CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi Maut Selepas 3 Kali Dibenamkan Dalam Air Suci Ketika Dibaptis

5-2-2021 04:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9254| Komen: 77

Seorang bayi lelaki di Suceava, Romania meninggal dunia ketika upacara pembaptisan selepas tiga kali dibenamkan ke dalam air suci.

Menurut laporan Guardian, bayi berusia enam minggu itu mengalami serangan jantung dan dikejarkan ke hospital pada Isnin, namun disahkan meninggal dunia beberapa jam kemudian.


Menurut hasil bedah siasat, terdapat cairan di paru-parunya.


Gambar hiasan
Foto: AFP/Getty Images/Guardian

Lantaran itu, gereja ortodoks yang melakukan upacara pembaptisan pada bayi berkenaan menerima kecaman hebat.

Justeru, satu siasatan dibuka terhadap paderi yang didakwa melakukan pembunuhan.

Malah, sebuah petisyen secara dalam talian pada Khamis yang menerima lebih 56,000 tanda tangan turut menggesa perubahan dilakukan ketika upacara pembaptisan bayi supaya ia lebih selamat.

Antara komen netizen mendakwa kematian bayi baru lahir disebabkan upacara itu adalah satu tragedi besar.


Jurucakap gereja, Vasile Banescu berkata, paderi sepatutnya boleh merenjis sedikit air ke dahi bayi daripada dibenamkan ke dalam air suci.

Bagaimanapun, Archbishop Teodosie menegaskan tiada sebarang perubahan akan dilakuan. - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nanies 5-2-2021 04:26 PM
hurm... pandai. tp nk komen lebih2 kang sensitip
Quote nanies 5-2-2021 04:31 PM
hurm, pandai. tp tu la, sensitip kalo nk komen pepanjang benda gini
Quote caramello 5-2-2021 04:49 PM
Setan btul!
Quote dudaberhias 5-2-2021 04:51 PM
Baptist masa dah besar sikit tak boleh ke.
Quote Skuau 5-2-2021 04:58 PM
Romania??? Drakula punya kojo nii....
Quote Jemahjemah 5-2-2021 04:58 PM
Tu nm nya bodoh
Quote kurenblack 5-2-2021 04:58 PM
Ooo... baptis ni mmg kena rendam ka? Ingatkan kalau baby cuma renjis-renjis air
Quote SecretLuv 5-2-2021 05:12 PM
Pernah tengok hari tu ada orang post video paderi baptiskan bayi. Aku tengok pun dah fikir nanti mesti ada punya kes bayi lemas. Yelah, tengok cara dia rendam tu pun seriau. Menangis2 baby yang kena baptis tu. Aku yang dewasa ni pun kalau kena rendam macam tu pun rasa dah tersedak2.. Inikan baby
Quote hatikudus 5-2-2021 05:22 PM
Air tu suci sangat kot...sesuci embun pagi
Quote umbut 5-2-2021 05:28 PM
Biasanya renjis je kan... dah knp ko gi benam pulak kepala bayi...
Quote prettyuglybabe 5-2-2021 05:28 PM
well.. bukan lobai.. si kurang dapat sambutan
Quote ClassicMeow 5-2-2021 05:56 PM
Sampai 3x pergi rendamnya. Kesian baby. Tak pasal2 mati. Renjis2 je dah lah atau ada yang pernah tengok tu baptis dengan cara mandikan
Quote Manjahati 5-2-2021 05:59 PM
Sian baby tu..sampai 3 kali dibenamkan
Quote Artemesiaa 5-2-2021 06:04 PM
Dah ada kes siap ler nak menjawab
Quote SayaSayangMama 5-2-2021 06:12 PM
Kesian baby lahir dlm kristian je penuh dgn dosa. Sampai kena cuci dgn air suci. Anak aku lahir ibarat kain putih suci tanpa dosa dalam islam. Kena azan je xde kena rendam plbagai.
Quote jazaa100 5-2-2021 06:20 PM
SayaSayangMama replied at 5-2-2021 06:12 PM
Kesian baby lahir dlm kristian je penuh dgn dosa. Sampai kena cuci dgn air suci. Anak aku lahir ibar ...

kau jgn...
.
kang berduyun duyun dtg kecam kau....
tapi betul gak kannn....apa le dosa yg baby tu bawak dari dlm perut
Quote intanazlynna 5-2-2021 06:33 PM
ingatkan celup je kelapa baby tu...
Quote dubuk 5-2-2021 06:38 PM
bersihkanlah jiwa dengan amalan yang mendekatkan kita kepada yang Esa aku redha apa yang ditakdirkannya
Quote Zazama 5-2-2021 06:45 PM
Baptis sampai hilang nyawa. Panik tok paderi!

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:33 AM GMT+8 , Processed in 0.058871 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top