CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rakyat Malaysia 'Uncle Hashim' dianugerah Pingat Order of Australia

6-2-2021 02:21 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2091| Komen: 8

Description: KUALA LUMPUR: Nama 'Uncle Hashim' mungkin tidak begitu dikenali dalam kalangan rakyat Malaysia di sini namun beliau bukan seperti bapa saudara atau pak cik anda di rumah.



KUALA LUMPUR: Nama 'Uncle Hashim' mungkin tidak begitu dikenali dalam kalangan rakyat Malaysia di sini namun beliau bukan seperti bapa saudara atau pak cik anda di rumah.

Di Australia, Uncle Hashim atau nama sebenarnya Abdul Rahman Hashim boleh dianggap sebagai individu yang agak terkenal.

Selepas bertahun-tahun menghulurkan khidmat secara sukarela kepada komuniti Islam dan rakyat Malaysia di Canberra, beliau bukan sekadar mendapat tempat di hati komuniti terbabit malah pengiktirafan kerajaan Australia yang menganugerahkannya Pingat Order of Australia (OAM) pada sambutan Hari Australia semalam.

Selepas tiga tahun berhijrah ke Australia pada 1969, Abdul Rahman mengambil inisiatif menubuhkan Persatuan Rakyat Malaysia Australia sebagai usaha menyatukan rakyat negara ini di Canberra.


"Ideanya adalah untuk menjaga mereka. Masalah utama di sana ialah tiada daging halal, jadi saya bersama-sama beberapa rakan memulakan perbincangan dengan kerajaan persekutuan dan mereka bersetuju menjadikan penyembelihan halal sebagai sesuatu yang sah," katanya dalam temu bual dengan stesen radio ABC yang dikongsi menerusi saluran YouTube Anil Sabah Al Ahmad Masjid.

Sepanjang berada di Canberra, Abdul Rahman turut menjadi sukarelawan di hospital sebagai penjaga kepada pesakit Islam yang bermula ketika isterinya menerima rawatan kerana menghidap penyakit kanser.

Meskipun sudah berusia 79 tahun, beliau masih aktif mengajar komuniti Islam di Canberra membaca Al-Quran secara sukarela dan melakukan upacara pengebumian.

"Kami melatih orang tetapi mereka agak keberatan kerana terpaksa berdepan pelbagai jenis mayat, sama ada normal atau kematian yang disebabkan kemalangan, jadi memerlukan masa untuk menanganinya," kata beliau.

Menurut artikel yang disiarkan Australian Muslim Times, aktivis sosial itu turut diiktiraf oleh Perkhidmatan Awam Australia dan menerima anugerah tertinggi Rotari iaitu Felow Paul Harris pada 1987 ketika beliau menganggotai Kelab Rotari Bandaraya Canberra.

Beliau juga terbabit dalam penubuhan pelbagai persatuan termasuk Majlis Pelajar Luar Negara Canberra, Persatuan Pelajar Malaysia, Persatuan Pelajar Islam Canberra dan Persatuan Rakyat Malaysia Australia semasa zaman mudanya di Universiti Canberra.

Usaha terkini Uncle Hashim ialah pelancaran Australian Muslim Aged and Respite Care, sebuah platform yang menyalurkan bantuan kepada komuniti Islam di Canberra menggunakan perkhidmatan kebajikan yang dibayar oleh kerajaan dengan matlamat menyediakan tempat yang selesa kepada warga emas beragama Islam dengan penjagaan perubatan penuh.

Akhbar tempatan menjelaskan bahawa anugerah itu diberikan Gabenor Jeneral Australia kepada Uncle Hashim sebagai mengiktiraf semangat dan kerja keras beliau dalam membantu komuniti Islam di negara itu.


Sumber: BERNAMA
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 6-2-2021 07:32 AM
Manusia hebat! Tahniah.
Quote Carcosa 6-2-2021 09:26 AM
Well done Uncle!
Quote mbhcsf 6-2-2021 09:31 AM
Bless you ...jarih kudrat tu so mulia. cool.
semoga diberkati dan dirahmati dengan yg kebaikan di dunia dan akhirat.
Quote notM 6-2-2021 09:36 AM
Kalau meols takda nye lah nak berbaju Melayu bersongkok macam tu kat Australia.

Baju Melayu pun dah 5 tahun tak beli...rasanya sampai mati pun tak beli dah baju Melayu dan songkok
Quote VespaSilbe 6-2-2021 01:25 PM
Manusia hebat
I is kagum
Quote sarahmirza 6-2-2021 01:29 PM
Hebat pakcik. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus berbakti kepada masyarakat.
Quote NekNgah 6-2-2021 02:45 PM
Semoga sentiasa dilimpahi rahmat Allah.  Well done uncle Hashim.
Quote farhani87 6-2-2021 11:01 PM
Bagusnyaa pakcik ni. Tahniah!

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-6-2024 09:02 AM GMT+8 , Processed in 0.202685 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top