Sekilas pandang, nampak seperti video senaman aerobik biasa dengan seorang jurulatih yang manis menggayakan senaman untuk pengikutnya di Facebook. Namun tanpa disedarinya, Khing Hnin Wai turut merakam kejadian bersejarah di belakangnya – rampasan kuasa tentera Myanmar yang berakhir dengan penangkapan pemimpin demokratik negara itu termasuk Aung San Suu Kyi pada Isnin lalu. Dalam hantaran di Facebook, Khing berkata lokasi itu menjadi tempat kegemarannya bersenam sejak 11 bulan lalu malah semuanya dimuat naik ke media sosial. “Bukannya saya menari untuk menghina atau mempersendakan sesiapa. Saya merakam video untuk pertandingan menari. Lagipun konvoi tentera bukanlah sesuatu yang menghairankan di Nyapyidaw. Saya sangkakan perkara biasa jadi teruskan sajalah dengan senaman itu.
“Tak disangka video yang saya hasilkan untuk pertandingan menari ini tiba-tiba turut merakam memori yang tidak mungkin dapat dilupakan sampai bila-bila,” katanya. The Guardian melaporkan sesi senaman Khing itu dilakukan di depan kompleks Parlimen di ibu negara, Naypyidaw, dan wanita itu jelas tidak perasan konvoi kenderaan berperisai di belakangnya melepasi halangan diletakkan di jalan raya. Lebih menghiburkan apabila kejadian itu seolah-olah turut diiringi muzik yang digunakan Khing untuk sesi senamannya. Ada yang mempertikaikan kesahihannya, namun BBC menghubungi sendiri Khing yang mengesahkannya. Sumber: FMT |
dudaberhias replied at 8-2-2021 04:30 AM
ni videonya yer... kurlastt sheolss...
tiba2 rasa nak bersenam lepas tengok vid sheols ni
reddots replied at 8-2-2021 01:46 AM
kabarnya dia ni guru aerobik. n selalu buat live kat situ.
miss_bear replied at 8-2-2021 01:11 AM
Tak nampak pulak videonya
GincuPurple replied at 8-2-2021 10:43 AM
tengok dari gerakan anggota badan dia, tak macam guru aerobik pro. pergerakan tak sharp, nampak ma ...
ADVERTISEMENT