CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rawat Sakit Kepala Dengan Botoks

8-2-2021 12:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1576| Komen: 3

Seorang wanita mendakwa suntikan botoks di rahangnya sekali setiap tiga bulan memulihkan masalah sakit kepala dihadapinya, lapor akhbar Daily Mail, kelmarin.

Keira Wallis, 36, dari Guildford, Surrey memberitahu bahawa dia mula mengalami sakit kepala teruk sejak tiga tahun lalu akibat masalah tulang belakang.



Kredit foto: Daily Mail

Walls disahkan menghidap penyakit gangguan sendi rahang (TMD) yang menyebabkan sistem otot, tulang dan sendi berhenti berfungsi dengan sempurna sekali gus menyebabkan kesakitan serius pada muka.

Pada Disember 2018, dia mengunjungi Dr. Rekha Tailor di Hospital Mount Alvernia dan dinasihatkan untuk mengambil suntikan botoks bagi mengatasi masalah itu.

Suntikan botoks biasanya diambil bagi menegangkan muka dan menghilangkan kedutan wajah bagi tujuan kecantikan atau awet muda.

Prosedur yang menelan belanja £300 (RM1,677) itu hanya mengambil masa lima minit dan perubahan ketara dapat dirasakan hanya dalam tempoh seminggu.


“Buat pertama kali sejak tiga tahun lalu, saya tidak lagi sakit kepala.

“Saya tidak akan berhenti mengambil suntikan ini. Terima kasih botoks kerana menghilangkan rasa sakit dan membantu saya menikmati kehidupan semula,” katanya.

Sementara itu, Dr. Tailor berkata, terdapat peningkatan jumlah pesakit yang memilih suntikan botoks bagi merawat sakit kepala yang dialami mereka. 


Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 8-2-2021 12:37 PM
ok je as long as dia happy dan bagus untuk kehidupan rutin harian dia...
tapi tengok bukan takat botox je... kening tu dia lukis ke tattoo teruih? semacam je ku lihat...
ke grooming @ trim je kat spa pakai benang tu
Quote Supersirap 8-2-2021 12:55 PM
Yang penting dia tidak kacau orang
Quote Kurex 8-2-2021 01:03 PM
Mcm acik2 pprt Malaysia je rupa. Ke ada mix

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.049242 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top