800. kaya benar orang malaysia nikah mahal2.
Quote Normabaru 8-2-2021 04:51 PM
Macam mana blh berleluasa in the first place??  Gila laaaaa
Quote gorjeous 8-2-2021 06:08 PM
Kenapa yee nak buang duit 3k dlm zaman yg susah ini...
Quote LadyCarefree 8-2-2021 08:02 PM
Macamacaaaaaammmmmm
Quote LadyCarefree 8-2-2021 08:02 PM
Dulu kes Joy Reva dgn laki 1st dia pun masalah sah tak sah kan?
Quote chinta89 8-2-2021 09:48 PM
Eh mcm nikah kat siam plk. Bkn ke nk nikah, pegi pjbt agama hntr borang etc? Pjbt agama yg akan bg imam jurunikah etc kan.
Quote EvieWanKenobi 8-2-2021 10:33 PM
takkan imam dalam qariah tu yang sign borang tak kenal jurunikah?
Quote TOPwind 8-2-2021 10:36 PM
ikut hukum sah- tapi dari segi perundangan tak sah
perundangan tak sah anak2 nak sekolah tuntut harta warganegara- kira besar masaalahnya
Quote AyaqMeloSuam 8-2-2021 11:43 PM
Igt kt siam jer. Mesia pn ado.. yg pi nikah ni daftar kot mna ? Besok2 branak ank xleh dftr s/b bru thegeh2..
Quote farhani87 8-2-2021 11:48 PM
Adehh mcm ni pun boleh jadi ke. Masa baca tajuk tadi ingat kat Indonesia ke. Rupanya Malaysia.
Quote mbhcsf 9-2-2021 12:47 AM
Allahu Akbar....


heyyyyyy this is seriously badddddddd, my god.
Quote mbhcsf 9-2-2021 12:47 AM
even CJ nikah So bong pun nampak proper . iskkk...
Quote FOTHER-MUCKER 9-2-2021 02:08 AM
Baru ni saya ada tengok documentary ni di bbc in English tapi cari di YouTube tiada pula English version.
Sebenarnya kawin mutah dalam kepercayaan syiah juga adalah haram.


[youtube]eu-wutJ7YH0[/youtube]

Quote noor2 9-2-2021 07:17 AM
X sah dari segi apa...dah ada jurunikah dan saksi serta ucap nikah...kira apa yg x sahnya...

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:05 PM GMT+8 , Processed in 0.059548 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top