CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Makam Puteri Limau Purut Jadi Tempat Tarik Wang, Puja Nombor Ekor

8-2-2021 02:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2213| Komen: 3

Sebuah kubur bersejarah di sini, Makam Puteri Limau Purut menjadi tempat pihak tidak bertanggungjawab melakukan perbuatan khurafat iaitu amalan pemujaan nombor ekor dan upacara tarik wang.

Perkara itu dikesan oleh waris makam berkenaan, Tengku Mustaffa Tengku Mohd. Yunus, 61, apabila kerap menemukan beberapa peralatan yang dipercayai untuk melakukan amalan pemujaan seperti limau purut di kubur berkenaan yang terletak di Pulau Tiga.



Katanya, setiap kali membersihkan kubur itu, pihaknya sering menemukan beberapa biji limau purut yang dibungkus dengan kain kuning dan colok yang sudah dibakar dan kain dalam tiga warna.

“Saya kecewa dengan perbuatan mereka yang menjadikan makam bersejarah ini sebagai tempat melakukan kerja-kerja khurafat.

“Saya berharap perkara ini dibendung dengan membina pagar di kawasan makam ini untuk menghalang pihak tidak bertanggungjawab sewenang-wenangnya menceroboh kawasan makam ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, di sini baru-baru ini.


Tengku Mustaffa yang merupakan waris kelapan kepada Puteri Limau Purut berkata, kawasan makam yang dianggarkan berusia lebih 400 tahun itu perlu dipagar untuk mengelak ancaman lain seperti dimasuki binatang liar.

Menurutnya, kawasan sekitarnya juga perlu dinaik taraf secara keseluruhan untuk memudahkan kedatangan pelancong yang mahu mengetahui kisah sejarah Puteri Limau Purut.

Katanya, jika dibiarkan tanpa penjagaan sewajarnya, warisan sejarah negeri Perak itu dibimbangi mungkin hilang begitu sahaja.

“Antara yang perlu diberikan tumpuan ialah laluan masuk ke makam ini dari jalan besar yang agak sempit, menyebabkan pengunjung tidak selesa untuk ke kawasan makam ini,” katanya.

Menurutnya, Makam Puteri Limau Purut adalah antara makam-makam bersejarah di sini yang boleh diketengahkan sebagai tarikan pelancong.

“Di sini juga terdapat makam bersejarah lain seperti Makam Tok Sagor, Makam Datuk Maharajalela, Makam Megat Terawis juga makam-makam sultan Perak terdahulu,” katanya. 


Sumber: UTUSAN ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nanies 8-2-2021 02:56 PM
terus hakak pergi cari apa sejarah puteri ni
Quote lavendernovella 8-2-2021 04:48 PM
Woah.. mmg ada ek puteri limau...
Teringat animasi Puteri. Puteri limau purut, puteri limau manis , apa tah lagi... senyap jer ,takder sambungan ker?
Quote any42 9-2-2021 03:32 PM
Bru tau ade puteri limau purut

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:14 PM GMT+8 , Processed in 0.273331 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top