CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Di Sebalik Kisah Patah Hati Bob Lokman Dalam Lagu ‘Taman Rashidah Utama’

7-2-2021 10:58 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 13776| Komen: 47

Description: Sebut sahaja lagu Taman Rashidah Utama, rata-rata daripada peminat genre rock kapak tahu mengenai kisah di sebalik lagu ini.



Sebut sahaja lagu Taman Rashidah Utama, rata-rata daripada peminat genre rock kapak tahu mengenai kisah di sebalik lagu ini.


Pertama kali diterbitkan pada tahun 1988, lagu nyanyian kumpulan Wings dalam album Wings bertajuk Hukum Karma, lagu ini masih lagi menjadi siulan masyarakat hari ini.



Kisah patah hati si penulis lirik

Ditulis oleh Bob Lokman, lagu Taman Rashidah Utama merujuk kepada sebuah tempat di Senawang, Seremban yang mana merupakan lokasi gadis pujaan hati beliau.



Mengenali si gadis yang pada ketika itu berusia 14 tahun dan beliau pula berusia lewat 20-an, Bob mendedahkan beliau sanggup berulang sejauh 10km setiap hari semata untuk melihat gadis pujaan hatinya dari jauh semasa menunggu bas sekolah setiap pagi.


“Semasa berusia lewat 20-an, saya berjumpa sorang gadis berusia 14 tahun dan jatuh cinta. Saya tahu yang beliau tinggal di Taman Rashidah Utama di Seremban. Saya biasa berulang-alik dari Seremban ke Kuala Lumpur sebab Wings pernah berlatih di sebuah studio di sana.

Gadis tersebut singgah di studio dengan rakan-rakannya untuk bertemu dengan kumpulan Wings. Beliau cantik tapi tidak mempedulikan saya. Tapi saya tetap suka pada beliau dan kami kekal berkawan sejak hari itu.

Saya sanggup tunggu sehingga beliau habis sekolah dan merancang nak bertemu keluarganya bagi urusan masuk meminang. Tapi beliau jelaskan yang beliau memang tiada perasaan pada saya.”


Wanita di sebalik lagu Taman Rashidah Utama


Turut mendedahkan bahawa gadis di sebalik penciptaan lagu tersebut merupakan pelakon serba boleh, Aida Aris, Bob memberitahu Aida pernah menyuruhnya untuk mengabadikan kisah mereka menjadi drama, namun sehingga kini idea berkenaan masih lagi tidak dapat direalisasikan.


“Taman Rashidah Utama bukan sekadar lagu patah hati, tetapi juga sebagai panduan bahawa sekiranya kita melakukan sesuatu dengan ikhlas, ianya akan membuka jalan ke sesuatu yang tidak pernah dijangka.”

Lagu-lagu hits tulisan Bob Lokman

Selain daripada Taman Rashidah Utama, Bob Lokman juga pernah menghasilkan beberapa lagu popular antaranya Pada Syurga di Wajahmu (Nash), Rendang Tak Berbuah (Hattan) dan Isabella (Search).

Keadaan terkini Bob Lokman


Sudah 20 tahun berada dalam dunia rock, Bob Lokman mengejutkan ramai apabila secara tiba-tiba mengumumkan penarikan diri daripada kerusi juri tetap rancangan Raja Lawak musim ke-5 pada 2011 semasa rancangan berkenaan sedang disiarkan secara langsung.

Puncanya bermula apabila beliau disahkan lumpuh pada 1997 selama setahun pada usia 33 tahun yang mana selepas itu diikuti dengan beberapa masalah kesihatan lain seperti serangan jantung dan darah tinggi.

Pada awal Disember 2020, Bob Lokman dilaporkan selamat menjalani pembedahan membetulkan degupan jantung Cardiac Resynchronization Therapy & Defibrillator (CRTD) dengan kos sekitar RM60,000.



