CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita dikompaun tidak pakai pelitup muka selepas tunggang basikal

8-2-2021 12:53 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6727| Komen: 55



TUMPAT – Seorang wanita dikompaun selepas dipercayai berhenti di sebuah premis tanpa memakai pelitup muka selepas dia menunggang basikal di Wakaf Bharu di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab. Rashid Mat Daud menegaskan, kompaun tersebut dikeluarkan selepas wanita itu tidak memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam.

“Polis telah melakukan pemerhatian terhadap wanita itu yang beriadah dengan menunggang basikal sebelum kompaun dikeluarkan. Apabila sampai di tempat awam iaitu sebuah kedai, dia ditahan dan mengaku telah melakukan kesalahan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP).

“Apa yang ditularkan di media sosial dengan mengatakan dia dikompaun ketika menunggang basikal tidak benar. Ini kerana wanita itu sememangnya melakukan kesalahan tidak memakai pelitup muka di tempat awam,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.


Terdahulu, tular sekeping gambar yang menunjukkan seorang wanita telah dikompaun selepas dipercayai hanya menunggang basikal di kawasan itu.

Wanita berkenaan telah dikompaun semasa operasi bersepadu yang telah dilancarkan di seluruh Kelantan dengan melibatkan pihak polis, Kementerian Kesihatan (KKM) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Sukarelawan Rakyat (Rela).

Operasi itu bertujuan memastikan orang ramai mematuhi SOP PKP terutamanya dari segi pemakaian mask atau pelitup muka.

Mengulas lanjut, Ab. Rashid memberitahu, beliau kesal dengan tindakan orang ramai yang menularkan berita tanpa memberi fakta sahih.

Katanya, perbuatan itu telah memberikan tanggapan negatif kepada pihak polis yang sedang menjalankan operasi pematuhan SOP ketika ini. 


Sumber – K! ONLINE
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote toxicated 8-2-2021 01:46 AM
Mcm polis ni tggu masa je nak cukupkan kpi kompaun sbb dia dh perati pmpuan tu. Kalau aku jadi pmpuan tu aku teruskan mengayuh sbb riadhah takyah bermask pun..
Quote LoveSungmin 8-2-2021 02:31 AM
Berhenti di sebuah premis untuk apa? Lepas beriadah, sila la terus balik ke rumah.. Jangan la berhenti merata melainkan ada bawa face mask..
Quote pyropura 8-2-2021 04:18 AM
Teruskanlah menganiaya rakyat yg.dlm.serba kesusahan wahai gomen PN-UMNO
Quote Perawankota 8-2-2021 04:52 AM
Ermmm... X pasal2 bazir 1k
Quote sarajevo 8-2-2021 06:20 AM
Ramai anggota berunifom dok likong seorang pompuan.
Quote chinta89 8-2-2021 07:19 AM
toxicated: Mcm polis ni tggu masa je nak cukupkan kpi kompaun sbb dia dh perati pmpuan tu. Kalau aku jadi pmpuan tu aku teruskan mengayuh sbb riadhah takyah berm ...



Btl tu mcm saje tgh cari mangsa, cukupkan Kpi op
Quote Trumpettt 8-2-2021 07:20 AM
Saman je yg degil tak ikut SOP...baru org patuh
Quote adm7 8-2-2021 07:45 AM
Mentaliti rakyat malaysia

Bila ambik tindakan/saman - nak cukupkan KPI
bila tak ambik tindakan - tak buat kerja/makan gaji buta

Lps tu bandingkan org kena samqn dan tak kena saman.
Korang nak apa sebenarnya?
Quote Belibis 8-2-2021 08:03 AM
sarajevo: Ramai anggota berunifom dok likong seorang pompuan.

Memang gitu kot.pernah tengok driver bas ekspres kena saman,gitu jugak.polis ,rela,jabatan kesihatan.
Quote helicornia 8-2-2021 08:05 AM
kawan2 aku org kelate kata mmg kt sana org tk kisah sgt pakai mask. tu yg bila pengusahan restoran kelantan minta kerajaan benarkan pelanggan dine in dia sendiri ckp jgn bagi sbb sana bukan reti nk ikut sop pastu kes naik bising jugak, kena pkp pun bising bisnes rugi.masalhnya bila benarkan tk reti jaga sop
Quote Oroi8887 8-2-2021 08:13 AM
Padan muka. Apa susab sgt pakai mask
Quote blue_blur 8-2-2021 08:35 AM
kalau perasan, banyak kes luar klang valley je masih aktif kes2 kompoun tak pakai mask.
klang valley dah biasa new normal, polis pun tak ambil port sangat nak saman pasal tak pakai mask sebab kebanyakan memang pakai dah kat tempat sepatutnya.
Quote Megikari 8-2-2021 08:39 AM
adm7: Mentaliti rakyat malaysiaBila ambik tindakan/saman - nak cukupkan KPIbila tak ambik tindakan - tak buat kerja/makan gaji butaLps tu bandingkan org ken ...


Hahaha.. So true!
Quote TomyamPuteh 8-2-2021 08:39 AM
Adan uke. Org kelantan kan kaya belana.Brg kemas pon dh sekerat badan. Takut 1k tu apa kisah.
Quote Itzy 8-2-2021 08:44 AM
adm7: Mentaliti rakyat malaysiaBila ambik tindakan/saman - nak cukupkan KPIbila tak ambik tindakan - tak buat kerja/makan gaji butaLps tu bandingkan org ken ...


Wahai rakyat yg bijak, kami netizen cuma nak keadilan. Rakyat dikompaun manakala pak menteri dan orang berpangkat berkuasa rilex saja tak pakai mask ke sana ke sini. Abis sangat ada siasatan lepas tu close case. Rakyat tak bodoh macam dulu2, diam tanpa persoal, sila jadi lembu.
Quote EvieWanKenobi 8-2-2021 08:46 AM
sendiri buat salah tanggung lah..
nak salahkan pihak lain pulak..
Quote sfrnna 8-2-2021 09:02 AM
tak memasal je. meols skrg ni pun bila tak pakai mask cam ada something missing plak. untung takyah pakai lipstik
Quote anakjiran 8-2-2021 09:04 AM
tak kisah lah cukupkan kpi ke apa. benda dah warning siap2 masuk tempat awam ramai orang pakai mask. yg tak ikut pasaipa..orang lain boleh ikut.dah kena nak bising pulak
Quote nazzse 8-2-2021 09:23 AM
Alah polis kelate ni pun, korang sendiri bukan pakai mask & ikut sop pun..
Anggota korang utup mata je tengok rakyat beli nasi tak pakai mask, yg pakai tu pulak jadi pelik..

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:32 PM GMT+8 , Processed in 0.090986 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top