CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Masih Ingat Pelakon Kacak Slot Spektra Ini?

7-2-2021 12:34 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 64315| Komen: 274|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: Mereka yang membesar di era 90an pastinya pernah menonton drama rantaian dalam slot spektra dan identiti yang menampilkan pelbagai kisah. Maklumlah ketika itu hanya ada stesen televisyen kerajaan RTM ...



Mereka yang membesar di era 90an pastinya pernah menonton drama rantaian dalam slot spektra dan identiti yang menampilkan pelbagai kisah. Maklumlah ketika itu hanya ada stesen televisyen kerajaan RTM dan hanya bersaing dengan stesen TV swasta, TV3 sahaja.

Bagaimanapun, drama yang ditampilkan tetap diingati kerana ceritanya dekat di hati penonton.

Lebih hebat, adanya tarikan pelakon lelaki yang kacak dan maskulin sebagai daya penarik penonton wanita.

Seorang pengguna Facebook berkongsikan senara 22 pelakon lelaki yang pernah menghiasi kaca televisyen. Ada di antaranya masih aktif sehingga kini dan ada juga yang sudah bersara.

Anda ingat mereka?


Foto :FB

Mendahului carta adalah pelakon Rusdi Ramli, 51, yang juga anak seniwati Norlia Ghani. Terkenal dengan drama rantaian bersama Raja Azura dan masih kekal aktif sehingga kini. 


Foto : FB

Selain itu, disenaraikan juga pelakon yang pernah menambat hati penonton wanita satu ketika dahulu tetapi sudah tidak aktif lagi, antaranya ialah Rashdan Baba, 51, Shahrul Zaman bin Kamaludin, 55, Fendi Abu Bakar dan Zuraini Kasim yang kini menjadi Timbalan Presiden Seniman. Masih kenal ke wajah sekarang?




Foto : FB

Antara pelakon yang aktif sehingga sekarang seperti Rusdi Ramli pula ialah Hilal Azman, 65, (drama Tok Perak), Khairil Anwar (filem Sembilu), Eizlan Yusof, 50, (drama Jaguh-Jaguh), Zamarul Hisham, 50, Mahmud bin Ali Bashah, 51, dan Arash Mohamad, 52.






Foto : FB

Ada yang sudah bergelar datuk, bertukar bidang dan masih setia dalam industri lakonan. Apapun, mereka antara penghibur ketika stesen televisyen swasta (Astro) belum muncul, ketika penyedia perkhidmatan dalam talian belum ada dan juga di zaman semuanya hanya boleh diikuti menerusi media elektronik dan media cetak.

Apa drama spektra lakonan mereka yang anda ingat? - CARI
3

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • SecretLuv

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mrsLY 7-2-2021 12:36 PM
Eizlan  cite Jaguh-Jaguh....KBye
Quote slyfynx 7-2-2021 12:38 PM
Rusdi Ramli aku igt sebab cite Hati Waja.
Pastu dan2 aku teringat cite Eman Manan - Keris HItam Bersepuh Emas
Quote slyfynx 7-2-2021 12:43 PM
Pastu ade spektra cite pendekar ape ntah yang Ainina Ahmad B berlakon tu
Quote nurkasih74 7-2-2021 12:43 PM
Yusuf wahab mana ye?
Quote serraa 7-2-2021 12:56 PM
memori sangat drama spektra masa kecik2 dulu.
antara paling i ingat drama rashdan baba dgn wan norazlin. jalinan kasih kot tajuk dia.