Sumber: mStar/NST/odisi
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote little_sis 7-2-2021 11:17 PM
Lama x dgr cite aida aris ni.. penah terserempak beliau masa baru keluar bank kat ampang point, dah lama la dulu..
Quote jejai 7-2-2021 11:58 PM
little_sis replied at 7-2-2021 11:17 PM
Lama x dgr cite aida aris ni.. penah terserempak beliau masa baru keluar bank kat ampang point, dah  ...


semua dah berumur dah.huhu

dulu tahun 90an dan awal 2000 memang minat sangat dia ni sebab muka dan gaya dia ada iras nasha aziz






Quote YomiuriLandMae 8-2-2021 12:12 AM
Owh baru tahu kisah disebalik lagu ni.. btw mana perginya aida aris ni ye..
Quote dubuk 8-2-2021 12:33 AM
laa... ada taman betul rupanya...
Quote bintangct 8-2-2021 12:56 AM
cite lama ni Dulu pun pernah viral kot
Quote cikgojesss 8-2-2021 01:05 AM
fav iols lagu rendang tak berbuah.. lirik bam bob byk yang bestt
Quote jargon 8-2-2021 01:39 AM
Aida ni org mana uols?dekat wiki tulis org singapore..tp skolah dkt seremban..aikk
Quote chandrahusin 8-2-2021 06:43 AM
dubuk replied at 8-2-2021 12:33 AM
laa... ada taman betul rupanya...

Iye Dubuk.. dekat jalan Senawang - Paroi
Quote chandrahusin 8-2-2021 06:44 AM
Edited by chandrahusin at 8-2-2021 10:03 AM
jargon replied at 8-2-2021 01:39 AM
Aida ni org mana uols?dekat wiki tulis org singapore..tp skolah dkt seremban..aikk
Aida Aris sekolah kat sekolah menengah Seri Ampangan
sejarah sekolah rendah tak tau la kat mana
mungkin la dr sana
Quote KIM.K 8-2-2021 07:27 AM
Oh ye ke..hebat Aida Aris. Dari muda dah bersinar
Quote Belibis 8-2-2021 07:52 AM
Bekengnya muka gadis dalam MV.tak seperti yang aku bayangkan.
Quote md_nana 8-2-2021 07:57 AM
muka aida aris ni klasik. lawa lembut.
masa mula2 baca ni aku bayangkan a.aida. haha sekali tgk bawah muka aida aris
Quote jacktothequeen 8-2-2021 08:48 AM
dubuk replied at 8-2-2021 12:33 AM
laa... ada taman betul rupanya...

Ado..kek senawang diam eyh..

Quote irsa 8-2-2021 09:00 AM
Oooo baru den tau al-kesahnya lagu Taman Rashidah Utama. Sesekali dongar, soram jugak lagi ni dgn nesan dgn kubor nya bagai. Adesss
Quote puanbintang 8-2-2021 09:01 AM
i follow IG aida aris ni, memang sampai sekarang pun lawa, slim je badan...
Quote EvieWanKenobi 8-2-2021 09:05 AM
wahh.. tak sangka Aida Aris
di sebalik lirik lagu tu..
Quote swateng1 8-2-2021 09:09 AM
lagu taman rashidah utama ni memang top sampai la ni. btw aida aris ni memang cantik.
Quote katibism 8-2-2021 09:18 AM
Buat yg nak follow Aida Aris..tahun 2020 sheols ada jah berlakon...tp xde di TV... di saluran streaming VIU..bawa watak Datin Roslinda, isteri aktor Wan Hanafi Su (Datuk Ishak). Anak deols Fikry Ibrahim
image.png


Citer The Bridge 2. Siap tercalon ya...Pelakon Pembantu Wanita Terbaik  Academy Creative Awards (AACA)

image.png

Baca sini.


Quote budakmanentah 8-2-2021 09:23 AM
lawa aida aris ni. tinggi kurus. bukan dia dulu ade gosip dgn zul handy black jugak ke?

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-6-2024 05:57 PM GMT+8 , Processed in 0.064696 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top