CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

WHO: Tiada Bukti Virus COVID-19 Berasal Dari Wuhan

6-2-2021 01:58 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2528| Komen: 15


Kredit foto : Wion



BEIJING, 5 Feb (Bernama) — Pasukan pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sangsi terhadap khabar angin mengenai Institut Virologi Wuhan (WIV) dikatakan sebagai tempat asal usul virus COVID-19.

Sebaliknya, pasukan tersebut yakin dengan tahap keselamatan di kawasan itu dan memberikan penilaian yang positif terhadap cara pengurusan serta pengendalian makmal di institut berkenaan.

Pasukan pakar WHO berada di China bagi menyiasat asal-usul pandemik COVID-19  dan telah melawat  WIV serta makmal institut tersebut di Wuhan, wilayah Hubei pada 3 Febuari (Rabu).

Pakar epidemiologi Institut Pasteur St. Petersburg Rusia, Dr. Vladmir Dedkov mendapati makmal berkenaan dilengkapi pelbagai kemudahan berpiawaian tinggi dan sangsi bagaimana virus boleh disebarkan dari kawasan tersebut.


Seorang lagi pakar, Peter Daszak, yang telah mengumpul pelbagai maklumat mengenai makmal itu mengesahkan banyak pencapaian sains dan penyelidikan berjaya dihasilkan di makmal tersebut.

Mengulas mengenai Pasar Basah Huanan pula, Dr. Vladmir Dedkov mengesahkan tiada bukti menunjukkan penularan wabak berpunca daripada pasar itu.

Dalam perkembangan lain, jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin pada sidang media pada  hari yang sama turut memaklumkan bahawa perbincangan antara pasukan pakar WHO dengan petugas China telah membuahkan hasil.

Tambah Wang, kerja-kerja menyiasat oleh pakar-pakar tersebut ke kawasan hospital, pasar dan  Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Wuhan serta tempat-tempat lain berjalan lancar.

Tegasnya, China akan meneruskan kerjasama dengan WHO secara terbuka, telus dan bertanggungjawab.



Sumber: BERNAMA
1

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 6-2-2021 04:07 AM
Vavi lah x ngaku pulakkkk
Quote LadyCarefree 6-2-2021 07:30 AM
Virus ni asalnya kat barat nun
Quote otai_g 6-2-2021 08:05 AM
Apa alasan pun pencipta virus ni kalo dpt tau jgn bunuh dulu, seksa dia dulu.
Quote akuman1981 6-2-2021 09:43 AM
ye la dah lepas setahun diorg bersihkan kasi sental cucu kuman pun tak jumpa
Quote mbhcsf 6-2-2021 09:48 AM
semalam , satu artikel  kata ada perkaitan dengan kelawar , ni tidak ada bukti pulak kat lab lab ..hmm...interesting.
Quote salmon-suki 6-2-2021 12:06 PM
Halaaaa halaaaa halaaaa..xkan laa dpt "manju" jgk puak2 who ni y terus deny virus ni drpd wuhan?memalukan..
Quote notM 6-2-2021 12:15 PM
mbhcsf replied at 6-2-2021 09:48 AM
semalam , satu artikel  kata ada perkaitan dengan kelawar , ni tidak ada bukti pulak kat lab lab ..h ...

Kelawar tu pindah dari Saudi Arabia kot
Quote tripleid 6-2-2021 12:58 PM
Chinaprc  babi mana nak ngaku..WHO yg dah jadi whoareyus tu pun dorang dah beli
Quote kakikuDibibirmu 6-2-2021 01:06 PM
Vara tepi jalan siapa mahu menaku
Quote king_kenny 6-2-2021 01:10 PM
lpas stahun bru nk siasat,mmg la.
Quote Dwdrum 6-2-2021 01:55 PM
Edited by Dwdrum at 5-2-2021 09:56 PM
mbhcsf replied at 5-2-2021 05:48 PM
semalam , satu artikel  kata ada perkaitan dengan kelawar , ni tidak ada bukti pulak kat lab lab ..h ...


Sekadar mahu check facility.. Random check buang masa saja... Virus boleh bawa keluar dengan dapat authorised... Virus boleh di guna kan sebagai bio weapon... Guna genome data created new strain virus  boleh transmit to human... Suffient enough to spread human to human sudah cukup... Memang tidak akan jumpa jawapan seperti Hiv... If this virus manmade scientist yang cipta tahu bagaimana this virus works.... Tidak perlu hanya focus hanya di wuhan lab facility... Military lab lebih advance untuk create bioweapon... Great scientist selalu nya dalam military...
Quote MontanaHannah 6-2-2021 03:46 PM
Kalau ko semua xtahu ,ini aku beritahu ko


orang nombor 1 WHO dari China.

Tak terkejut dia punya pusingggggggggGGGGGG cerita  mcm babi pening
Quote piahsemah 6-2-2021 04:10 PM
Apa kes yer lawyer suzana ujen ceritas sbb dr barizah,pasal vaksin
Ada trid psl vaksin ker
I carik x jumpa
Quote babyleo68 7-2-2021 06:24 AM
Ye la WHO pencacai China..
Quote ifanonline 7-2-2021 06:28 AM
WHO ni mcm pemimpin melayu jugak ke? ramai kena rasuah dgn cina pemakan babi

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.053616 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top