Quote exclusive_vvip 7-2-2021 12:58 PM
Alaaa,bosannya..ni majoriti yg masih aktif..x heran sgt sbb still senang nak tgk muka diorg..i nak tgk muka @ apa khabar pelakon2 spektra yg nama Razif (lupa plak tu nama salah 1 watak dia ke,atau nama betol..rambut panjang sikit paras leher,ada misai, x berapa hensem..rajin jgk dia blakon spektra dulu)..pastu sorang pelakon lelaki cina tapi muka mcm melayu (cina siam kot, ada sekali dua dia jadi hero spektra)..pastu sorang budak lelaki baya2 Bell Ngasri zaman tu, selalu dpt watak  budak cacat@terencat...haaa,amik ko..pelakon2 yg i sebut ni mesti org susah nak cari@ingat kan..
Quote soondingie 7-2-2021 01:01 PM
sidi oraza xde dlm list k? dulu masa kecik x suka sidi ni sbb berjambang.suka yg clean shave n muka jambu.ni bila dah besar tgk balik muka sidi oraza masa muda2 mmg hensem betul.rasa actor skrg pun x sehensem n sekarisma dia
Quote alieyrina 7-2-2021 01:03 PM
Ros anita..rashdan baba kan..aku suka cita tu
Sidi oraza pun aku minat
Quote lonso 7-2-2021 01:06 PM
karismanya pelakon2 dulu.
Quote kaedahnya 7-2-2021 01:13 PM
exclusive_vvip replied at 7-2-2021 12:58 PM
Alaaa,bosannya..ni majoriti yg masih aktif..x heran sgt sbb still senang nak tgk muka diorg..i nak t ...

yang razif tu yang anak husin abu hasan tu ke? abang or adik faizal husin. ada sorang hero cina muka melayu hensem tapi selalu jadi jahat. yang baya baya bell tu nama dia buzen kot.
Quote raihaneem 7-2-2021 01:21 PM
Ingt.....cerita zmn sekolah rendah..sgt best. Satu lg..yg Oja berlakon..ibu dia ibu tunggal..dia dgn adik2.. sedih tp best.

Sorg lg pelakon..azman jantan...dia pun pelakon spektra kan
Quote chippotato 7-2-2021 01:22 PM
Siapa ingat ada satu drama spektra.. Noraniza idris berlakon dgn pelakon Indonesia @ arash mohamad? Tk sure tajuk apa.. Menarik betul jalan cerita tu..
Quote hyie 7-2-2021 01:22 PM
dulu kan meols taste sangat kat Zuraini Kassim...bye!
Quote edayildiz 7-2-2021 01:22 PM
i kecik lg tp i ingt jer few hero cuma nama xknl..best la cite zaman dlu..
i inht smpai skrg ada 1 citer ni..i rasa tjuk dia semekar bunga..sapa pnh tgk? i dk trobek ngan mama i..tp dia xingt citer ni
pastu bumi hijau i suka..zamarul hisham ngan farisha irwayu
Quote ezacbee 7-2-2021 01:28 PM
raihaneem replied at 7-2-2021 01:21 PM
Ingt.....cerita zmn sekolah rendah..sgt best. Satu lg..yg Oja berlakon..ibu dia ibu tunggal..dia dgn ...

Tu cite keringat kan..
Dialog oja.. makkkkk... Tu je aku ingat
Quote solarlunar 7-2-2021 01:38 PM
Edited by solarlunar at 7-2-2021 01:42 PM

Yang I ingat

Ros Anita
Ogy Ahmad Daud
Farisha Irwayu
Rashdan Baba

Jalinan Kasih
Wan Norazlin
Faizal Hussien
Gerimis Mengundang
Zamarul Hisham
Ernie Sulastri
Pelakon Indonesia

Senandung Semalam
Rozi Rashid
Aliza Rafar

Quote Donatello86 7-2-2021 01:52 PM
Mohon tayang balik kalau masih ade drama Hati Waja, Jaguh Jaguh, Berarak Memori Jingga, Ros Anita, Jalinan Kasih, Sepakat Membawa Berkat
Quote LadyCarefree 7-2-2021 02:14 PM
Edited by LadyCarefree at 7-2-2021 01:15 PM

Hampeh xkenal. Eizlan ok tau sbb kahwin ritu.
Quote LadyCarefree 7-2-2021 02:15 PM
Donatello86 replied at 7-2-2021 12:52 PM
Mohon tayang balik kalau masih ade drama Hati Waja, Jaguh Jaguh, Berarak Memori Jingga, Ros Anita, J ...

Xyah sibuk nk shoot drama baru kan?

Lihat semua komen(274)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-6-2024 09:17 AM GMT+8 , Processed in 0.064286 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top