CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Langsung Tak Sensitif! -Kes Tengah Meningkat, Selamba Sambut Birthday Ramai-Ramai

8-2-2021 12:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5263| Komen: 33

LANGKAWI: Polis mengeluarkan kompaun kepada 17 individu kerana mengadakan sambutan hari lahir semasa tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) di sebuah vila di Ulu Melaka, semalam.


Ketua Polis Daerah Langkawi Shariman Ashari berkata, anggotanya yang membuat rondaan bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) PKP dipatuhi, mengesan kehadiran sejumlah kenderaan yang banyak serta bunyi bising dari vila tersebut, pada 1 pagi.

“Semasa pemeriksaan, terdapat 13 lelaki dan empat wanita warga tempatan berumur lingkungan 18 hingga 32 tahun, di dalam vila tersebut.

“Kumpulan tersebut yang tinggal di sekitar pulau ini menyewa vila tersebut, untuk mengadakan majlis sambutan hari lahir seorang rakan mereka. Bagaimanapun ketika pemeriksaan, rakan yang diraikan itu tidak berada di lokasi tersebut kerana pulang sebentar ke rumahnya,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Foto: FMT


Shariman berkata, semua yang ditahan dibawa ke balai polis Kuah untuk proses dokumentasi dan masing-masing dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang, sebelum dibebaskan.

“Saringan air kencing ke atas mereka juga didapati negatif,” katanya. -CARI

Sumber: Free Malaysia Today
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nanies 8-2-2021 10:34 AM
alamak, sambut besday rumah jiran pun tak boleh eh?
Quote GincuPurple 8-2-2021 10:51 AM
mana boleh sambut birthday. kalau buat majlis bertunang dengan anak artis atau pergi jumpa putera raja baru tak kena kompaun.
Quote liton 8-2-2021 10:56 AM
Ini agak-agak ada berapa individu

[youtube]56z6fMhqlQA[/youtube]
Quote GincuPurple 8-2-2021 11:12 AM
liton replied at 8-2-2021 02:56 AM
Ini agak-agak ada berapa individu

yg dapat aku kira, 20 ada kot? 20 tak pe babe, yg kena kompaun kalau 17 orang.
Quote CARI-MRO 8-2-2021 12:46 PM
LANGKAWI: Polis mengeluarkan kompaun kepada 17 individu kerana mengadakan sambutan hari lahir semasa tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) di sebuah vila di Ulu Melaka, semalam.


Ketua Polis Daerah Langkawi Shariman Ashari berkata, anggotanya yang membuat rondaan bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) PKP dipatuhi, mengesan kehadiran sejumlah kenderaan yang banyak serta bunyi bising dari vila tersebut, pada 1 pagi.


“Semasa pemeriksaan, terdapat 13 lelaki dan empat wanita warga tempatan berumur lingkungan 18 hingga 32 tahun, di dalam vila tersebut.


“Kumpulan tersebut yang tinggal di sekitar pulau ini menyewa vila tersebut, untuk mengadakan majlis sambutan hari lahir seorang rakan mereka. Bagaimanapun ketika pemeriksaan, rakan yang diraikan itu tidak berada di lokasi tersebut kerana pulang sebentar ke rumahnya,” katanya dalam kenyataan malam tadi.


Foto: FMT




Shariman berkata, semua yang ditahan dibawa ke balai polis Kuah untuk proses dokumentasi dan masing-masing dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang, sebelum dibebaskan.


“Saringan air kencing ke atas mereka juga didapati negatif,” katanya. -CARI


Sumber: Free Malaysia Today
Quote Supersirap 8-2-2021 12:54 PM
Banyak kes di Langkawi, itu hari isu pengantin dan ini pula sambutan hari jadi,
Quote Artemesiaa 8-2-2021 12:54 PM
Zaman sekarang ni ramai je yang buat house party kantoi tidak je bezakannya.  Yang kantoi mungkin terlalu memekak jiran tak tahan bingit terus call polis.
Quote kucingitam 8-2-2021 12:56 PM
drg ingat dok kat pulau boleh selamat kot..
Quote Buritan 8-2-2021 12:56 PM
liton replied at 8-2-2021 10:56 AM
Ini agak-agak ada berapa individu

Yg ni malehh nsk amik tindakannn.. denda kang seko seko pi serang balai pakai spek itam..
Quote Boomibulat 8-2-2021 12:58 PM
Birthday boy/girl selamat sebab balik Rumah sekejap..
Quote TravellingBear 8-2-2021 01:08 PM
plot twist . Bday boy yg report polis pedajal kawan2
Quote Artemesiaa 8-2-2021 01:11 PM
Ramai je yang buat house party zaman sekarang ni kantoi tidak je.  Yang ni sebab dah memekak jiran dah hilang sabar tu yang call polis mana tak kantoi.
Quote notM 8-2-2021 01:12 PM
Free free je bagi Abahcow RM17,000

Best kannn
Quote MissVixen 8-2-2021 01:16 PM
Diorang patut sambut masa tahun baru cina je. Berkumpul 30 orang pun boleh.
Quote Belibis 8-2-2021 01:19 PM
notM: Free free je bagi Abahcow RM17,000Best kannn

Maknanya pkp ni kena lanjutkan sampai AJM ke caner?
Quote xy_daen 8-2-2021 01:27 PM
Untuk CNY nnt boleh pulak kan... Apakebende punya SOP.. Ops lupa virus cuti time CNY..
Quote Mulotkoyak 8-2-2021 02:32 PM
Ape beza dgn nak sambut chinese new year nnt yang kne limit pengunjung 15org dlm satu mase.  Tu je ak nk tny...
Quote Adrif 8-2-2021 02:32 PM
ceghitaa nak sambut besday..

padahal niat malam tu nak kekah.. ptui

"Demi birthday awak, seminggu saya menabung tau."
"Aww sweetnya awak.. Tapi takpe la, simpan je duit awak tu ok?"

"Sapa kata duit?"
" "
Quote salimrock 8-2-2021 02:36 PM
Boomibulat replied at 8-2-2021 12:58 PM
Birthday boy/girl selamat sebab balik Rumah sekejap..

birthday boy/girl dlm forecast 30 menit to the future

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.145088 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top