Syed Azmi yang terkenal sebagai seorang aktivis kemasyarakatan berkongsi cara bagaimana seorang remaja berusia 15 tahun ke atas dan bawah 18 tahun untuk mengambil tindakan sekiranya mereka dicabul atau dirogol di rumah.
Menurut Syed Azmi, sejak akhir-akhir ini dia menerima pelbagai laporan daripada mangsa yang bingung untuk mengambil tindakan terhadap pelaku. Ini kerana, kebanyakan pelaku merupakan ahli keluarga sendiri tidak kira bapa, abang, adik mahupun teman lelaki si ibu. Bagi menjawab segala persoalan tersebut, kesemua mangsa perlu melakukan laporan bertulis terlebih dahulu kerana ia sangat penting dan mampu dijadikan bahan bukti sekiranya kes mangsa melarat. "Saya pernah ada kes remaja berusia 14 tahun buat laporan polis selepas dicabul bapa sendiri. Semasa membuat laporan, mangsa memberitahu dia dicabul tak sampai 10 kali.
"Sebaik bapanya tiba di balai, kes tersebut berakhir dengan permohonan maaf yang dilakukan lelaki itu terhadap anaknya serta teguran daripada pihak polis. "Namun, sepanjang tempoh usianya 14 hingga 16 tahun, lebih 100 kali dia kena rogol. Dalam kes ni laporan polis sebelum ni sangat penting. Mangsa boleh memberitahu bahawa bapanya semakin berani melakukan perbuatan tersebut. "Pihak polis juga boleh mengambil tindakan serta merta kerana mangsa mempunyai laporan sebelum ini termasuk laporan yang baru," katanya. Ujarnya lagi, kebanyakan mangsa takut untuk menceritakan masalah dihadapi kepada ibu mereka. Oleh itu, kesemua mangsa boleh menggunakan talian kasih sebagai langkah untuk membuat laporan. Ini kerana, bukan semua mangsa berani keluar dari rumah dan membuat laporan polis. Tambahan, ketika musim pandemik ini. Jadi, mereka boleh Whatsapp talian kasih untuk bercerita mengenai apa yang berlaku. Menariknya talian ini, mangsa boleh menulis berapa banyak yang mereka suka asalkan jangan lupa bagitahu nama, umur, nombor kad pengenalan dan alamat. Mangsa juga dinasihatkan agar tidak perlu takut sewaktu membuat laporan. "Laporan polis tu penting, saya tak boleh nak buat apa selagi tak ada. Untuk individu yang menjadi pihak ketiga dan ingin menolong mangsa, korang kena tahu semua maklumat mengenai mangsa dahulu. Lebih penting, dapatkan juga kebenaran mangsa. "Mengenai viral, itu merupakan langkah terakhir. Bila ianya akan terbongkar dan terkeluar, baru saya akan kongsi. Saya tak kisah dari segi share balik," ujarnya. Syed Azmi turut menyatakan bahawa dia tidak bersetuju apabila golongan ibu menyokong golongan dewasa kerana dia tahu mereka sebenarnya berasa takut untuk kehilangan nafkah dan malu dengan ahli keluarga yang lain. Kebanyakan kes kanak-kanak bawah 15 tahun, mereka akan berkata bahawa tidak sanggup melihat bapa mereka masuk penjara dan bercerai dengan ibu. Oleh itu, mereka sekadar mahukan perjanjian di mana bapa atau si pelaku tidak akan mengulangi perbuatan terkutuk itu. Loading FB Post... Di akhir perkongsian, Syed Azmi memberitahu bahawa mangsa boleh membuat pilihan sama ada mahu tinggal bersama ahli keluarga yang lain atau 'berterduh' di tempat perlindungan ditubuhkan kerajaan. Sumber: OhBulan
|
makadek: Lelaki yg rogol ank sendiri ni fetish dgn badan ank2 yg nk membesar ke.. Serius aku tk faham knpa bapa2 sggp rogol ank sndiri sdgkn kecik2 belai tatan ...
dua_chzy replied at 6-2-2021 06:22 PM
Ada sexual attraction badan budak2 ni...Sorry to say this tapi ai tengok badan anak2 aiol, punya ...
haruslah replied at 6-2-2021 06:26 PM
Yup...budak2 skrg badan cepat naik....dan dewasa. I pon risau
dua_chzy replied at 6-2-2021 06:32 PM
Anak2 aiol umur under 7 tapi badan, ya ampun...Risau aiols yach.
asma87 replied at 6-2-2021 10:59 AM
Teringat kes rogol Paling kejam, bapak rogol liwat anak kandung Kat mekah..smp keluar najis n rabak ...
Amandaminaj96 replied at 6-2-2021 06:38 PM
salah satu sbb makin rmi andartu, mcm mana nak tau klu bakal laki kita tu bkn jenis bapak yg mkn ana ...
Lista replied at 6-2-2021 06:21 PM
Rasanya ramai mak tahu perbuatan suami ni..tapi buat2 tak tahu je.
Ada baca kisah seorang guru be ...
dua_chzy: Anak2 aiol umur under 7 tapi badan, ya ampun...Risau aiols yach.
ADVERTISEMENT